Bab 02

12 0 0
                                    

Kedengaran bunyi siulan burung-burung dan cahaya matahari menyinari terpancar masuk di dalam bilik tidur Ani dan membuatkan dia tersedar dari buaian mimpi. Masih lagi dengan suasana yang sama dan ditinggalkan seorang diri. Namun ibunya tidak pernah lupa untuk menyiapkan menu sarapan pagi, makan tengahari untuk Ani. Walau sibuk manapun keadaan mereka bekerja namun kerisauan ibunya terhadap Ani tetap ada.

Awan di langit berarak menutupi sinaran matahari untuk meredupkan cuaca seketika. Sementara itu sewaktu seperti biasa Ani bermain dengan anak patungnya, tiba-tiba kedengaran suara anak kucing dari arah kawasan berdekatan kediamannya. Terus menjengahkan kepalanya dari bilik tidur ditingkat dua dan kelihatan ada beberapa ekor anak kucing di kawasan rumahnya. Lantas Ani berlari turun ke bawah untuk melihat lebih dekat lagi dengan anak-anak kucing tersebut.

Di ambilnya kotak kosong dan kain untuk menjadikannya tempat tinggal anak-anak kucing itu di dalam ruang tamu rumahnya. Saat itu Ani membela anak-anak kucing tersebut dan menjadikan ianya teman baru serta saat itu jugalah dia berasa seronok sehingga pada waktu tidur, makan, dan bermain bersama anak-anak kucing tersebut. Bila sahaja ibubapanya ketahui Ani membela haiwan kecil itu, mereka kelihatan senang hati dan berasa gembira melihat Ani riang-ria walaupun mereka telah jarang sama sekali meluangkan masa dengan Ani.

Hingga pada satu masa malang tidak berbau apabila haiwan peliharaannya mati dilanggar kenderaan sewaktu haiwan kesayangan Ani bebas berlari berkejaran bermain di kawasan perumahan. Waktu itu seribu kesedihan Ani melihat haiwan peliharaannya itu tidak lagi bernyawa. Saat itu mutiara-mutiara jernih yang mengalir deras sering kali membasahi pipi apabila mengingatinya. Pujuk demi pujuk ibu dan bapanya sedikit sukar untuk meredakan keadaan Ani. Hari demi hari mukanya muram, tak lalu makan.

Sharifah NaufaWhere stories live. Discover now