Adakala seseorang tidak mengharapkan pujian sangat dan ada juga memang tidak mahu di pujian. Mereka mahu rasa keberadaan.
Keberadaan macam mana tu? Apabila diajak makan, dia tidak diajak. Apabila dijamu makanan, dia seorang saja tidak dapat.
Dia akan rasa seolah-olah diculik puteri bunian, ada di situ tapi orang sekelilingnya tidak nampak dia duduk di situ.
Mulalah monolog dalam hati,
"Eh mereka ni, buat aku macam tunggul saja."
Jika dalam kereta atau pergi mana-mana dalam kumpulan dan dia mahu kongsi masalah, dengar. Kalau boleh bantu, bantu. Jika tidak, jadilah pendengar yang baik.
Antara faktor seseorang itu mengalami depresion (tekanan) disebabkan situasi macam ini.
Kredit gambar Tuan Akif Basri.