Episode 1

922 21 5
                                    

"JODOH? Huh! Jodoh tu cuma alasan saja!! Tak ada makna langsung pun!!

Terbuntang luas mataku mendengar setiap patah kata yang keluar dari bibir suami yang baru sahaja aku nikahi. Tadi sewaktu aku mengatakan bahawa akhirnya kami dapat bersama kerana jodoh, Sasuke tiba-tiba saja ketawa. Bukan ketawa biasa yang aku gemar dengari, tetapi ketawa yang kedengaran seperti menyindir dan terlalu jelik di gegendang telingaku.

"Abang?" hanya itu sahaja yang mampu terluah daripada kerongkongku. Sasuke kulihat cuma tersenyum sinis sambil melabuhkan punggung ke atas sofa panjang. Kemudian dia merenungku dari atas kebawah, bagaikan menelanjangiku dengan renungan tajam membunuhnya itu. Perasaan tidak selesa automatik menyerbu masuk.

"Kau tahu tak, kenapa aku nikah dengan kau?" soalnya menyindir.

Dahiku mula berlapis. Aku, kau? Sejak bila pulak ada 'aku' dan 'kau' di antara kami berdua? Mana perginya panggilan 'abang' dan 'sayang' yang kami guna selama ini? Soalan jenis apa pula yang dia soal tadi? Aku dan dia sudah bercinta selama 3 tahun lamanya. Bukankah...bukankah kami bernikah kerana saling menyayangi dan mencintai antara sesama sendiri?

"Kita...kita kan...aaahhh!!!" Belum pun sempat aku menyudahkan kata, tidak semena-mena Sasuke menarik aku ke arahnya lantas membuatkan badanku mendarat ke atas ribaannya. Wajahnya cuma beberapa inci jauhnya daripada wajahku sendiri. Dekat sangat!

"Apa...apa...abang yang nak buat ni?" Tersekat-sekat suaraku terpacul. Segenap muka terasa membahang. Seperti tadi, senyuman maha sinis tersungging di bibir Sasuke. Seketika kemudian tangan kanannya mula menjalar ke pipiku.

"Apa ni?!" Tanpa sedar laju sahaja aku menempelak perbuatannya. Tangan itu kutepis kuat. Entah kenapa aku berasa tidak selesa dengan perlakuaanya, walhal dia sudah sah menjadi suamiku.

"Apa kau kata tadi? Apa ni? Huh, kau ingat apa aku akan buat? Kau tu...." tiba-tiba Sasuke memegang belakang leherku dan menarik wajahku mendekati wajahnya.

Aku sedikit terpana sebelum akhirnya bertindak merenung tajam ke wajah Sasuke. Kami bertentang mata. Sasuke mencerlung tajam umpama helang mencari mangsa. Saat itu, aku seperti dapat melihat suatu perasaan yang kelihatan terlalu berlainan dalam sepasang mata onyx itu. Tidak ada lagi cinta dan sayang yang selalu dihadiahkan buat diriku. Yang tinggalah cuma....kebencian yang mendalam?

Oh, Tuhan! Hampir-hampir sahaja aku menekup mulut. Sasuke, lelaki yang paling aku cintai, suamiku sendiri....membenciku? Tapi...tapi kenapa?

"Kau tu isteri aku. Dan aku boleh buat apa sahaja yang aku nak pada kau,"

Berdesing telingaku mendengar tutur katanya yang dingin dan mendatar. Sasuke yang selama ini romantis dan penyayang sudah hilang entah ke mana. Yang tinggal di hadapanku kini adalah lelaki yang langsung aku tidak kenali lagi. Lelaki yang dinginnya teramat sangat!

"Aku akan buat kau....menderita...dengan teruk sekali," bisik suara barintone Sasuke ke telingaku.

Mataku terbeliak. Hatiku pula terasa seperti ditusuk pisau belati yang paling tajam, dirobek-robek dengan cukup kejam.

"Aa..apa abang cakapkan ni?" perlahan aku menyoal kembali. Mataku pun sudah mulai berkaca-kaca.

Buat sekian kalinya, Sasuke mempamerkan senyuman sinis. Dan dengan setiap senyuman sinis itu, secebis hatiku seperti dibawa pergi. Tidak! Bukan dibawa pergi tetapi telah dibunuh dengan kejam!

"Aku kahwin dengan kau sebab aku nak musnahkan hidup kau."

Duniaku terasa berdentum. Jantungku tersentak kuat. Sekalipun aku terbangun daripada ribaan Sasuke. Seluruh tubuhku mula menggeletar. Tutur katanya sebentar tadi berdengun-dengung di hujung telingaku. Dia mahu musnahkan aku? Sasuke, lelaki yang bertahun-tahun menjadi kekasihku sebenarnya mengahwiniku kerana mahu memusnahkan aku? Apa semua ni?

CINTA DAN DENDAM TERSIMPUL RAPIWhere stories live. Discover now