Bab 1

108 8 0
                                    

Anis memisat matanya lalu mengeliat kecil. Ahhh... ngantuknya. Tangannya meraba di atas laci kecil sebelah katilnya. Handphone jenama Apple itu diambil lalu dibuka. Matanya yang masih mengantuk melihat di skrin.

"Masyaallah! Lewat dah" Dengan kelam kabutnya Anis terus bangun dari katilnya lalu menuju ke arah toilet.

Setelah selesai melakukan kewajipan sebagai seorang hamba, dia berlari ke arah bilik hadapannya, iaitu bilik Sakinah.

Anis Farisya ni, peranan dia macam mak-mak sikit. Contoh paling mudah apabila housemates dia yang lain masih tidur terbongkang atas katil masa matahari dah terpacak atas kepala, mula la dia nak cekak pinggang sambil membebel .

Dia kalau bab memasak, fuh.Sedap sampai menjilat siku.Jadi kiranya untunglah siapa yang jadi housemate dia. Setiap hari dapat makan masakan yang bapak sedap wei..Masakan dia yang paling tidak boleh bawa bincang sudah tentunya masakan Melayu..Kalau bab-bab masakan barat, kurang sikit lah..Tapi tetap untung. Boleh selalu makan masakan kampung..Housemates dia ni pula semua tekak Melayu tulen..Apa ada hal?

Yang paling superb, dia punya sambal. Huhh, paling win dalam sejarah. Sekali masuk dalam mulut, pedas berapi..tetapi tetap nombor satu sedapnya..Orang Melayu kan? Mesti la makan pedas.Seaiapa yang makan sambal dia, akan makan berulang kali walaupun pedas tak terhingga.

Anis mengetuk pintu bilik Sakinah..namun tiada jawapan. Dia terus membuka pintu bilik itu tanpa berfikir panjang.Matanya ligat memerhati sekeliling bilik itu.

"Aik..kosong?" Kata Anis sendiri. Selalunya, aku yang kena geqak (kejut) dia, baru dia bangun. Lari rumah ka apa dia ni?

Haa..Sakinah Qaizira ni pula, jenis pemalas sikit. Bab bangun awal, huhh..dia memang selalu kalah. Dia paling malas nak basuh baju. Kalau dia basuh pun, selalunya seminggu sekali..ataupun bila malas dia sudah tahap jingga, dia akan hantar semua baju-baju dia dekat dobi.

Sakinah kalau bab memasak, dia suka. Kalau dia balik awal, selalunya dia yang akan tolong Anis bertukang dekat dapur. Sakinah paling pandai bab masakan barat. Wahh..dia punya masakan tu, boleh bukak restoran. Sedap gila hawau. Kiranya, rumah diorang ni lengkap dengan tukang masak pelbagai.

Bukan tu je, dia ni jenis gila kerja. Selalu balik lambat. Apa benda yang ada dekat office dia tu pun tak tahu la. Bukan setakat dekat office ja dia buat kerja, kadang- kadang sampai ke rumah dia buat kerja. Sebab itu la, kalau dia masak, ataupun tolong Anis memasak dekat dapur, kira satu rahmat yang besar. Bukannya senang nak tengok Sakinah ni tinggal kerja dia. Bak kata Athirah, bakal suami dia ni nanti makan kertas kerja yang bersepah dekat bilik dia ni sahajalah jawabnya.

Anis berlari naik ke aras 3, iaitu bilik Athirah. Dia terus membuka pintu tanpa mengetuk. Aik..kosong juga? Depa ni pakat lari rumah ka apa?

Athirah Khairina ni pula, jenis yang suka mandi lama-lama.Menghayati gitu.Bila orang ketuk pintu toilet dia, barulah dia tinggalkan toilet kesayangan dia tu. Selagi tak ada manusia yang ketuk pintu, maknanya awal lagi lah tu.

Dia ni paling benci bab memasak. Jangan sesekali suruh dia masak. Dia kata, masak ni penat dan susah.Kalau nak masak, kena sediakan bahan..lepastu kena masak. Lepas masak, kena kemas pula. Leceh bagi dia. Tak tahu la bila dia nak kahwin nanti, kena bagitau dekat future husband dia awal-awal yang dia tak suka masak. Rabak juga la duit nanti kena makan luar.

