PROLOG

2.3K 194 163
                                    

Silakan earphone dan lagu!

"Janji kita bersama?"

Langkah terhenti. Lantas lelaki bercap itu memusingkan badannya menghadap seorang gadis, punca suara di belakangnya. Sebelah kening diangkat oleh jejaka. Diperhatikan lama huluran tangan si gadis yang umur jauh 5 tahun darinya sebelum kembali ke mata gadis 17 tahun itu.

"Bersama?" Soal lelaki itu, pelik.

Kepala diangguk oleh gadis itu. Tanpa segan silu, tangan abang sepupunya dicapai lalu disalam. Berlapik. Sarung tangan penuh.

"Janji...."

Dari salam, bertukar kepada genggaman tangan. Si lelaki hanya memandang tanpa berkata apa-apa.

"Kita bersama...."

Lepaskan tautan, dikepal penumbuk abang sepupunya sebelum dilagakan dengan kepalan penumbuknya pula.

Fist-bump

"Selamanya"

Terukir senyuman di bibir sang jejaka dengan perangai adik sepupunya. Angguk kepala, lagi sekali mereka berdua berfist-bump.

"Aku janji, Iman Abiella"

Senyuman gadis bernama Iman Abiella itu terukir. Sebelum disusuli dengan air matanya. Lantas dikesat apabila sebelah kening abang sepupu sudah naik kembali.

Pelik mungkin.

Sebab... selalunya mereka bergaduh.

Tapi sekarang...

Dia menangis?

"Jaga diri kau. Jumpa lepas kau habis PHD. Dan juga...."

Rantai di lehernya dibuka sebelum dicapai tangan abang sepupunya. Dibuka, diletakkan, digenggam kembali dan berpandangan.

"Ingat... aku sentiasa ada dengan kau. Di mana sahaja. Bila-bila masa sahaja. Jaga rantai ni ibarat kau jaga aku selama ni, My Guardian. Janji dengan aku, Iman Asyraf" katanya lagi dengan suara yang mulai bergetar. Tumpah air mata, dibiarkan tanpa diseka. Hanya diukir senyuman pahit tanpa manisannya.

Asyraf terdiam. Lama diperhatikan wajah adik sepupunya. Ingin sahaja dia mengesat air mata tersebut. Namun dia tahu, dia tak patut lakukan semua tu.

Liarkan mata, sebelum terhenti pada 5 lelaki yang berdiri agak jauh sambil memerhatikan mereka. Senyuman pahit Asyraf terukir.

Abang Biella.

"Aku janji, my Little Biella"

Senyuman berbalas senyuman. Air mata berbalas renungan. Sebelum dimatikan dengan lambaian sang gadis lalu dia berlalu pergi.

Asyraf tersenyum. Sekurang-kurangnya... dia tahu yang Biella terkesan dengan kehilangan dia.

Memusingkan badan kembali, bagasi hitam di tangannya dicapai sebelum kembali diheret. Namun langkah kembali terhenti apabila namanya dipanggil. Lalu terus dia menoleh ke belakang.

Tiada jawapan perkataan. Tapi perbuatan.

Bentuk love dibuat oleh Biella. Diletakkan ke hati sebelum ditundingkan ke arah Asyraf serentak kenyitan mata. Lambai lagi sekali sebelum susuk tubuh itu hilang.

My heart belongs to you

Asyraf menggeleng.

____________________

7 tahun kemudian ( Perak )

"Sejak bila?"

"Biella..."

Bahagiakan Aku [ HIATUS ]Where stories live. Discover now