Seruan azan subuh yang berkumandang di surau berhampiran rumahnya itu memecah keheningan pagi. Ashriq yang baru sahaja bangun dari tidur bergegas menuju ke kamar mandi. Dia membersihkan dirinya seperti biasa. Usai sahaja dia membersihkan diri, Ashriq terus menunaikan solat subuh. Dengan penuh khusyuk dan tawaduk dia menghadap Allah menunaikan kewajipannya sebagai umat islam.
Selesai sahaja dia bersolat, Ashriq terus merenung ke luar jendela. Lafaz zikrullah meniti di bibir menjadi kebiasaanya. Niatnya yang mahu tidur semula terbantut apabila memikirkan semula masalah yang dilaluinya. Ujian. Setiap manusia mempunyai ujian tersendiri tapi berbeza cara. Kita hanya perlu redha dengan ujian yang Allah beri pada kita. Usaha, Doa dan Tawakkal. Itulah yang terfikir di benak fikirannya.
Ketukan pintu membuatkan dia tersedar ke alam nyata. Tanpa membuang masa, dia bergegas menuju ke pintu lalu dibukanya. Seperti biasa, kawannya itu yang selalu menganggu Ashriq pada awal pagi.
" Kau kerja tak harini?" Soal Haris. Haris merupakan seorang kawan baik kepada Ashriq. Haris dan Ashriq daripada sekolah menengah berkawan baik. Senang cite mereka berdua senang masuk air.
"Weh, aku tanya kau ni gile. Termenung plak dia ni. Aku jet kepala sia sia je." Bebel Haris. Bengang melihat kawannya itu mengabaikan soalan yang ditanya begitu sahaja.
"Entah la, tak kot. Aku malaslah" Balas Ashriq malas malas. Sungguh dia terasa mahu lari dari tempat itu. Dalam banyak banyak orang kenapa dia. Ashriq mengeluh sendiri.
Jam menginjak ke angka 9. Haris sudah keluar bekerja pada pukul 8:30 a.m. Dengan bersahaja, dia pergi ke dapur mencari apa yang patut untuk menggalas perutnya. Sudahlah malam semalam dia hanya menjamah sedikit nasi goreng. Itupun dia dipaksa oleh Haris yang risau melihat keadaan Ashriq.
"Weh, kau tak boleh la macam ni. Kau kalau down pun. Jaga la kesihatan sikit. Makanla...penat siot aku masak pastu kau taknak makan plak." Kata Haris yang risau melihat keadaan Ashriq.
Haris memandang Ashriq yang seperti memaksa diri untuk manjamah nasi goreng yang dimasak oleh Haris."Asal kau ni Ash? Jap! Ke nasi goreng ni yang tak sedap?" Terus Haris mencapai sudu dan pinggan untuk merasa nasi goreng buatannya.
"Sedap?" Soal Ashriq sambil senyum sinis terhadap Haris.
"Pergh! Tawar gile. Pebenda bhai aku masak ni. Kau ni pun satu bukan nak cakap awal awal nasi goreng ni tawar." Marah Haris. Boleh pulak si Ashriq ni diam je. Lain kali bagi la reaction sikit. Paling paling pun sindir ke ape.
"Aku bukan ape.. Aku taknak kau kecil hati je. Kau tu dahla sensitif" Kata Ashriq seraya tergelak kecil melihat perlakuan Haris yang memasukkan semula nasi goreng ke dalam kuali untuk 'memasinkan' balik.
Ashriq tersenyum kecil apabila teringat peristiwa semalam. Dia membancuh nescafe 3 in 1 yang menjadi kegemarannya. Dengan nescafe dan biskut kering menjadi sarapannya pada pagi itu.
Sedang ralit Ashriq membelek handphone-nya. Satu panggilan terpapar di skrin telefon miliknya. Dia memandang nama panggilan tersebut. Ashriq mengeluh kecil. Tanpa membuang masa dia menangkat panggilan tersebut.
"Assalamualaikum,along apa khabar?" Tanya si pemanggil itu.
"Wa'alaikumussalam, along ok je. Ni call along nak ape?" Balas Ashriq seperti sudah mengetahui apa yang si pemanggil tu mahu.
"Adu along ni, orang call saje saje pun takleh ke?" Balas Aiyshah Farehah. Seorang adik perempuan yang Ashriq sayang. Kecewa. Memang lah selama ni kalau dia call sebab nak mintak duit. Tapi takdela selalu.
"Hahahahaha. Along gurau jela. Jangan marah marah. Nanti kita makan cendol nak?" Usik Ashriq melayan karenah manja adiknya itu. Satu satunya adik perempuan yang perlu dia jaga. Amanah yang diberikan oleh arwah ayahnya untuk menjaga keluarga. Sebagai anak sulung, tanggungjawab yang dipegang amat berat. Dia sudah berjanji walau apa pun yang terjadi dia tetap akan menjaga dan melindungi keluarganya.
"Bila along nak balik? Ibu rindu." Aiyshah keluarkan kenyataan sebab mengapa dia menelefon abangnya.
"Urmm. Tahla, along free along balik la." Ashriq membalas kenyataan yang dia sendiri pun tidak pasti dengan apa yang dikatakan. Tipu la kalau dia cakap dia tak rindu ibu dia. Serious. Kalau boleh balik dia nak balik sekarang juga. Perasaan sedih cuba ditolak jauh jauh.
Ashriq dengan segera mencari alasan untuk menamatkan panggilannya. Terselit perasaan bersalah dalam diri kerana memutuskan panggilan adiknya. Ashriq bukan apa, cuma dia mahukan ruang. Ruang untuk dia mencari ketenangan.
xxxx
Malam itu, hujan membasahi bumi. Terasa nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Ashriq sedang leka membaca sebuah buku berkisarkan agama. Terdapat satu sajak didalam buku itu yang menarik perhatiannya.
JIWA BERNAMA HAMBA
Jiwa hamba adalah satu
Jiwa yang takut pada pencipta
Kita taat atas kehendaknya
Kit tinggal atas larangannya
Ganjaran bernama pahalaHamba bukan lemah
Memagari nafsu yang amarah
Roboh iman lari pedoman
Tiba hujung jalan yang sesat
Pulang kembali rindukan akhiratLihatlah dengan mata hati
Daging yang membusuk dimakan api
Berganda untung hamba beriman
Bukankah disisi mereka ada bidadari
Yang celik akalnya hidup
Yang buta hatinya mati
Ashriq menghirup air coklat panas yang dibuatnya sendiri. Minuman yang seronok untuk dinikmati pada waktu malam dan hujan sebegini. Ah, perfect timing.Ashriq berpendapat, coklat boleh menenangkan fikiran dan emosi. Memang pendapatnya benar, kerana hasil kajian saintis serta fakta dunia, coklat mempunyai kuasanya tersendiri iatu mampu menenangkan seseorang yang dikuasai oleh emosi. Hanya dengan memakan coklat ketika seseorang berada dalam keadaan tertekan atau kesedihan, perasaan itu dapat diredakan. Begitu uniknya khasiat yang terkandung didalam coklat.