Athirah Khairina ni, ada satu benda yang paling bagus tentang dia. Dia ni jenis suka mengemas dan decorate rumah. Kiranya, segala pelusuk rumah kecuali bilik Anis dan Sakinah, kebanyakkan datang dari idea dia. Disebabkan dia ni anti memasak, so kemas rumah ni, kerja dia lah. Tak pernah lagi lah rumah diorang bertiga ni kotor, sebab Athirah ni memang selalu mengemas.

Anis terus turun ke tingkat bawah. Apabila sampai di tingkat bawah, dia menuju ke dapur dengan niat nak masak breakfast, tetapi niatnya terkubur apabila ternampak makanan sudah siap terhidang di atas meja. Dahinya berkerut. Aik, hantu mana pulak buat sarapan ni?

Tiba-tiba,dua orang perempuan  berketinggian lebih kurang 160cm datang ke meja makan itu. Seorang membawa teko dan cawan, manakala seorang lagi membawa pinggan berisi nasi lemak.

Terpampang sergihan dari wajah Athirah dan Sakinah. Anis membuat muka menyampah.

"Hare(tak guna) la hampa. Kot nak geqak (kejut) aku. Nasib aku tak lepas subuh." ujar Anis lalu menjeling dua manusia di hadapannya.

Sakinah dan Athirah meletakkan 'benda' yang berada di tangan mereka di atas meja. Anis memandang 'suasana' di atas meja, lalu dahinya berkerut. Macam tak cukup something ja ni..

"Mana sambal? Takkan nak makan nasi lemak dengan ikan bilis telur ja? Dah bankrap ka apa?" kata Anis lalu keningnya diangkat. Sakinah dan Athirah berpadu tenaga menjeling Anis dengan kuasa setaraf Ultraman.Mulut tu,satgi blender jadi sambal kot baru tau.

"Mulut hang tu dah la masin..bankrap betul baru hang tau..Kereta aku tu bukan habis bayar lagi."balas Athirah lalu menggelengkan kepala. Anis tayang sengih. Hok aloh, buat lawak sikit pun tak boleh ka?

"masak sambalkan qeja (kerja) hang. Aku tak reti nak masak sambal. Kalau Tirah pula, kalau hang nak tunggu tiga minggu baru siap, dipersilakan." ujar Sakinah. Athirah menjeling Sakinah yang berada di sebelahnya.

"Tiba ja pakai nama aku ni yang nak kena flying kick satgi." ujar Athirah.

"aduhh..aku ingat aku tak payah masak dah. Kena juga ka?" kata Anis dengan malasnya. Ingat boleh la rilek, kena jugak?

"dah tu, hang nak makan gini ja?" tanya Sakinah.

"haa la. Hang pi kupas bawang merah dengan bawang putih" ujar Anis kepada Sakinah. Athirah terus duduk di atas kerusi lalu kakinya disilang. Tangan kirinya diletakkan di belakang kepala.

"so, aku boleh la rilek menikmati pagi yang indah nan permai ni kan?"kata Athirah santai lalu handphone jenama Apple miliknya dibuka. Baru sahaja aplikasi Instagram ingin ditekan, iphonenyadirampas lalu diletakkan di atas meja. Athirah mengangkat kepala memandang Anis.

"hang dah pasepa (kenapa)?" tanya Athirah dengan nada geram.

"banyak lemak hang nak rilek. Hang pi ambil cabai (cili) dalam peti ais. Potong banyak-banyak sikit. Spare awai-awai."arah Anis tegas. Sesedap rasa ja hang rilek. Orang lain dok keletang keletung, hang boleh dok ushar ig. Terus wajah Athirah berubah.

"woii..mana aci. Awat aku kena buat banyak, dia kena potong bawang ja" rungut Athirah. Aku dapat qeja susah, dia senang ja. Ketuk2 siap.

"ok, hang tukaq dengan aku." potong Sakinah.

"ok" balas Athirah. Anis menggelengkan kepala.

"suquh buat qeja sikit pun hingaq (bising)" gumam Anis agak kuat sehingga sampai ke telinga Athirah.

"apadia?" ujar Athirah sedikit lantang. Mengutuk aku la tu.

"tak dak apa" balas Anis selamba. Dasyat jugak telinga dia ni..

____________________________

P/s : perkataan yang mempunyai huruf 'q' di dalam mana2 perkataan, itu bermakna huruf asalnya ialah 'r'

Semoga faham

Destinasi ImpianWhere stories live. Discover now