Bab 3

27 2 0
                                    

"Hemm..." keluhan Ariana kerana merasakan dirinya diperhatikan oleh orang lain.

       "Nak apa?"
        "Takde apa pon..." Ariana layan tak layan je kerenah Zikri yang penuh dengan rahsia yang tersendiri yang membuatkan dirinya selalu nak panggil Zikri sebagai atuk kebayan yang selalu datang tanpa diduga."Betul ke ni atuk kebayan?"

Zikri berikan renungan yang tajam kepada Ariana dengan tidak memberikan dia pandang ke arah yang lain. " Weh, kalau aku jadikan kau sebagai isteri aku nak tak? Hemmm... alang-alang ni ada peluang bersama dengan orang yang ramai peminat ni."

       "lawaklah kau ni,Zik. Aku ni masih pentingkan pelajaran dalam hidup ni. Kalau kau nak sangat boleh je. Kau tunggu aku habis belajar dan ada dalam alam pekerjaan. Boleh ke?"Ariana melawan balik renungan Zikri yang cuba membaca mata Ariana. Dalam mempertahankan ego Zikri dia berkata " Ana, tak kira kau belajar untuk jadi orang yang pandai aku akan selalu support kau. Sebab aku dah tahu siapa jodoh aku yang sebenarnya yang Dia telah kirimkan kepada aku untuk dijaga dan dijadikan tulang belakang aku." 

       Habis merah padam muka Ariana dengan kata-kata Zikri tu. Sepanjang dia kenali Zikri untuk lima bulan baru dia tahu yang Zikri selalu lindungi dia daripada lelaki lain yang cuba mengorat dirinya. " Weh, kita ni baru kenal untuk lima bulan lebih. Kenapa kau suka aku yang tak cukup cantik? Aku ni dah lah selalu selekeh. "

       "Hahahahahaha...."

       "Aik... Lawak celah mana aku dah buat,Zik?"

       "Kau ni peliklah, Ana. Ada ke patut kau panggil diri kau tu selekeh dan tak cantik? Dengar ni, Ana. Tidak kiralah betapa buruk dan cantiknya seseorang itu, pandangan setiap orang berbeza-beza. Dia telah mencipta kita dengan sempurnanya dan tak ada sebarang cacat cela. Betul tak, Ana?"

       " Aaa, betullah."

       "Tapi biarlah diri kau yang selekeh tahap 2 tu ada bukannya tahap 5 tau. Sebab aku lebih suka perempuan yang pandai berdikari, baik, penyayang dan banyak lagi tau. Hehehehe..." dalam teguran yang Zikri cuba sampaikan mesti dia cuba untuk selitkan gelak tawa untuk membuatkan diri Ariana tidak mengambil sesuatu perkara itu sebagai perkara yang serius. "Maseh,Zik. Ada juga orang yang ambil kisah mengenai aku ni." Ariana sedekah senyumannya kepada Zikri tanda dia memahaminya.  



Love You, Mr. Misteri!Where stories live. Discover now