ASRAMA SRIKANDI
Kesemua pelajar asrama pada malam itu mengeluh. Manakan tidak, minggu ini sahaja kali kedua warden asrama mereka melancarkan denda.
Kebiasaannya pada malam sabtu mereka yang ibarat banduan dalam penjara srikandi akan menerima handphone masing- masing. Tetapi sekarang mereka terpaksa menerima hukuman yang tidak dirasakan setimpal. Hanya kerana satu daripada aspuri yang membuat salah, mereka terpaksa menelan hempedu beramai-ramai. Sumpah seranah sudah berbakul-bakul dikeluarkan dari mulut. Langsung tiada hormat- menghormati. Lagi lagi yang sudah bergelar senior. Peduli apa !
Selepas solat isyak berjemaah di surau sekolah, para aspuri terus naik ke bilik masing-masing. Mogok. Ada juga yang tidak kisah langsung mengenai denda yang masih dijalankan. Tetap menjalani masa yang berdetik seperti biasa.
Deelaila dan Syikin menghempaskan badan di atas katil. Mereka hanya diam membatu. Perasaan sebal masih membaluti hati. Tiba-tiba muncul seorang kawan karib mereka, Farah. Farah tersengih bila melihat raut wajah dua orang kawannya yang masam mencuka.
"Buruknya muka. Tak payah nak monyoklah." tegur Farah sambil mengeluarkan sebuah telefon pintar. Selamba. Deelaila terus bangun dari perbaringan.
"Uish, kau bawak handphone eh."
Jari telunjuk dihalakan ke Farah. Perasaan tidak puas hati menjalar semula. Syikin hanya jadi mendengar yang setia.
"Ha'ah. Kenapa? Kau nak bagitau mak kau ke?" sindir Farah. Mak yang dimaksudkan adalah warden asrama srikandi. Tangannya masih sibuk menekan-nekan telefon samsung J7.
"Banyaklah mak kau. Berani jugak kau ni eh." puji Deelaila ikhlas. Lehernya dipanjangkan melihat ke skrin telefon milik Farah.
"Pandai-pandailah aku sorok. Eh, kita selfie, nak ?" Farah bingkas bangun sebelum menerima jawapan dari kawan kawannya.
"Jom !" Syikin mengangguk lalu bangun ikut sama. Rambutnya yang panjang sehingga ke pinggang dibiarkan mengurai. Skirt telekung yang berwarna putih bersih belum ditanggalkan. Kalau pasal selfie, memang dia yang nombor satu di hadapan. Tak payahlah ajar. Macam- macam gaya dia tahu. Deelaila juga setuju memandangkan rasa bosan sudah menguasai dirinya.
Tidak semena-mena, Farah memetik jari."Kin, kau jadi model arh. Biar aku yang tangkap gambar." Kata Farah.
Syikin tercengang, "Model apa?"
"Model pontianak. Dee, kau tolong kusutkan rambut dia." Jari telunjuk dihalakan ke arah Syikin.
" baik boss!" Rambut Syikin yang panjang mengurai diusap kasar. Muka yang berwajah bulat ditutupkan sedikit dengan rambutnya. Biar nampak real ! Deelaila ketawa mengekek. Geli hati dengan hantu jadian hasil kerja tangannya. Skirt telekung Syikin dinaikkan sehingga menutup bahu. Syikin pula sudah meniru gelagat hantu yang dilihatnya. Tapi yang teruknya, dia melompat-lompat macam hantu bungkus.
"Woi. Kau tu jadi pontianak ! Bukannya hantu bungkus." Farah menyekeh kepala Syikin sambil ketawa besar besar. Tak padan langsung dengan watak yang Syikin lakonkan.
"Cepatlah ! bila kau nak gambar aku ni. Panaslah ! " marah Syikin selepas berhenti ketawa.
"Kau duduk atas locker tu. Kau kan kecik. Tak runtuh pun locker tu." arah Farah. Deelaila dan Syikin membuang pandangan ke arah yang dimaksudkan.
"Cepatlah, kin. Kau tak payah risaulah. Kalau kau mati pun, aku dengan Farah tolong kuburkan kau." Deelaila sudah berjalan di hadapan.
"Woi ! mulut kau. Yalah, yalah ! aku geraklah ni." Syikin terus naik ke atas locker milik Deelaila. Ketinggian yang berangkah 145cm amat memudahkan pergerakannya. Selepas memastikan kedudukannya kemas dan selesa, dia pun menaikkan ibu jari. Ahli bilik Melati yang lain hanya membutakan mata tatkala melemparkan pandangan ke arah mereka. Mana ada yang berani menegur kesalahan senior ! Lensa kamera terus memainkan peranan. Model pula makin ghairah apabila kamera telefon dihalakan ke arahnya.
YOU ARE READING
MATA KETIGA [HIATUS]
HorrorTatkala hijab mata terbuka. Aku mampu lihat apa yang mereka tidak nampak ! - Ariana. Setelah butik pengantin ibunya muflis, Ariana terpaksa bertukar sekolah dan berpindah pulang ke kampung rumah pusaka peninggalan atuk dan neneknya. Kesibukkan Rosmi...