Selepas siap memasak sambal, mereka bertiga duduk bersama untuk menjamah nasi lemak sebelum masuk kerja.
"Wei, amacam projek kita kat Klang tu? aku tak dan (sempat) nak tengok sebab dok busy dengan projek baru ni," tanya Sakinah lalu terus menyuap masuk nasi lemak menggunakan tangan. Diorang tak main la makan pakai sudu garfu ni. Orang melayukan?
"Okey ja aku tengok minggu lepas. Tak lama lagi siap la tu..cuma bahan kena beli lagi.Budak -budak praktikal tu tak reti lagi nak kira stok," jawab Anis. Ni la susahnya bila ada budak praktikal masuk, tapi tiada siapa yang free nak ajar. Semua pekerja sibuk dengan projek masing-masing.
"Las..takkan kat U tak belajar kot bends-bend tu? Kacang ja. Ka tak reti nak kira sebab barang-barang tupun tak kenal?" ujar Athirah tidak puas hati. Takkan semua benda nak kena ajar kot? Ni la susah bila berkerja sama dengan Universiti Great Star. Rasa menyesal pula setuju masa berbincang dulu..
"Ish hang ni. Takkan depa(diorang) tak kenal kot. Benda-benda tu basic ja. Takpa, kita hantar sorang pekerja kita ajaq depa." cadang Sakinah. Sakinah bangun dari duduk lalu bergerak ke singki setelah selesai makan. Pinggan dan cawan kaca yang digunakannya itu dibasuh dengan penuh berhati-hati. Yelah..kang pecah pulak nanti.
"sapa yang free la ni? Habaq mai (bagitau). Syamil yang baru masuk tu pun ada job der." kata Anis mencapai teko. perlahan-lahan dia menuang air teh itu ke dalam cawan kaca.
"apa susah..kita amik la Adib. Dia kan dah besa bab2 ajar budak2 practical ni. Kita bagi masa seminggu dah la. Lepas seminggu tu depa tau dah la kot nak buat cam mana." Cadang Sakinah. Dia kembali duduk di kerusi semula.
"banyak la hang. Kerja dia sapa nak amik?" soal Athirah lalu bangun untuk membasuh pinggan dan cawannya.
"hang la. Dia kan bawah hang. Aku dengan Kinah mana reti bab2 finance ni." ujar Anis. Terus langkah Athirah terhenti. Jelingan padu diberikan kepada dua jebon di hadapannya.
"wow! Great idea. Lepastu hampa (korang) boleh la dok happy2 lepas habis kerja, yang aku dok frust kerja belambak. Bestnya!" kata Athirah konon2 bergembira. Terus ketawa Anis dan Sakinah mendengar ayat Athirah.
___________________________
"woi! Cepatlah. Hampa dok buat apa dekat atas tu lama sangat. Bancuh susu kat anak ka apa?" jerit Athirah dari dalam kereta Honda Civic hitam miliknya ditambah dengan perlian..sempat lagi tu. Bapak lama gila depa ni. Kalau aku bertolak awai tadi, mesti dah sampai office ni. Haih la. Buat apa la lama sangat dua ekor tu.
Tiba2, Athirah ternampak Anis dan Sakinah berlari keluar dari pintu. Anis terus mengambil kasutnya lalu terus masuk ke dalam kereta. Sakinah pula mengunci pintu lalu mengambil kasutnya. Dia bergerak ke tempat duduk depan, iaitu bersebelahan tempat duduk Athirah. kalini turn kereta Athirah, so dia bawak. diorang ni, jenis pergi kerja sekali, lepastu tukar2 kereta setiap hari. Contohnya, hari ni guna kereta Athirah, esok guna kereta Sakinah, lusa guna kereta Anis. tukar2. So tak payah la nak share duit minyak bagai. sebab setiap sorang khidmat kereta digunakan. Jadi adil dan saksama.
"anak dah siap minum susu?" perli Athirah lalu menarik handbreak. Pedal minyak ditekan lalu bergerak keluar dari pagar. Sakinah menekan 'close' pada remote pagar mereka.
"erkkk!" kata Anis dan Sakinah serentak. Buat lawak bodo apa entah dia ni.
_________________________________________
Tiga orang perempuan bertudung elok keluar dari pintu lift. Kaki mereka bergerak ke meja yang berada di hadapan lift itu.
"eh..cik Puteri, Cik Solehah dengan Cik Sofiah..buat apa datang sini?" soal Suriani kepada manusia di hadapannya.
