Part 6

1.1K 24 1
                                    


Tina jadi lebih liar dan yang paling teruk dia sudah pandai keluar dengan lelaki lain. Seteruk-teruk siBoy tidak pernah dia curang atau ada girlfriend lain . Tapi siBoy nda pernah bersuara . Boy ada juga bawa siTina jumpa mama sama bapa dia tapi dorang pun layan siTina dengan baik . Dorang rancang mau kasih kahwin cepat tapi siTina nda mau . Dia minta tunggu dulu sampai habis study dorang . Bapa sama mama siBoy takut dorang terlanjur . Tapi siTina berkeras nda mau .
Walaupun bertunang dulu . Boy minta tolong bapa sama mama dia jangan paksa siTina . Padahal dia sedih juga abis dia ingat siTina faham kenapa dia beli cincin .
Selepas pindah apartment tu hidup Tina semakin mewah . Apa tidak dia keluar dengan siapa dia suka . Apalagi pigi makan atau shopping . Memang dia suka ikut . Suatu hari pensyarah dorang bawa dia pigi shopping . Lepas shopping dia kena bawa pigi makan . Sampai direstoran tu , Tina nda tahan mau terkencing . Terus dia pigi tandas . Dia siap pesan pensyarah dorang suruh order makanan . Balik dari tandas dia nampak pensyarah dia sudah order makan . Banyak makanan dimeja . Tapi ada satay!!!!!!!!
Terkejut siTina nampak satay . Itu salah satu pantang larang yang paling besar. Kalau makan susuk dia semua jatuh sendiri... Dia cuba makan makanan lain tapi selera dia hilang terus nampak satay tu . Akibat mood dia nda bagus dia minta hantar pulang . Pensyarah dia terpaksa hantar pulang . Kecewa pensyarah dia padahal dia mau bawa siTina pigi hotel . Tapi siTina pun kalau sekadar pigi shopping dia maulah , kalau minta lebih -lebih makan penampar siTinalah jawap dia .
Sampai diapartment siBoy sudah tunggu dia . Siap masak lagi untuk Tina . Siap hidang diatas meja makan . Candle light dinner surprised untuk siTina . Terkejut siTina tapi dia happy betul . Dia berlari terus peluk siBoy. Semua barang shopping dia lepas saja depan pintu . Dia nda sangka siBoy sediakan semua itu . Niat siBoy mau pujuk siTina supaya mau kahwin sama dia . Tapi siTina terlampau happy sampai nda sedar dia cium siBoy . SiBoy terus tengok dia hairan . Pandangan dorang berbalas . SiTina rasa jantung dia berdebar-debar . Rasa macam ringan badan dia . Dia hairan kenapa dia boleh rasa macam itu . Dia nda faham apa sedang terjadi dalam diri dia . Bila siBoy cium bibir dia , dia pun balas ciuman siBoy . Tina nda marah sudah tapi dia rasa macam terbang . Degupan jantung dia makin laju . Dia rasa bahagia betul . Zapppppp... Tiba-tiba siTina ingat mimpi
dia masa ular besar lilit badan dia sambil cakap dia nda bulih jatuh cinta dan dia milik bomoh tu .
Terus siTina tolak siBoy . Terduduk siTina dilantai
kesedihan. Tina tahu dia memang sayang siBoy dan perasaan tadi memang adalah perasaan sayang siBoy . Tapi dia sudah terlanjur mengamalkan ilmu bomoh itu dan dia juga nda bulih bercinta selagi dia dalam cengkaman bomoh itu.
Ada penyesalan dihati siTina . Tapi semua sudah terlambat . Dia pun pujuk diri dia sendiri dengan bagitau diri dia yang siBoy belum tentu layan dia sebaik itu kalau bukan bomoh itu . Tapi dia masih duduk dilantai .
SiBoy kehairanan sikap siTina . Sekejap layan bagus dia , sekejap lagi tolak dia . Tapi akibat amalan ilmu siTina siBoy macam tunduk dan ikut semua kehendakkan siTina . Dia angkat siTina kasih berdiri terus dia tanya...
Boy :kenapa dear?
Tina : ndada apa-apa.
Boy : mari makan arr..
Tina : kejap lagi .
Boy : ko tahu saya sayangkan ko kan dear.
Tina: ya saya tahu ..
Boy: kita kahwin arr ..
