Bab 1

6 0 0
                                    

Suasana pagi di dalam kelas masih sunyi. Aku melihat jam ditangan. Jam baru menunjukkan 6: 30 pagi. Hanya Dua tiga orang pelajar 5 sains satu kelas denganku baru sampai. Tiap² hari aku kene datang awal. yelah semenjak jadi pengawas sekolah , kene la lain daripada Yang lain. Mungkin awal² tahun je datang awal ,nanti dah masuk tahun akhir macam siput je aku datang sekolah.

Aku mengeluh sendiri. Kakiku laju berjalan turun ke bangunan tingkat bawah sebaik sahaja mendengar loceng turun ke perhimpunan pagi sekolah.

Sebaik sahaja habis sesi perhimpunan pagi sekolah. Aku berjalan menuju ke kelas. Kelihatan sekumpulan budak lelaki  empat orang kelasku baru sampai di perkarangan parkir motor pelajar.

Aku bersiap sedia dengan note book kecil Dan sebatang pen. Laju saja tanganku menulis nama mereka berempat..apa lagi kalau bukan mengambil nama mereka Dan diberikan kepada guru disiplin. Haish..itulah rutin aku tiap² hari..nama mereka sahaja Yang penuh didalam buku note book kecil aku ni..guru disiplin pun sudah tidak larat menegur mereka..Tak makan dek Saman!!..

Seketika kemudian aku ternampak kelibat budak paling terkenal dengan kelewatannya mari ke sekolah. Nama dia dan kawan -kawannya pun sudah penuh dalam buku aku ni. 

Mereka berlalu masuk ke perkarangan sekolah. Sewaktu mereka bertiga hendak melangkah masuk melalui pagar. Mereka  bertiga berhenti. Slah seorang daripada mereka yang bernama Zulhelmi merangkap ketua dalam kumpulan itu.

"Aisya..nama mereka dua sahaja tulis dalam buku tu. Nama aku.. tulis dalam hati kau..chiaaa chiaa.."Dia membuat gaya seperti macho.

Meloya rasa tekak aku.. Dia buat chiaa chiaa dengan aku pulak mamat ni...

"Eii..memang taklah.. Daripada isi nama kau dalam hati aku lebih baik aku simpan nama mak ayah aku. Lagi dapat pahala" Perasan betul mamat sorang ni. Aku buat tidak layan. Kalau dilayan makin menjadi-jadi pulak budak bertiga ni nanti.

Mereka berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah.


******


"Bangun.!!" Arah ketua kelas menandakan guru mata pelajaran sudah masuk. Pelajar-pelajar bingkas bangun lalu memberi salam.

"Okey murid-murid boleh buka sambungan bab mana yang kita continue hari tu.." Ujar cikgu Salwani,guru mata pelajaran bagi subjek matematik.

Aku memandang ke arah belakang dimana tempat duduk budak bertiga tu duduk. Aku tergelak kecil. Zulhelmi perasan yang aku memandang mereka bertiga. Muka cuak yang amat! hahahaha.. Mana taknya hari ini mereka kene bentang presentation Math di hadapan. Kalau subjek math, mereka bertiga ni senyap saja dalam kelas. Takut kene panggil dengan cikgu sebab tak nak buat jalan kerja di papan putih.

" Sambung hari tu punya present. Helmi dengan kawan-kawan...Cepat..Masa tak banyak dah ni" Arah cikgu Salwani.

Lambat-lambat mereka ke hadapan."Cikgu..Kami tak faham bab kuadratik ni.." Takut-takut Saiful bercakap. Siapa tak kenal kegarangan cikgu Salwani ni. hahaha..Memang majoriti  guru  subjek math di setiap sekolah garang eh.

Riak wajah cikgu Salwani sudah berubah. Gunung berapi nak meletop!!!

"Saya dah ajar kome banyak kali dah kan bab kuadratik ni?..Kenapa susah sangat nak faham ni? Haa..itulah time saya tengah ngajo kat depan kome bertiga sembang di belakang... Memang susoh le kome nak faham..Lain kali kalo saya ngajo kat depan tengok, beghi tumpuan..Faham!!" Bebel cikgu Salwani. Keluar habis loghat perak dia..

Budak bertiga itu hanya tunduk.

"Sudah..Pergi duduk tempat masing-masing balik..Ini last saya terangkan..Beri tumpuan betul-betul..Fokus!!" Ujar cikgu Salwani. Mereka bertiga berjalan pergi ke tempat duduk mereka di bahagian belakang sekali.

Cikgu Salwani memulakan bicara.

*****

Kringggg!!


Berpusu-pusu para pelajar keluar dari kelas masing-masing menuju ke arah kantin.

Aku mencari kelibat Wafa untuk keluar rehat bersama. Dia ni sahabat baik aku tapi aku bukan satu kelas dengan dia. Dia budak pandai, mestilah kelas sains kan..Aku ni budak kelas ekonomi je...

"Wafa!.."Panggilku sebaik saja nampak kelibatnya. Dia menuju kearah aku.

"Jom.."Dia menarik tanganku.Daripada sekolah rendah lagi aku berkawan dengan dia ni. Keluar rehat sama-sama, Pergi perpustakaan sama-sama,semuanya sama-samalah. Orang kata aku dengan dia ni dah macam adik-beradik dah. hahaha..bolehlah..






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 27, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KAU YANG TERIKHLASWhere stories live. Discover now