Dari sudut dapur Sumaiyah boleh mengagak apa yang sedang berlaku di halaman memandangkan hanya mereka tiga beranak sahaja yang tinggal di dalam banglo mewah itu.Bunyi gelak ketawa Hurya semakin kuat kedengaran.
Langkah laju diatur satu per satu ke ruang halaman dengan tangannya membawa dulang berisi dua cawan kopi dan segelas jus oren."Hurya! Tengok ayah kat sini ". Panggil Tuan Khalid sambil tangannya melambai ke arah anak perempuan kesayangannya itu.
"HAHAHAHAHAHA ..ayah sudah laa Hurya dah penat ni ". Pinta Hurya yang geli hati melihat aksi ayahnya yang melakonkan semula lakonan Jackie Chan secara spontan.
Sumaiyah yang baru sahaja menghidangkan minum petang hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagat anak kesayangnya dan suami tercinta.Memang sudah menjadi rutin harian mereka sekeluarga untuk meluangkan masa dengan Hurya pada hujung minggu.Bagi Khalid dan Sumaiyah, Hurya Aleesa merupakan harta paling berharga buat mereka kerana Hurya satu satunya anak yang mereka ada..kematian Luqman Hakim tiga tahun yang lalu memberi tamparan besar buat mereka berdua dan mereka tidak mahu kehilangan Hurya.
" Sayang ! " panggil Tuan Khalid .
" Ya abang ". Balas Sumaiyah acuh tak acuh.
" Awak menggelamun apa jauh sangat ni ". Soal Tuan Khalid.
" Hm tak ada apa la abg , Su okay je ". Sumaiyah menjawab dengan tenang dan satu senyuman manis terukir di bibirnya.
"MAMA ! " Jerit Hurya sambil kedua tangannya memegang bahu mamanya Sumaiyah.
" ALLAHUAKHBAR "
Terkejut Sumaiyah dengan kedatangan anaknya yang datang secara tiba-tiba dari belakang. Sumaiyah berpusing 360 darjah.. nak saja dia bagi cubitan kasih sayang untuk anaknya itu." Hehe sorry mama " . Hurya meminta maaf sambil tersengih seperti kerang busuk menagih simpati dari mamanya agar memaafkannya.
" Sudah la..mama nak layan kamu nanti sampai esok pun belum tentu habis ...pergi ambilkan kuih dekat dapur ".Arah Suamiyah sambil kedua-dua tangannya mencekak pinggang.
"Alright Boss..sekarang jugak saya pergi ". Jawab Hurya sambil tabik hormat kepada mamanya.Aksi Hurya membuatkan mereka bertiga tertawa...
********************************
Bayu malam memukul lembut pipi Hurya..sesekali dia memandang langit ditambah pula dengan bintang-bintang yang berkerlipan.cantik ! Bisik hatinya sambil tangannya memeluk tubuh.
" Hurya Aleesa ! kau tak akan faham apa yang aku kena hadap..kau tak akan pernah faham selagi kau tak rasa sendiri benda ni..kau cakap senang lah kau anak orang kaya..bapak kau kaya..apa kau nak semua petik jari ja babe..tapi aku tak mcm kau..walaupun aku miskin at least aku tahu bersyukur dengan apa yang aku ada..jangan riak sangat Hurya semua ni pinjam je...mulai hari ini kita jgn jumpa lagi "
Kata-kata ini masih bermain di benak fikirannya.."Wawa". Hurya bermonolog dan tanpa disedari butir-butir mutiara mengalir laju di pipinya.
" Hurya ". Satu suara yang amat dikenali memanggil namanya.
" Ayah ! Hurya cepat-cepat mengesat air matanya.
" Kenapa tak tidur lagi ni ". Soal Tuan Khalid dengan nada lembut..dirinya kini penuh dengan rasa ingin tahu kenapa anaknya masih belum masuk tidur.Dilihat sejak dua tiga hari perangai Hurya sedikit berubah tanpa diketahui sebabnya.
" Tak ada apa la ayah, Hurya nak ambil angin ja..tak rasa nak tidur lagi " Laju saja Hurya menjawab pertanyaan Tuan Khalid
" Hahahahaha" Tuan Khalid ketawa melihat gelagat anaknya itu.
