"Ani suka dia sebab muka dia tu sama macam muka orang yang pernah suka Ani masa Ani tinggal di Sweden dulu tapi Ani tak suka pun orang yang suka Ani masa tu" , kata Ani.
Ani atau nama sebenar Annesa Mellisa. Seorang gadis anak tunggal kelahiran Sweden yang berpindah dan dibesarkan semasa usia 7 tahun di Malaysia atas urusan kerja keluarganya. Ibu dan ayahnya datang dari keluarga yang tersangat mewah. Sewaktu dia dibesarkan oleh keluarganya di Malaysia, Ani hanya bermain keseorangan bersama anak patungnya.
Pada awal penghijrahan mereka di sini, ibu dan ayahnya ada saja masa untuk meluangkan masa bermain dan bergelak ketawa dengannya. Tapi perkara itu tidak lama setelah ibu dan ayahnya mulai sibuk dengan perlaksanaan kerja-kerja tak kira waktu pagi atau malam dan adakala pulang hingga lewat malam. Waktu untuk bersuka ria berubah menjadi sedih dan duka pada diri Ani. Namun Ani meneruskan bermain dengan anak patungnya sebagai teman.
Hari demi hari Ani hanya bermain dengan anak patungnya tanpa ditemani sesiapa pun di kediamannya yang besar itu. Pula hinggakan lama-kelamaan situasi ini menjadi satu benda biasa pada dirinya. Sewaktu usia kecil, situasi ini belum lagi terjadi sebelum Ani dan ibubapanya berhijrah.
YOU ARE READING
Sharifah Naufa
RandomAni atau Sharifah seorang gadis remaja yang kurang belaian kasih dan sayang dari ibupadanya semenjak usianya meningkat besar hinggakan menjadi satu peristiwa atau tragedi diluar jangkaan apabila tidak dapat menerima hakikat kerana ibubapanya mening...