5 tahun lepas.... ( Australia )
"Tandas jap" kata si jejaka sebelum dia menghilang.
Dua lagi jejaka hanya memandang rakan kuliah merangkap rakan serumah mereka hingga hilang dari pandangan. Saling berpandangan, sebelum senyuman makna yang terukir di bibir Irfan membuatkan Darwin mengangkat kening.
"Sekali je" kata Irfan dengan sengihannya. Keliru dengan apa yang Irfan cakap, kerutan dahi terus terlukis. Namun semuanya hanya seketika apabila poket diseluk Irfan sebelum satu serbuk putih ditunjuk.
Mata Darwin membulat. Dipandang kembali tempat Asyraf menghilang sebelum peket di tangan Irfan dirampas lalu pantas disorok.
"Kau gila ke?!! Kalau Asyraf dapat tahu, matilah kita!"
"Then, janganlah bagi dia tahu" balas Irfan selamba, tanpa rasa bersalah.
Darwin terbungkam. Betul-betul terbungkam hinggalah satu peket kecil itu habis dicurahkan ke dalam Mocha Asyraf. Hinggalah dikacau selamba oleh Irfan tanpa rasa bersalah. Mengeluh dia untuk seketika sebelum wajah diraup.
"Apa-apa jadi kat Asyraf, kau yang tanggung. Aku tak terlib..."
"Kau nampak apa aku buat. So, kau pun terlibat" balas Irfan, pintas.
Bengang dengan apa yang Irfan katakan, belum sempat dia menengking, kerusi di sebelahnya ditarik seseorang membuatkan dia terkaku.
Cawan Mocha itu dicapai Asyraf sebelum diminum perlahan. Seteguk demi seteguk tanpa sebarang riak wajah syak wasangka.
Perasan dengan renungan Darwin terhadapnya, sebelah kening diangkat tanda menyoal. Namun masih disisip perlahan Mochanya penuh selera.
Laju pula kepala digeleng oleh Darwin serentak pandangannya dijatuhkan ke wajah Irfan. Terkesima dia apabila Irfan hanya beriak selamba tanpa rasa bersalah. Gigi diketap oleh Darwin dengan tangan dikepal bengang di bawah meja.
Kau memang tak berhati perut, Irfan....
"Sedap pulak Mocha dia harini" komen Asyraf setelah secawan Mochanya habis diteguk. Terukir senyumannya dengan kepuasan yang dirasai. Lalu diangkat tangan dan dipesan Mocha untuk kali kedua tanpa sebarang syak wasangka.
Terkaku dengan tindak balas Asyraf daripada Mochanya yang telah.... bercampur dadah sebelum Darwin tersentak apabila kakinya disepak dari bawah meja. Lalu dipandang wajah tersengih bercampur sebelah kening yang diangkat oleh Irfan.
Terketap seketika gigi Darwin dengan reaksi Irfan. Kalaulah Asyraf tahu yang minuman dia dah bercampur bahan perosak tu...
Memang... mati Irfan dikerjakan.
Sampai sahaja Mocha keduanya, belum sempat dia ingin menyisip air tersebut, bahu yang ditepuk Irfan membuatkan dia menoleh dengan wajah sedikit masam.
"Apa?" Soal Asyraf, sedikit geram.
Tersengih-sengih Irfan dengan reaksi Asyraf. Dalam hati, bermacam-macam cara difikirkan untuk membuatkan Asyraf jadi seperti mereka berdua.
"Boleh ambilkan tisu untuk aku tak?"
"Kau boleh ambil sendiri kan? Kaki kau pergi mana? Pergi kat awe..."
"Please...."
Berdecit dengan rayuan Irfan, dijeling sekilas sebelum dia berlalu ke kaunter bayaran.
Sengihan Irfan makin melebar. Sepantas kilat dia mengoyak peket kedua serbuk berwarna putih itu sebelum dicurah dan dikacau dalam Mocha Asyraf.
Wajah ditekup oleh Darwin. Tak sanggup dia ingin melihat kerja kotor Irfan. Bersalah? Semestinya.
YOU ARE READING
Bahagiakan Aku [ HIATUS ]
RomanceHIATUS! "Sejak bila?" "Biella..." "Aku tanya sejak bila, Iman Asyraf?!" Keluhan Asyraf terlepas. Dipandang lama wajah adik sepupunya yang sudah kemerahan menahan marah sebelum dia mengeluh lagi. "Sejak... 5 tahun lepas..." "Ya Allah..." Kepala diang...