Prolog

663 36 9
                                    

Dia sedang menunggu untuk check in. MP3 di telinga berlagu Nora – Di Persimpangan Dilema. Dia senyum segaris. Jari-jemarinya bermain-main dengan hujung tudung. Dia ambil keputusan ini setelah lama berfikir baik dan buruk apa yang bakal dia tempuhi nanti. Separuh hatinya minta dia tunggu sedikit masa lagi, tetapi separuh hati lagi menyuruhnya pergi tanpa menoleh ke belakang.

Terus terang dia katakan, dia bukannya nak sangat pun sambung belajar di luar negara. Rancangannya selama ini ialah: selepas grad, dia nak habiskan pupillage, nak berkahwin, kemudian praktis sebagai peguambela dan peguamcara mungkin untuk beberapa tahun, kemudian sambung Master sebelum apply kerja untuk jadi pensyarah.

Tapi.... ada seseorang yang buat dia tukar habis segala rancangannya dan terus lompat pada sambung Master elok sahaja dia tamat pupillage.

Azim.

Dia mahu larikan diri daripada lelaki itu. Biarlah walaupun untuk seketika. Kalau boleh dia tak mahu berjumpa mahupun terserempak dengan lelaki itu. Biarlah orang kata dia pengecut atau apa sekalipun, dia tak kisah! Yang dia kisah, dia perlukan masa untuk membina sebuah kekuatan itu. Kekuatan yang dia tak tahu sampai bila ia boleh bertahan.

Masuk sahaja ke dalam perut kapal terbang, dia terus mencari tempat duduknya. Jumpa. Tempat duduknya di kerusi kegemarannya iaitu di tepi tingkap. Selesai meletakkan hand-luggage miliknya, dia terus duduk. Kerusi di sebelahnya ini masih lagi kosong dan dia malas nak ambil tahu siapakah yang bakal duduk di sebelahnya ini.

It's not my matter, anyway.

Kapal terbang sudah di udara selama dua jam. Dia masih lagi memerhati pemandangan di sebelah kirinya. Langit hitam yang gelap tetapi seakan-akan bercahaya itu menarik perhatiannya. Subhanallah, cantiknya! Novel yang dipegang sedari tadi tidak dibuka langsung dek taksub melihat langit gelap.

"Langit malam ni cantik. Banyak bintang."

Dia menoleh ke kanan – ke arah datangnya suara itu. Seorang lelaki Malaysia – semestinya – berkaca mata dan berkulit sederhana putih masih lagi memandang ke luar tingkap dengan DSLR terletak elok di ribanya.

Keningnya terangkat sebelah dek terkejut.

"Yup. Bukan selalu dapat tengok langit dalam keadaan dekat macam ni." Dia menjawab, sekadar membalas kenyataan orang di sebelahnya ini. Nanti kalau tak jawab, dia ingat aku ni bisu atau sombong pulak!

"You're going for a holiday?"

Dia sengih sikit sebelum mengangguk tanda ya pada pertanyaan lelaki itu.

"I see. Saya pun pergi bercuti ni."

Dia hanya mengangguk. Tak tanya pun?

Dalam dia berperang dengan segala bisikan kata hati, mindanya teringat perbualan dengan keluarganya sebulan yang lalu. Perbualan yang membuatkan dia di sini; di dalam perut kapal terbang menuju ke Australia.

"Tadi keluarga Azim datang. Mereka nak pinang Kak Dira untuk Azim."

Dia terpempam mendengar perutusan daripada pa.

"Dia orang nak pinang Kak Dira." Sekali lagi ayat itu menghentam kepalanya. Kak Dira? Kenapa Kak Dira?

Masa tu dia rasa ada seguni batu dibaling tepat ke dadanya menyebabkan dia sukar untuk bernafas.

Diha genggam erat kedua tangannya. Hatinya sebak. Melihatkan air muka Kak Dira yang gembira buat dia rasa mahu menangis ketika itu juga.

Diha senyum segaris. Dia bangun memeluk kakaknya.

"Tahniah!" Hampir menitis air matanya apabila Kak Dira membalas pelukannya erat.

"Terima kasih, Diha." Kak Dira membalas dengan nada gembira.

"Diha naik dulu. Nak mandi. Badan dah berlengas." Tiga pasang mata menghantar Diha dengan sebuah senyuman.

Redhalah, Nadeeha. Azim bukan jodoh kau.

Masuk sahaja ke dalam bilik, dia terus mengunci pintu bilik dan berjalan menuju ke bilik air. Pintu bilik air dikunci. Shower dia pasang. Air paip tab mandi pun dia pasang. Dia duduk memeluk lutut di atas toilet duduk. Mukanya disembam ke lutut dan dia menangis sepuasnya.

Mata yang masih tunak di tingkap kapal terbang bergenang air mata. Rasa macam bodoh bila dia luahkan perasaan pada Azim, tapi hakikatnya Azim cintakan Kak Dira. Padahal Azim yang mengejarnya. Entah di mana silapnya pun dia tak tahu.

Azim itu lelaki yang dia suka. Azim itu lelaki yang dia cinta. Azim itu lelaki yang selalu digelarnya soulmate.

Azim itu.... Tidurlah, Diha. Usah dikenang segala yang mampu buat hati kau terluka lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 22, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NadeehaWhere stories live. Discover now