" Kamu ni Hurya..ada-ada ja" sambung Tuan Khalid lagi
Tiba-tiba nada dering telefon pintar jenama Apple milik Tuan Khalid berdering memecah kesunyian malam di halaman rumahnya.
" Hello assalamualikum " Tuan Khalid memulakan perbualan.
"ALLAHUAKHBAR "
Hurya pelik..dari tadi dia memandang riak muka ayahnya seperti ada sesuatu yang tak kena.
"Ayah,ada apa? " Tanya Hurya.
Pertanyaan Hurya tidak dibalas.Langkah laju diatur menuju ke dalam rumah..Hurya mengekori ayahnya dari belakang..dirinya masih dalam kebingungan kerana tidak tahu apa yang sedang berlaku.
" SUMAIYAH ". Ayahnya memanggil-manggil nama mamanya.
"Apa yang sedang berlaku ni ". Bisik hatinya.
Kini dia berada di depan bilik mama dan ayahnya.Tombol pintu dipulas dan pintu dikuak ..belum sempat Hurya masuk ke dalam ayahnya terus menutup pintu..dia cuba buka beberapa kali malangnya terkunci dari dalam..Hurya mengagak mungkin ayahnya yang mengunci pintu.Tapi untuk apa..Hatinya sayu..tidak pernah perkara sebegini berlaku pada dirinya sebelum ini..Hurya bingung dengan perkara yang sedang menimpa dirinya ini..dia pasti sebentar lagi mama akan menceritakan semua perkara kepadanya.
Hurya turun ke bawah lalu melabuhkan punggungnya di sofa yang empuk.Dia mencapai remote televisyen lalu membuka saluran kegemaran..mungkin dengan cara ini akan menenangkan dirinya.
Setengah jam berlalu ..mama dan ayahnya belum keluar dari bilik...Hurya mengerling ke arah jam dinding..jarum jam menunjukkan angka 1 pagi..sesekali ada suara bertekak dia atas..hatinya gundah gulana memikirkan apa yang sedang berlaku di atas.
Bunyi derap tapak kaki seseorang menuju ke pintu depan tak jauh dari ruang menonton televisyen mengejutkan Hurya..Hurya terus bangun pergi mendapatkan ayah dan mamanya..alangkah terkejutnya Hurya apabila melihat ayahnya sedang menarik beg bagasi..
" Aya..h " Hurya memanggil ayahnya dengan nada sedih.
" Hurya Aleesa anak kesayangan ayah..ayah kena pergi sekarang..kamu tolong jaga diri dan mama untuk ayah okay..nanti ayah balik..ayah pergi sekejap ja " Tuan Khalid bersuara
Hurya terus memeluk erat ayahnya..air mata mengalir laju di pipi..tidak dapat ditahan lagi..tidak pernah dia berjauhan dengan ayahnya...
Sumaiyah yang dari tadi berdiri di sisi suaminya hanya mampu menunduk..lidahnya kelu..Hurya tak tahu apa-apa..seperti yang sudah dijanji dengan suaminya hal ini antara mereka berdua sahaja dan tanpa disedari air matanya mengalir..
"HONN,HONN"
Mereka bertiga berjalan keluar ke depan pagar rumah..terdapat kereta jenis Honda Accord hitam sedang menunggu..Hurya dapat mengagak yang kereta itu menjemput ayahnya..
TUAN KHALID ..yes itu ayah.. kerja ayah kerja yang murni..seorang askar..serius dalam menjalankan tanggungjawab dan sangat penyayang dengan ahli keluarga ke mana pulak ayah kali ini..ya allah kau permudahkan urusan ayahku..Seorang lelaki separuh umur tetapi masih kelihatan segak dengan pakaian askar membantu ayah mengangkat bagasi ke dalam bonet kereta.
Aku meraut tangan ayah lalu tanganya kukucup..Kulihat mama juga berbuat demikian.Pintu kereta dibuka dan ayah masuk ke dalam..dari jauh ku lihat kereta meluncur laju dan hilang jauh dari pandangan
YOU ARE READING
Hitam Putih 2017
Random2017 kau beri aku 1001 makna sebenar sebuah kehidupan.Aku terima dan redha dengan ujian dan dugaan yg diberiNya.Banyak perkara yang aku belajar dan sekaligus jadikan diri ini lebih matang - Hurya Aleesa Bagi Danish kehadiran Hurya dalam hidupnya s...