Episode 3

741 10 3
                                    

*****************************************

RAUT wajah yang terpantul di hadapan cermin itu aku tatap dengan pandangan mata yang mati. Sembab, buruk, hodoh. Itulah  yang terpampang. Kemudian anak mataku ditalakan pula pada kesan lebam yang ternampak di leher, bahu dan lengan. Mengingati segala yang sudah terjadi membuatkan setiap inci tubuhku bergetar kuat. Pelbagai perasaan membuak-buak dalam diri. Benci! Marah! Hina! Jijik! Keji! Semuanya bergaul sebati, membuatkan aku jadi menyampah melihat wajah sendiri.

'Perempuan jenis apa kau ini, Haruno Sakura? Kenapa kau tak boleh pertahankan diri kau sendiri? Kenapa kau biarkan dia buat macam tu pada kau? Kenapa?!!!'

"Kerana dia suami kau? Kerana dia berhak?" suaraku meletus perlahan, menjawab monolog yang tidah sudah-sudah. "Tak...tak." aku menggelengkan kepala.

"Mungkin benar dia suami kau, Sakura. Tapi dia tak ada hak untuk buatbkau macam tu. Tak ada!" teriakku

"Hei!!!"

Bahuku terjongket. Bunyi ketukan yang bertalu-talu di pintu bilik air menghentak gegendang telingaku. Ekor mataku dilirik ke arah pintu yang tertutup itu.

"Apa yang kau buat lama sangat kat dalam tu? Buka pintu ni!"

Sekali lagi aku membasuh muka. Rambut yang basah diselit ke belakang telinga. Nafaz pula di tarik dalam-dalam. Aku menayangkan muka yang kuat. Muka yang tidak terkesan dengan apa yang sudah berlaku semalam, walhal seluruh diri, hati, jiwaku sudah remuk redam. Tiada apa lagi yang tertinggal!

Langkah diangkat satu persatu, hingga aku akhirnya terpacak di hadapan muka pintu. Bibir kugigit sesaat sebelum tombol pintu dipulas. Wajah Sasuke tersembul jelas. Masih dengan lagak sinis yang serupa.

"Tak perlulah kau cuci diri kau lama sangat. Hakikatnya kau tu sudah kotor"

Berderu air mukaku. Terketar-ketar tanganku menahan diri daripada mulut lancang lelaki itu.

"Ya, kau memang betul. Aku dah jadi kotor disebabkan aku disentuh kotor macam kau. Lelaki jijik. Lelaki keji!" balasku kasar. Sudah aku buang jauh-jauh perkataan 'sayang-abang' atau 'saya-awak.'   Kau yang mahu beraku-kau, itu yang kau dapat, Sasuke!

Riak muka Sasuke tampak berubah. Rahangnya terketap-ketap. Matanya memerah. Menyinga!

"Well you are right. Aku memang lelaki jijik, lelaki kotor. Dan..." Sasuke mendekat dan memerangkapku ke dinding. Kepalanya diturunkan menyamai ara mukaku," Tugas kau adalah layan lelaki keji ini."

Aku tidak menjawab. Sebaliknya aku menyepetkan mata, membalas renungannya, kupandang dengan rasa marah yang meluap-luap. Aku memang bodoh kerana mencintai dia. Memang bodoh!

"Hmm, wangi..." tanpa semena-mena Sasuke mengubah laku. Suaranga lembut dan perlahan. Tetapi aku tahu, dia cuma menyindir. Atau lebih tepat lagi, menghinaku.

"Macam inilah isteri aku," sela Sasuke lagi. Mukanya semakin didekatkan. Cepat-cepaf aku memusing kepala ke sebelah kiri. Tidak rela disentuh. Namun secepat itu jugak, Sasuke memegang bawah daguku dan membawa mukaku kembali menghadapnya. Kemudian dengan kasar, dia memagut bibirku.

Mataku terbeliak sejenak sebelum aku meronta-ronta. Tanganku terkapai-kapai cuba menolak tubuh kekar Sasuke.

Seketika berlalu, Sasuke akhirnya menghentikan tindakannya.

"Kau memang...." desisku di sebalik bibir yang terketap-ketap.

"Kenapa? Mahu tampar aku? Mahu buat adegan macam dalam drama tu?" sindir Sasuke sambil menayangkan pipi ke hadapanku.

Aku mengepal kedua-dua belah tangan. Sakit hatiku dia perlakukan aku macam itu. Sungguh kurang ajar!

"Huh, kau jangan harap boleh buat macam  tu pada aku. Lagi kau berkasar dengan aku, lagi aku akan kerjakan kau. Jadi lebih baik kau  behave." usai menghamburkan kata-kata berbaur amaran, Sasuke lenyap disebalik pintu bilik air. Lalu tinggallah aku terkontang-kanting dengan rasa pedih dalam hati. Sakit! Perit!

