TENDER LOVE

154 29 85
                                    

"Aejung! Jangan lari lah! Kalau kau jatuh nanti aku jugak yang susah, bodoh!" Baekhyun membebel sambil mengejar langkah sahabatnya yang satu itu. Jalan raya pada malam itu agak licin diliputi salji yang baru turun.

"Baekkie cepat lah!" Jeritan nyaring Aejung mematikan lamunan Baekhyun. Dengan segera dia berlari mendapatkan gadis itu.

"Byun Baekhyun is such a loser!" Ejek Aejung sambil melempar sebiji bola salji kepada Baekhyun.

Mereka berdua sama-sama tertawa. Bahagia. Keduanya bersyukur dapat meluangkan waktu bersama menikmati salji pertama yang baru turun di negeri ginseng itu.

"Aejung.." Panggilan Baekhyun membuatkan Aejung menoleh. Tangannya yang sibuk mengepal bola salji itu terhenti sebaik matanya bertentangan dengan pandangan redup Baekhyun itu.

"Apa?"

Sengih, Baekhyun menangkup kedua belah pipi satu-satunya kawan baik yang dia ada dalam dunia ni.

"Aku nak kita buat perjanjian, boleh?" Soal Baekhyun dengan riak wajah serius.

Gadis yang baru berusia 22 tahun itu berkerut dahi. Dia memandang Baekhyun dengan sebelah kening yang terangkat. Pelik dibuatnya dengan sikap Baekhyun yang agak aneh itu.

"Perjanjian apa?"

"Aku nak kau janji dengan aku yang... Kita berdua akan melewati hari-hari tua bersama. Tak kisah lah siapapun jodoh kau nanti tapi, boleh kan kalau kita terus berkawan sampai ke tua?" Pinta Baekhyun sambil membuat muka comel seperti Puss in boots karakter terkenal dalam filem animasi Shrek.

Aejung ketawa berdekah. Dahi Baekhyun dijentiknya.

"Bodoh! Kau tak suruh aku janji pun aku tetap akan buat benda tu jugak. Byun Baekhyun dan Yoon Aejung akan menjalani hari tua bersama-sama. Kita kan sahabat." Ucap gadis itu sambil tersenyum lebar. Baekhyun ikut sama tersenyum sebelum merangkul Aejung ke dalam pelukannya.

"Aku sayang kau sangat-sangat, Byun Baekhyun." Bisik Aejung sambil membalas pelukan kawan baiknya itu.

Baekhyun mengusap belakang badan Aejung. Bibirnya terukir satu senyuman, tapi hambar. "Aku pun sayangkan kau jugak, Yoon Aejung..." maafkan aku, seandainya satu hari nanti aku memungkiri janji kita, sambungnya dalam hati.

"Let's not make promises, you never know when tomorrow comes
But I really mean it when I say
I like you.
[BIG BANG ~ Let's Not Fall In Love]

"Mana Baekhyun ni... Dia pergi kedai ke buat kedai?" Aejung membebel sendirian. Dia bosan menunggu Baekhyun di dalam bilik tidur Baekhyun yang bersurai hitam putih itu.

Mata Aejung tertancap pada satu sampul surat yang ditindih di bawah buku latihan Baekhyun. Tangannya dengan lancang menarik keluar sampul surat yang berwarna putih itu. Dahinya berkerut melihat nama Baekhyun terpapar di kulit sampul itu.

"Hospital Besar Seoul?" Makin bertambah-tambah kerutan di dahi Aejung dibuatnya. Demi apa Baekhyun menerima surat daripada Hospital Besar Seoul? Setahunya sahabatnya itu mengambil bidang kejuruteraan di universiti, bukan bidang kedoktoran.

TENDER LOVE [BBH ft. LTY]Where stories live. Discover now