o n e

212 55 62
                                    

💧💧💧

Tik tik tik

Bunyi hujan membasahi bumi kedengaran.

"Appa. Kat sini hujan lagi." Kata seorang gadis yang sedang duduk di tepi tingkap rumahnya sambil bermain air hujan.

"Youngie. Tolong omma belikan ramen boleh tak?" Tanya seorang wanita yang berumur kepada gadis itu tadi.

"Omma nak makan ramen ke? Dah malam kot." Ujar gadis itu lagi tanpa berganjak dari tempat dia duduk tadi.

"Alaaa beli jelah. Omma malas nak masak lah malam ni. Belikan jelah. Pastikan pakai boot. Jangan pakai selipar. Hujan nih." Jelas wanita itu lagi sambil berjalan ke ruang tamu.

"Yelah." Gadis itu hanya mengeluh kecil.

Klik

Pintu utama dibuka. Gadis itu mencapai payung warna hitam yang ada dalam bakul payung. Di hujung payung tu ada tertulis 'Kim Jayoung'.

Gadis itu keluar dan berjalan perlahan sambil menikmati kesejukan hujan.

Itulah dia. Kim Jayoung.

19 Tahun.

Model.

Hidupnya musnah lepas dia kehilangan tempat bergantung suatu masa dulu. Tapi semua tu tak menghalang dia untuk terus berjaya.

Bila tiba kedai, pintu dibuka.

Ting tong (bunyi kat 7E tu)

"Selamat datang." Ujar cashier kedai itu sambil tersenyum. Jayoung membalas senyuman dia dan segera mencari Ramen.

Bila dah nampak Ramen, dia mencapai dan segera membawa ramen itu ke cashier untuk urusan jual beli.

💧💧💧

"Omma. Youngie balik lambat sikit boleh. Youngie nak pergi Sungai Han jap." Ujar Jayoung di telefon.

"Okay. Masyeh masyeh omma." Jayoung tersenyum. Omma dia membenarkan dia pulang lewat sedikit.

Actually Sungai Han tak jauh pon. Keluar je kedai tadi dah nampak sungai Han.

Memandangkan hari hujan. Bangku semua basah. Jadi dia hanya berjalan sekitar itu sahaja.

Tengah dia berjalan, tiba-tiba ada seekor anjing kecil di kaki nya. Anjing tu macam berjalan dengan dia. Maybe tak nak kena hujan kot.

Tapi dia macam pernah nampak anjing ni. Dia berhenti dan melihat sekeliling. Takde siapa.

Jayoung mengangkat anjing itu.

"Ada locket. Holy." Jayoung tersentak.

"Holy" Ujar seorang pemuda yang bersuara garau dari belakang Jayoung

Jayoung tidak memandang ke arah pemuda itu. Sebab dia tahu tu siapa.

Orang yang bagi harapan palsu dekat dia.

Orang pernah hancurkan hati dia.

Suatu ketika dulu.

"Maaf. Saya tak tahu anjing ni ada tuan." Jayoung meletakkan anjing tu di bawah dan berjalan melepasi pemuda itu.

Hati dia sebak. Ya. Dia tak boleh lupakan kekasih lamanya.

Min Yoongi.

Satu-satunya lelaki yang dah buat hati dia berdegup.

Anjing tadi menyalak dan mengejar Jayoung. Tuan dia yang ada di hadapan tidak dihiraukan.

Jayoung yang seakan rasa dirinya dikejar terus memecut pulang ke rumah.

Air matanya sudah gugur. Dia tak nak nampak lemah di hadapan Yoongi. Walaupun mereka sudah putus.

💧💧💧

[ H ] « Rain ; MYG »Where stories live. Discover now