2.

21 2 5
                                    

AYU Jannah,ialah nama kerani baru Malik Ilman. Dia jugalah gerangan yang melanggarnya seminggu lepas. Mata Dahlila tajam ke arah Ayu yang duduk bertentangan denggannya. Sejak kehadiran Ayu di syarikat ini Dahlila merasakan perubahan telah berlaku.

Dan buktinya sedang berlaku di hadapannya.

Malik Ilman,seorang lelaki yang susah bergaul terutama perempuan sedang berbual rancak dengan Ayu. Kemesraan mereka berdua juga mengundang beberapa peminat.

"Wah,kau tengok itu. Bukan main lagi ya bos kita dengan si Ayu tu."

"Iya kan. Aku tengok dua orang tu pun memang sepadang sangat. Bak pinang dibelah dua. Tak gitu,"ujar salah seorang rakan sekerjanya sambil disambut oleh tawa halus rakan-rakannya yang khyusuk melihat pasangan terhangat di pejabat mereka.

Dian,salah seorang dari mereka memandang serong ke arah Dahlila. Dia mendekatkan badannya,tidak mahu perbualannya didengari oleh Dahlila yang sedari tadi merenung Malik dan Ayu dengan tatapan tidak puas hati.

"Eh,korang tengok minah tu. Memang tidak sedar diri yang bos takkan berkenan dengan perempuan spesies gedik macam tu. Aku pun tak tahulah kenapa dia masih dekat sini sebab sudah suluh lagi nyata yang bos tak suka dia tu."

Ayat-ayat yang dilemparkan oleh Dian mengundang kata setuju dari mereka. Memang mereka semua tidak suka dengan perangai Dahlila yang tiap hari asyik nak berkepit dengan Malik Ilman. Nasib baik bos mereka tidak pernah layan . Perempuan macam inilah yang akan menjatuhkan martabat seorang wanita. Buat apa nak terhegeh-hegehkan mengejar seorang lelaki jika jodoh itu sudah pasti ada.

Namun,bagi Dahlila jodoh yang dicarinya tidak akan berubah. Mesti Malik kerana hanya dialah lelaki yang dia mahukan. Dia punya segalanya dari segi rupa yang menawan dan harta yang meluas. Itu saja ciri-ciri lelaki yang Dahlila kejar sejak sekolah menengah. Malah,bekas-bekas boifrennya juga seorang yang berasal dari keluarga ternama.

Dahlila berdiri dari kerusinya dan melangkah ke arah meja Ayu yang asyik berbuak sakan. Tawa mereka berdua benar-benar mengugatkan hatinya. Terutama senyuman manis Malik yang pertama kali dia lihat terbit di wajah yang sentiasa dingin itu.

"Hai,you all berbual apa sampai ketawa sakan ni. Boleh I join tak?"soal Dahlila tanpa menyedari wajah Malik yang berubah .

Ayu dan Malik membisu sebelum mulut mereka berdua berbicara. Mereka berpandangan sesama sendiri. Malik dan Ayu mengeluh kasar di dalam hati.

"Takde apalah kak Dahlila. Kitorang cuma cakap pasal ekonomi sekarang yang tengah gawat ni. Ada ke patut encik Malik ni suruh saya jadi isteri dia ." Muka Ayu tersipu malu. Apa kaitan ekonomi gawat dengan isteri. Memang pelik betul bos ni,monolog Ayu sambil teringat bait yang diucapkan oleh Malik.

"Takut sangat peti sejuk you kosong,you jadi isteri I lah. Setiap hari I penuhkan fridge you. Dengan you sekali I penuhkan."

Isteri? Benarkah apa yang aku dengar. Lelaki yang tidak mahukan komitmen telah menyebut perkataan itu kepada perempuan lain. Hati Dahlila bagaikan diremuk. Sakit.

"Well,You masih single lagi. Why not? You memang ada ciri-ciri untuk menjadi seorang isteri ,Ayu. Am I right,Dahlila?"soal Malik seraya pandangan mereka tertumpu ke wajah pucat Dahlila.

Fatimah dan rakan-rakannya yang tidak terlepas menonoton drama secara langsung di hadapan mereka turut menoleh ke Dahlila yang terpaku membisu.

Hit Me!Where stories live. Discover now