"Hai. Jodoh kita memang di majlis begini kan" ujar lelaki bersut kelabu dengan dihiasi bowtie warna biru laut di leher. Nampak smart tapi siapa lelaki ini? Dari senyuman dan cara teguran seolah-olah kami kenalan lama. Sungguh aku tak mampu mengingat siapa lelaki ini.
Aku hadiahkan senyuman kekok untuk lelaki ini. Mahu cepat berlalu. Kan pepatah ada kata, never ever talk to a stranger. Jadi mari lari wahai Izrahana!
"I know that awkward smile Izra! Nak lari lah tu" ujar lelaki bersut kelabu dengan bowtie biru laut itu sambil menghadiahkan sengih senget untuk aku.
'He reads my mind? Oh, huh and he even knows my name, ini bahaya!' aku berbisik perlahan.
"I'll talk to you later. Majlis dah nak mula. See ya!" lelaki itu berlalu pergi selepas dipamit sekumpulan lelaki berpakaian sama, bersut kelabu, bowtie biru laut. Oh, groomsman rupanya.
Aku cepat-cepat masuk ke dewan. Ini adalah pelik, lelaki itu siapa? Sepatutnya kami memang kenalan sebab dia tahu nama aku, kan? Aku cuba mengecam wajah itu. Kawan sekolah? Bukan. Kawan universiti? Bukan. Kawan sepejabat? Bukan...eh mana aku ada kawan sepejabat. Misteri juga identiti lelaki itu.
Ingatan aku kuat dan peratusan aku lupa wajah kenalan adalah sangat tipis. Aku bukan pelupa. Harapnya dia bukan lelaki pilihan Mak dan Ayah yang sukakan aku tapi tak pernah aku kenali. Hmm...perasan kau Izra! Aku rasa aku dah terpengaruh dengan drama melayu. Tidaaaak!
Otak aku bercelaru menyusun maklumat. Menyusun maklumat yang tiada, gila! Persoalan tentang lelaki misteri itu aku kuburkan sebaik ternampak Azie dan Hadira melambai dari meja nombor 9.
"Adik manis kenapa muka blur?" Azie soal aku sebaik aku melabuhkan punggung di kerusi chiavari berwarna emas yang dihias cantik.
"Takde apa lah. Aku pening cari korang. Ramai juga jemputan si Nadea ni." balasku menyembunyikan persoalan sebenar dalam otak aku.
"Ramai lah, the first wedding dalam keluarga kan. Dah tu anak perempuan seorang, mesti la keluarga dia nak buat majlis grand. Once in the lifetime gitu" ujar Hadira menjawab soalan aku.
"Eh girls korang dah tengok groomsman majlis ni? Fuhh menggoda kalbu okay!" Hadira angkatkan kening, nakal.
"Dah, mujur aku ni dah bertunang kalau tak cair aku. Cair!" balas Azie sambil tersengih.
"Apa-apa je lah korang ni. Suasana buat diorang nampak hot. Realiti biasa je" Omelku.
"Eleh kau memang Rara! Mana taste lelaki melayu...nak yang international je. Menyampah lah kau ni Rara. Tapi 8 handsome man in one occasion perghh boys over flower pun kalah...hehe" Azie mula membuat analisis seperti biasa.
"Malas nak komen. Asyik-asyik aku yang salah" aku tarik muka, pura-pura merajuk dengan gadis berdua ini. Mereka berdua ketawa...tahu benar taktik aku yang satu ini.
*******
Tepat jam 8.30 malam, majlis bermula. Perarakan masuk oleh kedua-dua pengantin, Nadea dan Izham. Diiringi flower girls yang comel dan di belakang diikuti 8 lelaki yang berlagak seperti bodyguard sang pengantin. Salah satu dari mereka lelaki itu, lelaki yang menegur aku di depan dewan ini. Aku larikan pandangan bila lelaki itu perasan yang aku memerhatikannya.
Nadea menghampiri meja kami dengan senyuman lebar. Jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya.
"Girls, terima kasih sudi datang dan sudi tolong aku masa majlis nikah minggu lepas. Tak sempat nak cakap hari tu" ujar Nadea.
YOU ARE READING
Si Bunga Plastik
RomanceLutfi & Izrahana Pertemuan pertama mereka indah tapi hanya untuk seketika... Adakah pertemuan kedua akan mengikat mereka selamanya? "Saya macam bunga plastik?" "Ya...bunga plastik. Cantik, unik, keras dan sukar untuk diubah" "Wow! Jadi saya ni canti...