PROLOGUE

41.4K 427 22
                                    

Jangan cari yang sempurna tapi pilihlah yang melengkapi.

🌹🌹🌹

Khaira jalan menuju ke rumah jiran mereka. Penuh kawasan rumah dengan saudara mara tapi rata-rata semua berpakaian menutup aurat kecuali dirinya yang tak bertudung. Patutla mama bukan main paksa aku pakai tudung tadi.

"Eh khaira, sini meh makan sekali. " umi Laila menarik tanganku lembut.

"Eh tak apa la umi Laila. Khaira datang cuma nak hantar tempahan kuih yang umi Laila tempah ni je. " tolak khaira secara sopan.

"Tak sedap la macam tu. Kamu datang tapi tak jamah apa-apa makanan pun. Sikit pun jadilah khaira. "

"Errrr... Yelah tapi khaira tak boleh lama kejap lagi khaira dah nak keluar beli barang pula. " tersenyum manis aku memandang wajah Ayu umi Laila.

"Ouh yekew? Kenapa mama kamu tak datang? "

"Mama busy dekat butik umi. "

"Ni kamu makan la dulu umi nak pergi isi kuih ni dalam pinggang kejap. "

Baru sahaja umi Laila nak melangkah teguran seseorang mematikan langkah umi.

"Laila! "

"Ehh!! Datin fatimah! Lamanya tak jumpa. " terpamer riak gembira di wajah umi.

"Er khaira boleh tolong umi tak? " teragak-agak umi mahu meminta pertolongan khaira.

"Boleh umi. Tapi tolong apa? "

"Tolong umi isikan kuih dalam pinggan. Umi rindu nak berborak dengan datin fatimah ni. Tolong ye. " bekas kuih tadi di hulurkan kepada khaira. Khaira menyambut dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Kepala yang tidak gatal khaira garu. "Mana pula pinggan? "

Khaira tercari-cari bagaikan perompak.

"Sini takda. Sini pun takda. Habis tu dekat mana? " membebel khaira seorang diri.

"Ehem!" deheman seseorang membantutkan khaira untuk misi mencari 'harta' di dapur ini.

"Ye? " berkerut kening khaira melihat lelaki yang berdiri di ambang pintu dapur.

Wajahnya persis orang arab dengan matanya berwarna coklat terang, bulu mata lentik, bibir yang terukir sempurna ditambah dengan merah bagaikan delima. Mata yang tidak terlalu bulat dan terdapat jambang yang tidak terlalu menyemak kan mata just good good sahaja menambahkan lagi kekacakan di wajah lelaki itu. Perfecto!

"Buat apa? " suara mak ai! Lembut je sangat membuai jiwa.

"Basuh kereta. " tersengih khaira memandang wajah kacak di hadapannya ini. Boleh tak kalau nak seret muka dia dekat jalan tar? Geram sangat dengan kehandseman dia tu.

"Ouh. " pendek sahaja balasan lelaki ini.

"Khaira, dah isi kuih? " umi Laila datang kepada khaira. Khaira menyenggih menampakkan giginya yang tersusun cantik.

"Umi.. Khaira tak jumpa pinggan la. "

"Lah. Umi letak dekat dalam almari ni je sebab umi ni jenis suka simpan dekat tempat yang macam ni senang nak cari. " aku garu kepala lagi.

"...Kenapa khaira tak tanya said je? " aku memandang sekilas lelaki yang masih tercegat di tempat yang sama itu.

"Dia kata dia basuh kereta so said tak nak lah tanya banyak umi. " aku gigit bibir bawahku. Kan dah kena batang hidung sendiri.

"Hahaha ada ada saja khaira ni tau. Haa ni umi nak kenalkan khaira dengan anak umi yang kedua. Namanya Ahmad said al-khudri. Said ni khaira atrisya. " umi memperkenalkan kami berdua.

"...Lawa dan manis orangnya kan? " pertanyaan umi itu mengundang malu dihati. Ala.. Time ni lah rasa nak kembang pula.

"Lagi lawa kalau bertudung. Aurat perlu ditutup supaya lelaki lain tak tengok aurat kita kan umi? "

Pedas sungguh kata-kata said itu menusuk ke hati khaira.

"Said. Umi tak ajar anak umi tegur orang dengan cara yang kurang adab macam ni. " tegas suara umi laila.

"Salah ke apa yang said cakap umi? Seorang wanita yang sudah baligh wajib menutup aurat mereka dari ditatap oleh lelaki lain. "

Aku menelan air liur berkali-kali. Rupanya muka handsome tapi mulut boleh tahan pedas.

"Umi.. Khaira balik dulu la ye? Kan tadi khaira kata khaira nak beli barang. " terus tangan umi ku capai dan ku salam.

"Maaf ye khaira. Jangan ambil hati dengan kata-kata said tadi. "

Aku menganggukkan kepala.

"Tak apa khaira tak ambil hati pun. Dan awak said terima kasih di atas teguran itu. "

Aku terus berlalu keluar dari rumah umi Laila. Kalau boleh tak hingin aku jijak lagi kaki ke situ. Anaknya muka bukan main handsome tapi sayang mulut mengalahkan belati yang tajam.

"Sabar dear hati sabar. " khaira cuba memujuk hatinya supaya bawa bertenang dan bertendang. Ehh?

Tidak semestinya wanita yang tidak bertudung itu jahat mungkin mereka belum mendapat hidayah. Hidayah Allah itukan indah.

❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌
New story. Tak tahu la sedap ke tidak story ni. Hopefully memuaskan hati reader. Comments jika Best dan jangan lupa votes sekali.

Sis buat prologue je dulu. Kalau ramai suka dan suruh teruskan berserta votes baru sis teruskan.

Keep support my story.

Keep votes and comments.

Suamiku Pak ArabWhere stories live. Discover now