Bismillahi rahmani rahiim..
(Daripada buku : Mencintai Rasulullah saw )
Sabda rasulullah saw : Sesiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat dan malam jumaat, maka allah swt akan menunaikan sebanyak 100 hajat, 70 di akhirat dan 30 di dunia.
Riwayat Tabrani dari Abu Darda' : Sesiapa yg berselawat kepadaku (sayyidina wa syafi'una muhammad) pd waktu pg sbnyk 10 kali dan pd waktu petang, maka dia akan memperoleh syafaatku pd hari kiamat.
Riwayat Imam Ahmad, Imam
Al Nasa'i dan Imam Al Hakim dari Anas r.a : Sesiapa yg berselawat kpdku satu kali , maka allah swt berselawat kpdnya sepuluh kaki selawat dan allah swt menghapud sepuluh kesalahan dan mengangkat sepuluh darjat kpdnya.Riwayat Imam Abusy-syaikh dari Anas r.a : Barangsiapa berselawat kpdku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan mati sehingga digembirakan dengan (berita balasan) syurga.
Riwayat Imam Al-Dailami dari Abu Dzar r.a : Barangsiapa berselawat padaku pada hari jumaat dua ratus kali, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.
Riwayat Imam Ibnu 'adi & Imam al-Baihaqi dari Ibnu Umar r.a , sabda rasulullah saw :
Barangsiapa yg menziarahi kuburku maka baginya wajib menerima syafaatku. ( tanda kecintaan bukan melancong)Sabda rasulullah saw : Barangsiapa membaca selawat untukku pada hari jumaat sebanyak 80 kali , maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya selama 80 tahun.
Riwayat Imam al-nasa'i & Ibnu Hibban dari Ibnu Mas'ud r.a, Sabda rasulullah saw : Sesungguhnya orang yang paling utama bersamaku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat.
Riwayat daripada Wahab bin Munabbih, rasulullah saw bersabda :
Barangsiapa membaca selawat untukku sepuluh kali, maka seakan-akan dia telah memerdekakan seorang hamba.*selawat mendapat syafaat.
*mendapat penghormatan & ketinggian darjat.
*memperolehi perhubungan yg rapat dengan baginda rasulullah saw.
*mendapat peluang untk menghuni syurga.
*selawat boleh menghilangkan kesusahan.
*selawat mengharumkan sesuatu majlis serta mendapat keberkatan majlis.
*berkesempatan minum di telaga sayyidina nabi saw.
*selawat mengkabulkan segala hajat.
*selawat menjadi sinar cahaya pada hari kiamat.
*terhindar daripada sifat-sifat munafik.
*malaikat memohonkan keampunan dosanya.
*selawat menjadi penyaksian kepada baginda rasulullah saw.
*berselawat menjadi sedekah.
*selawat boleh menampung ibadah-ibadah lain yg tidak sempat & tidk mampu lakukn.
Keburukan tidak berselawat.
> lupa jalan ke syurga.>ditakuti masuk neraka.
>mendapat kecelakaan .
>tidak dapat melihat wajah baginda.
>dianggap menentang agama.
>merupakn suatu dosa.
>dianggap kedekut(bakhil)
>suatu kekurangan di sisi allah swt
>doa terhijab (tak dimakbulkn)
>kebingungan di padang mahsyar
>kerugian
>berbau busuk , lebih busuk drpd bangkai.
Riwayat imam bukhari, sabda rasulullah saw : Perumpamaan org yg berzikir dgn org yg tidak berzikir umpama org yg hidup (yg berzikir) dengan org yg mati (yg tidak berzikir).
Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad ~
YOU ARE READING
Sis~bro, islam itu indah💖
NonfiksiAssalamualaikum! Saya harap awak semua baca dan saya harap ini bukti yang saya juga berdakwah. Mungkin saya mampu berdakwah dengan cara ini? Siapa tahu kn..lagi pun kalau buku ni tak macam 'dakwah', sekurang- kurangnya saya cuba bantu untuk awak me...