Tina: nanti dear . ( tapi tambah dia menangis )
Boy :0klah nanti baru kita cerita pasal ni kita makan dulu .
Tina angguk kepala terus siboy tolong lap airmata dia . Lepas tu siBoy palan-palan bawa Tina pigi meja makan . Lepas duduk siBoy pun kasih nyala lilin . Punya happy siTina masa ni . Dia mahu hidup bahagia selamanya begini . Masa dinner tulah dorang bercerita sambil makan . Tanpa sedar ada mata yang memerhati marah . Disudut apartment ada mahkluk berdiri . Apa yang sedang berlaku semua dia nampak . Terus mahkluk tu hilang entah pigi mana . Sementara dorang masih dinner dalam keadaan yang sungguh romatik . Selepas makan siBoy suruh siTina pigi tengok tv sementara dia mengemas meja dan cuci piring . Selesai semua itu siBoy kemas pula segala barang yang siTina bawa dari shopping. Sikit pun nda tanya siTina siapa bawa dia keluar sama shopping . Sudah siap semua baru dia pigi ruang tamu bawa sesuatu ditangan dia tapi dia tapuk dibelakang dia .
Terduduk saja disofa dia suruh siTina tutup mata . Bila siTina tutup mata dia kasih pakai kalung emas dia baru beli dileher siTina . Sekali siTina buka mata terkejut dia nampak hadiah siBoy. Terus dia peluk siBoy dam masa tu juga siTina hilang kawalan diri . Dia tanpa sedar peluk dan cium siBoy sendiri . Pada masa ini siBoy pun sudah tidak fikir lain . Bagi dia , dia mesti kahwin sama siTina dengan apa cara sekali pun . Kedua -dua mereka hanyut dibawa perasaan . Daripada ringan -ringan sehingga berakhir diatas katil . SiTina sama siBoy nda dapat kawal diri masing-masing sudah . Bagi dorang punya alasan masing-masing untuk terus sampai terlanjur . Tina tahu dia mana mungkin dapat kahwin sama siBoy secara sah . Boy pula fikir ini saja cara supaya dia sama siTina dapat kahwin . Kasian pula dua urang ni .
Akibat dugaan kehidupan dorang terpaksa melalui semua ini . Tapi pada malam itu tiada pula gangguan mimpi mengacau siTina dia dapat tidur lena dalam pelukan siBoy . Tanpa dia sedar dia memang sudah jatuh cinta sama siBoy .
Pagi dia siTina bangun dengan penuh rasa bahagia . Tapi siBoy tiada sebelah dia . Hari ini pula dorang memang tiada class . Malas siTina mau bangun . senyum -senyum dia ingat apa yang jadi semalam . Nda sedar dia siBoy masuk bawa sarapan . Bila nampak siBoy bawa sarapan dia terus duduk . Siboy letak atas meja sebelah katil.
Dia cium kepala siTina terus dia suap siTina makanan .. Sambil makan tu siTina kasih tau siBoy dia mau pulang rumah dia ambil barang . SiTina cakap lagi malam tu dia mau pigi pantai mau mandi . Tapi tengah malam pula .Malam itu malam bulan penuh . Boy macam biasa angguk saja dan ikut semua kehendak siTina . Tambah lagi siTina senang hati . Lepas tu dia pigi bersiap-siap siBoy mengemas dapur sama bekas pinggan dan gelas sarapan siTina guna masa breakfast tadi . Masa dia habis mengemas tu , dia nampak siTina tunggu dia diruang tamu sambil tengok TV . Sempat lagi dia pigi cium kepala siTina sambil cakap " dear kejap arr saya siap-siap dulu..... " angguk siTina senyum . Hilang sudah garang siTina .
Masa dia tunggu siBoy bersiap tu tiba-tiba handphone dia bunyi .Tidak pun tengok screen dia terus jawap ....
Tina : hello ......
Bomoh : nak Tina ingat ya... Perjanjiannya nak Tina tidak boleh jatuh cinta ..
Tina: Tina nda pun jatuh cinta pak..
Bomoh : Jangan nak Tina , buruk akibatnya nanti .
Tina : tahu pak tahu ... (Sambil ketakutan )
Bomoh : Lagi ingat ya syarat- syaratnya yang lain .
