Ada seorang kawan aku tu, aku panggil dia Sang Ratu. *Obviously aku ni peminat watak-watak dalam kisah Laksamana Sunan. Haha. Kawan aku tu bukanlah sejahat Sang Ratu ketika dia dibawah kekuasaan Maharani. Tak ada lah pula kerja dia dok sibuk mai satu perkampungan untuk membunuh. Apatah lagi memperbesarkan Tahjud. Kawan aku tu juga bukanlah seoarang srikandi menentang segala bagai kejahatan dunia kegelapan seperti selepas Sang Ratu kembali kepada fitrah. Jadi, kenapa aku bagi dia nickname 'Sang Ratu'? Dan kenapa tiba-tiba aku nak menulis tentang dia? Sebab aku baru lepas mimpikan dia semalam. Rindu kot. Hahaha...
Kisah ni aku ceritakan semula setelah lima tahun berlalu. Fuhhh... tak terasa macam tu punya lama dah berlalu. Masa ni zaman aku tingkatan enam. Asalnya aku tak suka pun kat dia ni. Pada aku, dia ni jenis yang agak annoying lah. Aku jadi tak selesa dengan banyak benda yang dia buat. Ditambah pula bila ada orang lain datang bagi penambah perasa pada perasaan aku yang memang tak suka kat dia ni. Ya. Aku tahu aku jahat. Dengar bulat-bulat dari orang lain padahal aku tak duduk pun kat tempat dia. Tapi lama-lama aku berkawan dengan dia. Aku pun dah lupa macam mana boleh rapat. Almaklumlah aku ni memang jenis pelupa. Sebab tu dia panggil aku 'Nenek'. Haha.
Jadi, bila aku dah berkawan dengan dia. Makan sepinggan, tidur sebantal siap berebut selimut bagai, baru aku tahu sebenarnya dia bukan sekadar kawan biasa. Masa ni lah, rasa sayang tu hadir dan mata ni mampu menitiskan air mata saat melihat dia ketika sakit dan kerinduaan.Ya. Dia memang bukan seorang srikandi hebat yang menentang makhluk jahat di dunia kegelapan. Tapi dia seorang insan kerdil berjiwa besar yang cuba melawan segala bisikkan ghaib yang kerap hadir dan cuba bertahan hidup demi Pencipta-Nya saat iblis merosakkan jasad. Kerana itu aku panggil dia Sang Ratu. Kau akan nampak betapa kuatnya dia untuk terus bernafas, walau kadang terlintas dihatinya untuk terus menemui ajal. Kau pernah nampak kawan kau duduk bawah meja tepi bucu dinding dengan rambut panjang mengurai menutupi muka? Aku pernah.
Bila aku renungkan semula. Jelas nyata Allah memang telah bagi aku banyak petunjuk yang aku akan kenal dengan dia. Sebab tu dia antara sahabat yang aku sayang. Aku akan ceritakan apa petunjuk yang telah pun dikirimkan pada aku selama ni.
2009- Masa ni aku dah ada telefon sendiri. Password hp aku masa tu'0709. Dan aku guna password tu sampailah tahun 2014 walaupun aku dah tukar hp. Nombor tu memang merujuk pada satu tarikh yang istimewa pada aku.
2011- aku rapat dengan seorang budak ni. Dia pun antara sahabat baik aku sekian lama. Nama dia Ayie. masa tahun ni aku dah tingkatan empat. Ayie ni pula dia ada ambil kelas tambahan berbayar untuk subjek Bio kat luar. Jadi, Ayie ni selalu dia mesti cerita macam-macam lah bila jumpa dalam kelas, termasuklah pasal kelas tambahan dia tu. Satu hari tu, Ayie cerita "Aku dalam kelas tu rapat dengan sorang budak ni lah. Orang ye okey lah. Pakai cermin mata. Cuma macam pendiam sikit. Aku pun sekadar dengar macam tu lah. Selang beberapa minggu tu, Ayie berhenti dari kelas Bio tu.
2013- Aku masuk tingkatan enam dekat sekolah lain. Kira aku sebatang kara juga lah bila masuk sekolah baru ni. Sebab tak ada pun kengkawan lain dari sekolah lama aku. Masa ni lah aku sekelas dengan Sang Ratu. Ada sekali tu, masa dalam kelas, aku buka laptop, then adalah satu file tu memang gambar aku dengan Ayie je. Lepastu si Sang Ratu ni nampak. Dia terus tanya,
"Ni sape sebelah kau ni?"
"kawan baik aku jugak, dari sekolah lama aku dulu. Kenapa?"
"Eh! Ni pun kawan aku jugak lah. Aku kenal dia. Masa aku masuk kelas tuisyen Bio dulu, budak ni lah yang duduk sebelah aku. Tak lama lepas tu dia berhenti, tapi tak bagi tahu aku pun."
Dan Aku pun. Krik Krik Krik... Dalam hati sempat kata "Sungguh aku tak sangka. Kebetulan apakah ini?"
Dah dekat akhir tahun macam tu aku baru rapat dengan dia. Masa tu aku datang rumah dia konon-konon nak beraya padahal datang sekadar nak lepak-lepak je pun. Haha. Masa tengah rancak berborak tu, aku tanya dia"Hari lahir kau bila eak?""kau ni. Hari lahir aku pun tak tahu. Dah lepas dah. 0709"Okey. Tersentap. Aku diam sekejap.. "Weyh, hari lahir kau sama dok dengan password hp aku""eleh, iyer lah tu.""Betul. Tak tipu. Aku pakai sejak aku tingkatan dua lagi""Seriuslah?"
Aku masih binggung. Puteri Nor dah gelak tengok aku. - Sungguh, ini bukan kebetulan. Tapi sememangnya perancangan dan takdir dari-Nya.
"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan." (Al Hujurat :18)
"Katakanlah (Wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al Furqan:6)
"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada." (Surah Fatir: 38)"Boleh jadi kamu membenci sesuat, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah :216)Walau pada asalnya aku bencikan dia, tapi ternyata Allah telah mengatur pertemuan aku dan dia sejak dulu lagi. Dan hikmahnya bila segala penyakit hati disingkirkan, aku temui seorang lagi sahabat dunia akhirat seperti dia. Insya-Allah.
YOU ARE READING
Sahabatku, Sang Ratu
Non-FictionKawan? Sahabat? Entah. Aku tidak punya ramai sahabat. Hitungan jari jemari aku lebih banyak jika dibandingkan dengan jumlah sahabat yang aku ada. Hakikatnya semakin diri menginjak usia, semakin sedikit sahabat yang kita ada. Dalam yang sedikit itula...