Bab 5: Minggu Pertama Ujian Kenaikan Pangkat! Bahagian 2!

1.7K 71 12
                                    

~~~ Replying to Reviews! ~~~

Yana Thompson (Bab 4)
Yesss! Sememangnya tepat lagikan benar!

Guest / Rian Iz (Bab 4)
Bahasa Melayu kau boleh tahan! Tapi aku tak kisah kalau kau mahu review dalam bahasa Melayu atau Indonesian atau English!
Kaizo sudah selesaikan Laksamana Ponti Anak? Uuu...hehehe...belum lagi. Nanti bila kau baca chapter ini, baru kau faham... (`∀')Ψ
Dalam dunia imaginasiku, Fang dan Kaizo adalah putera sebuah planet bernama Ao, yang bermaksud 'biru'!
Alright, silakan baca! Terima kasih atas sokongan yang diberi!

Ziyuu-chan 145 (Bab 4)
Update lambat sedikit sebab emosi author sedikit terganggu. Maklumlah, ayah author nak kahwin lagi... (¬_¬)
Uiittt...scene apa yang ditunggu tu? Cuba cite sket...nak jugak tahu!
God willing, author akan usahakan untuk tidak ambil masa terlalu lama untuk update!

user22485037
Thank you sebab sudi menunggu! Harap kau seronok baca chapter ini!

omar_2821
Hi there! Have fun reading this chapter! Thanks so much for the support!

Untuk pengetahuan readers, Planet Ao yang merupakan planet asal Kaizo, Fang, Ratu Felira dan Lady Marla ni sebenarnya berbudaya oriental (mix of Japanese, Chinese, Korean) and technological. Bangsa Ao dari Planet Ao ni juga dikenali sebagai Masked Warriors atau Pahlawan Bertopeng.

WARNING: MILD TORTURE SCENE. READ AT YOUR OWN RISK!

~~~ Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS! ~~~

Tidak jauh daripada headquarters TAPOPS, terdapat sebuah planet yang terbiar yang ditinggalkan lebih 1000 tahun yang lalu. Pemerintah planet terbiar itu merupakan seorang Maharaja yang zalim yang bercita - cita ingin meluaskan empayarnya. Maka, dia telah melancarkan serangan ke atas jiran - jirannya dan menjajah planet mereka.

Untuk mengekalkan keamanan galaksi, Planet Ao dan Feline telah bekerjasama menumpaskan Maharaja ini dan membebaskan semua planet yang dijajah. Rakyat jelata asal pemerintah kejam ini membuat keputusan untuk meninggalkan planet mereka dan berhijrah ke planet - planet lain.

Sebuah space shuttle putih berlogo TAPOPS menghampiri planet terbiar itu. Ia memperlahankan kelajuan apabila sudah hampir tiba di port. Space shuttle itu berhenti di atas sebuah space shuttle pad dan membuat pendaratan secara perlahan - lahan dan berhati - hati. Beberapa alien Mop bergegas ke space shuttle untuk menyambut kedatangan anggota TAPOPS yang menaiki space shuttle itu dan juga memeriksa space shuttle itu jika terdapat sebarang kerosakan atau memerlukan tenaga.

Tarung dan Kaizo menuruni tangga dari space shuttle itu. Kedua - dua mereka berwajah serius dan tegang, membuatkan alien - alien Mop yang menyambut kedatangan mereka berasa gelisah. Sebaik mereka menjejakkan kaki di atas planet terbiar itu, seorang anggota TAPOPS berasal daripada planet Kasuta memberi tabik hormat TAPOPS kepada mereka. "Komander Tully Tuuly, Ketua Warden. Selamat datang ke Penjara Gorotsu, Laksamana Tarung, Laksamana Muda Kaizo."

"Sebelum majlis kenaikan pangkat, aku masih Kapten Kaizo, Komander Tuuly." Kaizo membetulkan gelaran pangkat yang Tuuly gunakan untuknya.

Komander Tuuly tersengih sahaja. "Baiklah, Kapten Kaizo."

"Kami di sini untuk melawat tahanan di S2 01." Tarung memberitahu tujuan mereka datang ke situ. S2 adalah gred pangkat anggota TAPOPS yang dipenjarakan dan 01 adalah nombor sel penjaranya.

Komander Tuuly mengangguk faham. "Seperti biasa ya? Baiklah, silakan."

Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam sebuah bangunan besi berbentuk bulat yang tinggi setelah retina mata dan lencana TAPOPS mereka di-scan oleh sistem keselamatan Penjara Gorotsu. Sebaik mereka masuk ke dalam, mereka berada di sebuah bilik serba putih, di mana mereka discan lagi, kali ini untuk merekodkan kedatangan mereka dan barangan yang mereka bawa ketika masuk ke dalam kawasan Penjara Gorotsu. Sebelum mereka keluar dari Penjara, mereka akan discan lagi untuk mengenal pasti sama ada mereka tertinggal apa - apa atau membawa sesuatu keluar.

Kaizo dan Fang Murasaki: Ujian Kenaikan Pangkat TAPOPS!Where stories live. Discover now