Bab 3

104 2 0
                                    

Flashback

Azmi memberhentikan keretanya di garaj. Dia menanggalkan tali keledar lalu melihat orang di sebelahnya.

"Tunggu apa lagi? Jom la keluar." ujarnya lalu membuka pintu kereta. Atierah hanya menandang dengan cebikan.

    Pantas saja dia melangkah keluar dari kereta apabila melihat Azmi sudah berada di hadapan pintu rumah.Matanya pegun seketika.
'Wah, besarnya rumah! Agak² dia ni ada berapa adik-beradik, eh?!'

     Masuk ke dalam rumah bak istana itu, sekali lagi dia terpegun. Ketika mereka melangkah ke ruang tamu tingkat bawah, seorang wanita sedang menuruni tangga lalu mendekati mereka. Azmi menyalami tangan wanita itu.
'Hem ni la mama Azmi rupanya. Cantik!' Getus hati Atierah saat menyalami dan mencium tangan datin Dania.

"Jadi ni la Atierah. Hem, cantik! Tak sesuai langsung dengan Az." ucap datin Dania bersama senyuman. Atierah pula sudah kembang setaman.

"Hish, mama ni! Ada ke cakap macam tu. Ni ma, Saida ada?" soalnya sambil mata meliar ke sekeliling rumah.

"Tak de. Dia baru je balik tadi." datin Dania memberitahu.

"Hah, elok la tu. Senang sikit. Tak pelah ma, Az naik dulu. Nak mandi. Mama bincang la dulu dengan Ira. ujar Azmi lalu mendaki tangga untuk ke tingkat atas. Datin Dania memandang Atierah lalu tersenyum. Dia menarik sambil berkata.

"Jom duduk." ajaknya. Atierah hanya menurut seraya melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"So, Ira ni duduk mana?" soal datin Dania.

"Kat Taman Sentosa. Dengan kawan."

"Ouh! Kejap, kat mana? Mesti jawatan besar² kan? Pakaian pun dah wow..."

"Eh, tak de la aunt..."

"Mama. Panggil mama."

"Haaa...mama. Tak de, la besar mana pun. Ketua bahagian arkitek je delat Dania Copration Snd. Bhd." Atierah merendah diri.

"Seriously??"

"Ya. Serious. Kenapa?" Atierah sudah gelabah. Tak diterima jadi menantu ke, apa ni?

"Kenapa mama tak pernah nampak pun Ira kat office tu?"

"Hah? Wait! What do you mean by that?"

"Ira, syarikat tu mama yang punya." beritahu datin Dania ceria.

"Hah??" terkejut Atierah dibuatnya.

"Hem, lepas ni boleh la terus naik pangkat jadi PA Az." usik datin Dania.

"Hah? Kejap. Maksud mama Az kerja kat situ?"

"Ya! Mulanya tu memang mama yang uruskan syarikat tu. Tapi yelah, dah tua kan. Az tu tak nak mama sakit. Dia suruh mama duduk rumah je. So sekarang ni, dia yang handle office tu. Tapi dia tak selalu kat situ. Azri yang selalu duduk situ. Az tu selalunya pergi anak syarikat yang perlukan dia." kata datin Dania.

"Ouh macam tu." Atierah mula faham.

"Err, mama. Azri ni sape pulak?"

"Azri tu, abang Az. Ri tu pun nak sangat tengok mama berehat. Kiranya dorang tu memang dah berkomplot la."

"Az ni, ada berapa adik-beradik eh?" soal Atierah malu².

"3 orang je. Az tu ada sorang lagi lagi adik perempuan. Nama dia Syikin Al Aiza. Ada kat Australia sekarang ni. Bulan depan baru balik. Cuti semester, kan?" riang datin Dania bercerita tentang keluarganya.

"Hem... Saida tu sape pulak? Sepupu Az?" akhirnya terkeluar juga soalan cepumas itu.

"Eh, tak la! Sai tu anak kawan mama. Dari dulu lagi dia tu memang tergilakan Az. Tapi mama memang tak berapa berkenan dengan dia tu."
beritahu datin Dania jujur.

"Kenapa pulak?"

"Yelah, dengan pakaian dia yang menjolok matanya, suka pergi club. Kiranya macam...kalau Ira ni kutub utara, dia tu gurun sahara! Macam tu la." Atierah sudah tergelak sakan. Lawak²!! Datin Dania turut sama masuk padang.

"Amboi, bukan main lagi gelak² ni. Ada apa² yang Az tak tau? Ke, ngumpat Az ni?" Azmi yang sudah turun laju saja dia mendekati 2 orang wanita yang rancak berbual.
'Hem, 1 perkembangan yang baik.'

"Ha'ah. Ngumpat pasal perangai Az yang bukan main buruk tu!" seloroh datin Dania.

"Mama!! Apalah mama ni. Tak baik tau cakap macam tu! Malu Az nanti. Tak macho dah anak mama ni."

"Nak malu apanya? Bakal bini kamu jugak! Betul kan Ira?" usik datin Dania.

    Atierah hanya tersenyum sambil mengangguk. Azmi pula sudah memuncung. Dia duduk di sebelah Atierah. Atierah kaku seketika. Datin Dania tersenyum simpul.

"Dahla, mama nak buat air kejap. Az borak² la dulu dengan Ira."ujar datin Dania lalu bangun ke dapur.

    Setelah kelibat mamanya hilang di dapur, pantas Azmi memalingkan wajahnya ke Atierah. Mencerlung matanya memandang wajah Atierah yang sudah mengundur kerana wajah mereka hampir bersentuhan.

"Awak cakap apa tadi dengan mama?" Azmi mula menyiasat sambil wajahnya semakin mendekat.

"Ma...mana ada...cakap apa²." jawab Atierah sambil menjauhi muka Azmi. Tanpa sedar, dia sudah berada di hujung sofa.

"Betul tak cakap apa²?" soalnya lagi.

"Betul la!" tubuh Atierah sudah separuh terbaring. Melihat keadaan itu, Azmi memasang senyum senget.

"Amboi Az...kalau ye pun tunggu la dulu. Kahwin dulu. Baru ok." Datin Dania yang baru tiba menatang dulang berisi air itu berkata selamba.

    Mendengar suara itu, pantas Azmi dan Atierah kembali ke posisi asal. Datin Dania meletakkan dulang di atas meja sambil tersenyum simpul. Gembira melihat wanita yang dibawa oleh Azmi. Memenuhi cita rasanya.

"Jemput minum." ujar datin Dania seraya menghulurkan cawan kepada Atierah.

     Dia menyambut cawan itu dan perlahan mendekatkannya ke bibirnya. Atierah jadi serba-salah bila terasa ada mata yang memerhatikannya. Datin Dania hanya tersenyum gembira melihat mereka berdua.

Pertama KaliWhere stories live. Discover now