JANGAN CARI YANG SEMPURNA TAPI PILIHLAH YANG MELENGKAPI
🌹🌹🌹
Langit yang gelap mulai bertukar terang. Ayam sudah menyanyikan lagu mengikut alunan ayam berkokok di pagi hari.
Kok kok kok! Kok kok kok!
Tapi mana datangnya ayam? Rumah di tengah bandar mana datangnya nak membela ayam? Zaman sekarang berteknologi tinggi, bunyi jam pun dah ada bunyi ayam. Tak gitu?
"Atrisyah! Bangun sayang! Kamu dah terlambat nak pergi kolej ni! " datin maziah semakin menguatkan ketukan di pintu bilik anak daranya.
"Atrisyah! Nanti kamu terlambat jangan salahkan mama okay. " terus dia berpusing ingin berlalu pergi.
"Astagfirullah hal adzim. " istighfar panjang datin maziah apabila melihat wajah anak daranya di belakang.
"Mama kejutkan siapa tu? Sampai dekat tingkat bawah dengar suara mama tau. "
"Sudah gerharu cendana pula sudah tahu bertanya pula! Ni bila masanya kamu turun ke bawah? " masam mencuka datin maziah dengan kerenah anak bongsunya.
"Hee... Isyah lepak dekat bilik akak. " sengih panjang dia memandang wajah datin maziah yang semakin di mamah usia.
"Habis akak kamu mana? " berkerut wajah tua itu.
"Bha!! " sergah katrina batrisyah dari belakang mamanya.
"Ya Allah!! Apa nak jadi kamu berdua ni! Lama-lama mati mama dekat sini! " terus datin maziah berlalu turun. Isyah dan risyah mengaru kepala yang tidak gatal. Diikuti juga langkah mamanya ke ruang dapur.
"Abang. Tengok anak-anak abang ni nakal nauzubillah, adanya dua kali saya di sergah buatnya saya mati kejung tadi. " rungut datin maziah kepada suaminya yang sudah sedia menunggu anak-anak daranya turun sarapan sekali.
"Papa... " risyah dan isyah kedua-duanya memeluk leher papa mereka memohon simpati.
"Ye ke anak-anak dara papa ni nakal? " tanya datuk farok.
"Tak nakal pun lah.. Kami cuma mahu mengusik. " risyah membela diri.
"Mengusik kamu kata. Aduh pening kepala saya bang, makin besar makin kuat menyakat. " jelingan tajam diberikan kepada isyah dan juga risyah.
"Dah abaikan mama kamu tu, nanti pandai la papa pujuk. Sekarang ni duduk makan kejap lagi isyah ada kelas kan? " pandangan mata datuk farok tertumpu kepada isyah.
"A Ah paa. "
"Kamu ada kelas tak risyah? "
Hanya gelenggan yang diberikan sebagai jawapan kepada soalan datuk farok itu.
"Kalau macam itu boleh la risyah temankan papa pergi main golf? "Risyah mengangakan mulutnya. "Ala papa, biasa teman papa pergi golfkan isyah bukan risyah. Risyah tak nak la nanti panas habis hitam kulit risyah. "
"Kulit kau berjemu ke tak sama je hitam! Werk! " terus isyah berlari ke ruang tamu selepas menuturkan kata yang memang menyakitkan hati kakaknya itu.
"Isyah! Dia ni kan! " terus di kejar isyah.
"Ya Allah, abang tengok la tu kita ni ada anak dua je tau bang tapi saya rasa macam ada anak 20." rungut datin maziah.
"Tiada mereka tak lengkap hari-hari kita maziah oi. Dia orang jelah penyeri kita. "
Dalam diam benar kata suaminya. Dua anak kembar mereka yang beza beberapa minit sahaja memang penyeri atau lebih tepat terlebih penyeri dalam rumah ni.
Kembar? Ye kembar tapi hanya sekali pandang kalau dua kali pandang dah lain. Mata isyah berwarna hazel berbanding dengan mata risyah yang berwarna hitam. Senang cerita isyah mukanya lebih kepada orang Asia berbanding muka risyah lebih kepada Melayu tulen ikut muka datin maziah manakala isyah ikut muka datok farok yang ada kacukan orang Asia.
"Mama!! Papa!! Kakak terjun dalam kolam ikan!! " jerit isyah dari luar rumah. Datin maziah cepat-cepat berlari keluar. Ikan aku!
"Ya Allah! Isyah! Risyah! Apa kamu berdua ni! Habis la ikan kesayangan mama mati penyek nanti. Dah keluar sekarang! "
"Hehehe... Bukan salah risyah tapi salah isyah sebab isyah tolak risyah. "
"Salah kakak okay! Kakak yang mula tolak-tolak isyah lepastu Allah bayar cash sebab buat jahat dengan adik akak yang terlebih cun melecun ni. " tersenyum bangga isyah. Siap penuh gaya dia mengibas rambut semula jadi perangnya.
"Perasan! " risyah mengocak air di dalam kolam ikan sehingga terkena datin maziah.
"Abang!!!!! "
Bergegar rumah banglo dua tingkat ini dek suara jeritan sumbang datin maziah a.k.a mama kepada dua kembar yang sangat memeningkan kepala.
"Sabar jelah maziah oi dengan kerenah anak kembar awak ni. "
××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Pendekkan chapter ni. Maaf sis bagi pendek2 dulu. Bersabar ye.Ada tak yang nak tahu apa beza isyah dan risyah?
👇Keep votes and comments 👇
YOU ARE READING
Suamiku Pak Arab
Romance"Setiap lelaki inginkan wanita yang bertutup litup supaya aurat mereka tidak dilihat lelaki lain selain suami mereka yang sah. " ~ Ahmad said al-khudri. "Jika inginkan yang sempurna aku bukan la yang sempurna tapi aku masih boleh membezakan perkara...