Bapa kepada Eun Hye menarik tangan kami berdua.entah kemana dia mahu membawa aku dengan gadis itu.5minit kemudia kami berhenti di hadapan rumah seorang paderi tua.Lelaki itu mengetuk pintu rumah paderi tersebut."En.Yoo!!"jerit lelaki itu dari luar.En.Yoo membuka pintu rumahnya."Ouh,kamu Jin Suk Jin.Kenapa kamu datang ke sini?"tanya paderi tersebut sebelum mempersilakan kami masuk kedalam rumahnya."Saya nak mintak tolong En.Yoo kahwinkan anak saya dengan lelaki ini"arah Jin Suk Jin.Eun Hye dan Jimin memandang tepat kearah Suk Jin,terkejut."Baiklah"balas paderi itu.
Tepat jam 9.47 pagi Eun Hye sah menjadi isteri kepada Jimin.Selepas semuanya selesai mereka beransur pulang.Tiba di rumah Eun Hye,bapanya masuk ke dalam rumah dan mencampak sebuah beg berwarna hitam ke luar rumah"Kau keluar dari rumah aku.Sekarang kau dah ada suami kau ikot suami kau.Jangan sesekali cari aku lagi"kata Suk Jin sebelum menutup pintu rumahnya dengan kuat."Appa!!!"jerit Eun Hye dari luar rumah.Air matanya keluar tidak henti-henti.Eun Hye mengetuk pintu rumah itu dengan harapan bapanya membuka pintu buatnya tetapi hampa.
Jimin mengusap belakang Eun Hye tetapi Eun Hye menepis.Jimin tahu Eun Hye masih belum membiasakan diri dengannya."Jom kita balik"arah Jimin.Eun Hye hanya mengikut.
Sesampai di dalam rumah Jimin"Bilik awak dekat tingkat atas"kata Jimin.Eun Hye hanya menurut.Dari tadi gadis itu tidah membuka mulutnye sehingga sampai kerumah.Hanya air matanya sahaja masih bercucuran.
##############
Jimin duduk di atas sofa di ruang tamu rumahnya.Dia mengeluh berat.Betul ke apa yang dia lakukan?bagaimana dia ingin berterus terang dengan Seolhyun?Dia hanya ingin membantu Eun Hye dari didera?Banyak perkara yang sedang bermain di otaknya.Jimin mengambil remote control dan menonton televisyen.Beberapa minit kemudian kelihatan Eun Hye turun ke ruang tamu dan duduk selang dua sofa dengan Jimin.Jimin memandangnya,baru dia perasan bahwa Eun Hye cantik orangnya.Tadi Eun Hye kelihatan serabai,rambut kusut seperti sudah lama tidak mandi tapi sekarang Eun Hye kelihatan bersih dan rambutnya diikat rapi hanya mukanya sahaja yang perlu diubati kerana lebam ditumbuk dan dilempang oleh bapanya.
"Terima kasih sebab selamatkan saya"ucap Eun Hye."Sama-sama"balas Jimin dengan senyuman manis."Kalau saya tanya awak sikit boleh tak?"tanya Jimin.Eun Hye mengangguk."Betul ke awak mengandung?"Jimin bertanya."Tak,saya tak pernah membuat perkara terkutuk itu.Ini semua adalah fitnah kakak tiri saya iaitu Shin Hye."cerita Eun Hye.Air matanya sudah mulai jatuh."Dah,awak jangan nangis lagi.Saya akan jaga awak"kata Jimin.Dia melabuhkan punggungnya disebelah Eun Hye dan mengusap bahagian belakang Eun Hye.
##############
Seperti biasa Jimin bersiap selepas bangun dari tidur.Entah kenapa walaupun pejabatnya bercuti selama 2 minggu tetapi dia masih rajin bangun awal.Jimin turun ke ruang tamu.Sampai sahaja di ruang tamu dia terkejut.Ruang tamunya telah pun bersih dan lubang hidungnya terbau sesuatu yang sangat enak.Dia menghampiri dapur untuk melihat apa yang enak itu."Hai Good Morning"ucap Eun Hye dengan nada gembira.Jimin mengangguk."Sorry sebab saya menggeledah dapur awak.Saya ingat nak buatkan sarapan untuk awak sebagai tanda terima kasih"kata Eun Hye.Tangannya masih ligat menggaul kimbap panas."Terima kasih"balas Jimin.Dia duduk dimeja makan sementara menunggu Eun Hye menghidangkan makanan.
"Awak,saya nak tanya something boleh?"tanya Eun Hye.Dia memerhatikan Jimin yang sedang memakan sarapan yang dibuatnya."Apa?"Jimin memandang kearah Eun Hye Masa saya kemas ruang tamu saya ada nampak gambar awak dengan seorang perempuan.Siapa tu?"tanya Eun Hye."Isteri saya,Seolhyun"balas Jimin.Eun Hye terkejut dan dia terus mengambil kesempatan untuk memegang tangan Jimin."Macam mana awak nak bagitahu kak Seolhyun yang awak...."kata Eun Hye tergantung."Seolhyun tak ada kat sini.Dia kat Australia,nanti saya akan fikirkan apa yang patut saya cakap untuk beritahu Seolhyun."jawab Jimin.Jimin terus berlalu dari ruang makan.Eun Hye berasa bersalah kerana bertanyakan tentang Seolhyun kepada Jimin.Eun Hye mengeluh perlahan
YOU ARE READING
Meraih Cinta Darimu
Storie d'amorePerkahwinan antara Jimin dan Seolhyun cukup bahagia.Pada suatu hari Seolhyun telahpun mendapat tawaran bekerja di syarikat lamanya. Seolhyun terpaksa meninggalkan Jimin selama 4 tahun kerana Seolhyun terpaksa berkerja di Australia.Kehadiran Eun Hye...