Tina : ya pak tapi saya bermimpi seram pak .. (Terus siTina cerita semua mimpi dia . )
Bomoh : Bapakan ada pesan supaya nak Tina cucuk jarum diIbu jari kiri sebelum setiap kali tidur , ya semestinya nak Tina diganggu terus kerana budak bapa lapar .
Tina : apa pak?????????????? (Besar mata siTina )
Bomoh : perjanjiannyakan nak Tina mesti bagi makan darah . Lagian ingat malam ini bulan purnama mesti mandi dibawah sinaran bulan .
Belum habis tu bomoh cakap siBoy datang terkejut siTina . Cepat-cepat dia kasih mati hphone . Kesilapan besar siTina , dia suka nda dengar betul-betul pesan tu bomoh . Dorang pun jalan . Tapi siBoy singgah rumah dia dulu . Kebetulan ada abang dia Daniel baru balik dari luar negara . Bercuti dia dari kerja oversea . Masa dorang masuk terkejut bah siDaniel nampak siTina . Sampai siBoy peluk Daniel pun , SiDaniel nda sedar . Mata dia bulat tengok siTina . Ketawa siBoy sambil cakap " Cantikkan ". Baru abang dia tersedar . Siboy kasih tau dia mau ambil baju dia sikit . Tapi siDaniel pula berabis memaksa dorang untuk makan tengahari sana . Alasan dia bukan dia selalu pulang . SiBoy tengok siTina , tapi siTina senyum saja . Jadi dorang pun stay untuk makan tengahari . SiBoy pigi bilik dia mau ambil baju dia . Tina pula tunggu diruang tamu .Mummy sama daddy dorang siBoy pula didapur . Apalagi berabis siDaniel minta nombor telepon siTina . Tina senyum saja nda dia mau bagi . Balik saja siBoy dari ambil baju terus siTina konon pigi dapur . Memang ketara siTina sayang siBoy sudah . Tapi siBoy pula yang silap bila siDaniel minta nombor hphone siTina dengan alasan kalau susah call siBoy dia senang cari siBoy melalui siTina . Boy bagi juga nombor hphone siTina bah . Punyalah .......
odoiiiii siBoy .
Lepas makan tengahari tu dorang pun terus pigi rumah siTina . Tapi ada kereta siNelly bila dorang sampai . Bila masuk dalam rumah ada dorang semua disana . Tina suruh siBoy tunggu dalam kereta . Walaupun berabis siBoy mau jumpa mummy dia terpaksa juga dia pigi tunggu dalam kereta . SiTina terus masuk dalam bilik . Dia tidak peduli sudah dorang . Mengejar siNelly dalam bilik . Sambil mengemas barang -barang dia dorang bergaduh . Berabis siNelly mau tau pigi mana siTina . Tapi siTina teriak siNelly pula . Marah sudah siNelly talampau . Dorang dua berteriak -teriak bergaduh tapi siTina pun memang benci tengok family dia sendiri . Siap mengemas dia mau keluar tapi siNelly tahan jalanan keluar pintu . SiTina tolak siNelly dari pintu sambil angkat beg dia . Tapi siNelly tarik rambut siTina . Mummy dorang sama siJoji tengok ja dari pintu . Nda berani masuk campur . SiTina balas tarik rambut siNelly . Nah begunut sudah dorang . Lari siJoji pigi panggil siBoy . Tapi siNelly kesakitan rambut dia kena tarik terus dia tumbuk siTina . Tapi siTina nda lepas tangan dia menarik rambut siNelly . Sekali siNelly tendang siTina . Terbuang bah siTina didinding .... ARGHHHHHHHHHHHHHHHH...!!!!!!! teriak siTina kesakitan terus dia teringat keris dia dilaci . Tina berlari pigi ambil keris dia . Dia nda bulih berfikir betul -betul sudah . Mata dia pun merah sudah bah . Dapat saja tu keris , dia cabut kasih keluar dari sarung . Nampak tu keris Nelly terkejut . Tapi sudah terlambat dia berkeras saja ditempat dia berdiri . "Tina!!!!!!!!!!!!!!!!! " itu saja mampu dia teriak . Tina terlampau marah dia berlari pigi tempat siNelly mau tikam siNelly . Nelly panik siTina depan dia saja mau menikam .. Dusssss siTina menikam ....... teriak mummy dorang "TINA! "

Ilmu Sesat #Susuk  [COMPLETED]Where stories live. Discover now