*

***

******

**********
***********************************
**********
******
***
*

"Anak tou-san macam mana?"

Suara girang tou-san bergema di hujung gagang telefon. Aku menyengap tanpa kata. Apa yang bermain-main dalam fikiranku cuma kata-kata Sasuke semalam.

"Baik kau tanya tou-san kesayangan kau tu, apa dia dah buat pada keluarga Fugaku. Aku nak kau balas balik atas segala perbuatan Haruno Kizashi pada keluarga aku."

Ingin sekali aku membuka mulut dan terang-terangan menyoal tou-san. Namun lidahku kelu, seolah-olah ada gumpalan besar yang menyekat aku daripada melantunkan pertanyaan. Bagai mana kalau jawapannya akan meremukkan lagi hati yang sudah remuk ini? Bagaimana kalau tou-san benar-benar sudah membuat sesuatu kepada keluarga Sasuke? Bagaimana kalau tou-san ada kena-mengena dengan hakikat yang Sasuke adalah anak yatim piatu?

Entahlah, aku tidak fikir bahawa aku sanggup untuk mendengar hakikat yang sedemikian rupa. Aku tidak sanggup melihat otous-san sebagai seorang pemusnah, penghancur keluarga orang.

Dahulu, saat aku dan Sasuke bercinta...konon-kononnya, dia sukar sekali membuka mulut nak beritahu tentang keluarganya. Apa yang aku tahu cuma, Sasuke adalah seorang anak yatim piatu. Dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sewaktu berusia lima tahu. Sasuke berusaha sendiri untuk menjadi seperti dia sekarang, seorang penganalisa kewangan yang berjaya, malahan pernah bekerja di Kementerian Kewangan Dalam dan Luar Negeri Konoha. Kerana itulah, aku dengan senang dan bodohnya membuka hati kepada lelaki itu. Kerana aku fikir dia adalah seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab, yang tidak memerlukan pengaruh ibu bapa dalam membuat apa-apa pun, seperti kebanyakkan sahabat-sahabatku yang rata-rata dari golongan atasan, golongan berpangkat besar.

"Sakura! Sakura!"

Aku tersentak, "Ya, ya, otou-san."

"Kenapa senyap saje ni? Rindukan tou-san ya?"

Senyuman kelat terkulum di hujung bibir. Kepalaku terangguk dengan rasa hati yang mula sebak. Kalaulah tou-san tahu apa yang sudah berlaku, pasti tou-san sanggup terbang kembali pulang ke sini.

"Sakura rindukan tou-san. Sangat-sangat," jawabku dengan suara yang ditahan-tahan, tidak mahu otou-san mengesan apa-apa yang tidak kena.

"Aduh, anak otou-san ni manja sangat. Kan dah ada suami tercinta tu, bermanja sajalah dengan dia."

Bermanja dengan Sasuke? Huh, jauh panggang dari api. Apa yang lelaki itu tahu cuma nak menyakitkan aku.

"Tou-san minta maaf, hime. Lepas aje majlis Sakura, otou-san terpaksa fly  ke sini. Bila dah selesai urusan, otou-san balik ya. Sakura nak apa-apa tak?"

Ya, seusai majlis pernikahan aku dan Sasuke, otou-san terpaksa pergi ke Suna demi urusan perniagaan. Lalu tinggallah aku sendiri bersama suami yang membenci diri ini.

"Sakura..."

"Ah, Sakura  tak nak apa-apa. Sakura just nak tou-san." otou-san tergelak di sebelah sana. Ah, pasti tou-san fikir aku cuma bercanda sedangkan apa yang baru terluah itu benar-benar datang dari hati ini.

"Ishhh, tak habis-habis manja dia. Kalau nak otou-san, Sakura kena tunggu lamalah. Papa masih ada banyak urusan di sini."

"Tapi..."

"Sakura sepatutnya berterima-kasih pada tou-san. Sebab tou-san bagi privacy pada hime dan Sasuke." usikan otou-san diakhiri dengan tawa halus.

Aku menjuih bibir. Gurauan yang sepatutnya menggeletakkan hati itu tidak menyentuh hati langsung, bahkan membuatkan aku kepanasan.

"Haha, okeylah Sakura, otou-san kena pergi dulu. Take care, Hime. love you, bye."

Baru sahaja aku mahu menghalang, tou-san terlebih dahulu meletakkan telefon. Keluhan aku lepaskan sekali. Dalam diam, aku menjawab.

'Bye-bye, otou-san.'

*****************************************

Bersambung~~~~~~

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 22, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA DAN DENDAM TERSIMPUL RAPIWhere stories live. Discover now