Prolog

5 0 0
                                    

Krinnngg ! Kringgg !

Sekujur tubuh yang sedang lena tidur bergerak-gerak. Tangannya cuba mencari jam yang berbunyi meminta untuk dimatikan. Tangannya mengagau mencari jam loceng itu.

Kriiinnggg ! Kringggg !

Jam itu berbunyi lagi . Dia mengalah. Dia bangun dan mencari jam itu. Beberapa ketika dia akhirnya menjumpai jam itu yang terletak betul-betul di sebelah timbunan buku di atas meja. Dengan keaadaan yang masih mamai, dia melihat jam itu : 4:30 AM .

" Siapa lah yang set jam ni 4.30 AM. Awal kut" kata lelaki itu. Dia kemudian meletakkan semula jam itu di atas meja dan duduk di atas katil. Dia merasakan satu kelainan. Katilnya agak keras sedikit berbanding sebelum ini. Mungkin tilam ni dah lama, getus hatinya.

Dia mengeliat dan meregangkan otot-ototnya. Dia menggerutu marah kepada jam yang mengganggu tidurnya tadi. Dia menggosok-gosok matanya dan melihat sebuah potret dihadapannya. Azran ? Dia hairan mengapa potret Azran berada di dalam biliknya. Dia kemudian memandang sekeliling. Bilik tiu lebih kecil daripada sebelumnya. Malah yang lebih pelik dinding biliknya diperbuat daripada kayu.

Dia semakin hairan. Dia bangun dan ketika itu dia terpandang wajahnya di cermin

" Azran ! Macam mana kau boleh berada di sini ?" tanyanya. Namun tiada jawapan. Dia memerhati lebih teliti. Otaknya ligat berfikir bermacam-macam situasi. Dia mengeluarkan jari telunjuknya dan cuba untuk menyentuh cermin itu dengan jari telunjuknya.

GEDEBUKK !!

Dia rebah saat jarinya menyentuh cermin itu. Azran yang dia lihat pada cermin tadi bukan Azran yang dia kenal tetapi dia yang dalam rupa bentuk Azran.

"Azran, apa kamu buat kat dalam bilik tu ? Cepat bangun. Kamu tu nak kerja lagi" jerit seseorang dari arah luar.

Azran masih tidak dapat memproses perkara yang dilaluinya sebentar tadi. Aku bermimpi ni, detik hatinya. Dia segera kembali ke tilam dan memaksa dirinya untuk tidur.

5 minit ..

10 minit ..

15 minit ..

Matanya tidak mahu lelap. Dia kemudian bangun semula dan mencubit pipinya.

Auuuccchh !

Sakit. Dia menggosok-gosok pipinya dengan tangan kanannya. Dia tidak bermimpi. Dia cuba untuk berfikir dengan waras. Mungkin dia terlalu penat hingga terbayang pelbagai macam perkara.

Matanya dipejamkan dan kemudiannya dicelikkan. Dia melakukan perkara itu beberapa kali sehingga kepala dia berasa pening.

Dia mengalah. Dia bangun semula dan cuba untuk mencari penyelesaian. Dilihatnya wajahnya pada cermin dibilik itu.

"Kenapa aku boleh berada dalam rupa Azran sedangkan aku adalah aku. Aku Airil bukan Azran" bisiknya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau AkuWhere stories live. Discover now