Prolog

28 4 0
                                    

KERETA di parkir betul-betul di depan rumah kayu sederhana besar itu. Sebelum mematikan enjin, Airis menarik nafas panjang. Dipandangnya rumah yang pernah menjadi saksi ke atas segalanya. Ia juga telah menjadi igauan dan mimpi malam serta siangnya hingga kini. Kawasan rumah masih bersih seperti waktu-waktu dulu. Pokok-pokok bunga masih mekar berbunga malahan makin banyak kini. Ia petanda ada yang menjaganya dengan baik.

"Zahirnya hilang di mata tetapi di dalam ia masih mekar. Hanya dia yang aku mahu. Hanya dia yang aku nanti. Namun masihkah dia memaafkan diri ini?" Perlahan Airis berbicara sendiri. Ia cukup untuk Airis merasakan perasaan yang lama dikambus, digali kembali.

Enjin dimatikan dan pintu dibuka. Airis keluar dengan rasa gemuruh melanda jiwanya. Tangan melekap di dada, memujuk hati dan jantung supaya selari dengan fikiran. Langkah diatur menuju ke tangga kayu yang tetap kukuh seperti dulu.

"Assalamualaikum..."

Demi janji. Demi hati. Demi perasaan, Airis memberi salam. Kalimah yang dia mahu seseorang itu menjawabnya. Demi dia. Airis merelakan diri diheret kaki ke sini lagi. Demi dia, Airis merendahkan ego seorang 'pemain. Demi dia, Airis sanggup meredah waktu.

"Wa..."

Dan kalimah itu terhenti. Mata bertemu mata. Dahi berkerut dan bibir tiada senyuman. Dia di muka pintu, hanya memandang dengan pandangan yang tajam.

"Assalamualaikum..." Airis memberi lagi salam. Kalimah yang dia tahu mampu memecahkan kebisuan si dia.

"Waalaikumussalam..."

Senyuman terukir di bibir Airis. Salamnya berjawab tapi adakah dirinya disambut?

"Belum lagi sepuluh tahun, kau dah kembali?" Sinis pertanyaan yang dilemparkan.

Dia melangkah ke beranda dan duduk di birai tangga. Langsung tidak mempelawa Airis naik. Mata pula masih tajam memandang. Setajam bilah buluh yang dicantas serong.

"A... aku... aku rindu!" Airis tergagap menjawab tetapi yakin dengan kata-katanya.

Dia ketawa. Namun sekejap sahaja. Mata yang sepet kerana ketawa tadi kembali memandang dengan tajam.

"Engkau dah game over, Airis! Di saat kau naik ke stage yang paling tinggi dulu." Kasar kata-kata dia dan dia tahu itu. Bibir yang berkata tadi, tidak masih tidak mampu mengukir senyuman kepada gadis di hadapannya.

"Baliklah dan cukupkan angka yang pernah kau janjikan dulu. Cukupkan sepuluh tahun, Airis! Cukupkan! Aku tunggu kau masa tu tetapi bukan hari ini. Bukannya waktu ini!" Sebaik bersuara kembali, dia bangun dan melangkah masuk.

"Aku akan buatkan kau menanti aku..." Airis menghela nafasnya tanpa habiskan ayat.

"Menanti aku saat ini juga! Ini janji aku! Janji seorang gamer!" Airis menyambung kata-katanya. Agak perlahan suaranya tetapi penuh ketegasan dan cukup untuk didengari mereka berdua.

Dia berpaling dengan bibir senget dengan senyuman. "Jika begitu, silakanlah wahai puteri... tiada yang menghalang."

"Nampaknya aku sudah pun masuk ke stage satu! Dan sang putera..." Airis menghentikan ayatnya. Dia mendongak melemparkan semyuman paling manis.

"Sang putera..." panggil Airis lagi.

"Bersedialah untuk dijatuhkan... sekali lagi!" Kening diangkat dan senyuman manis tadi sengaja disiniskan Airis.

Airis Erdiani, a gamer tidak akan tunduk walau mahu menunduk. Airis Erdiani, akan tetap lawan walau mahu ditawan. Airis Erdiani, akan tetap menjadi dirinya. Noktah! Bisik Airis dalam hati sambil melangkah menaiki tangga bersama lenggok yang sengaja dibuat-buat. Airis Erdiani kembali lagi!

# permulaan itu tidak selalunya yang pertama. adakalanya ia adalah pertengahan...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 28, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Airis Erdiani, A GamerWhere stories live. Discover now