Jalan yang sunyi dan gelap..tetap akan menjadi bingit dan cerah apabila ada cahaya dan ada suara bunyi..Kita? Manusia jangan putus asa kerana apa? Kerana kita ada Allah, tapi kita sering lupa, leka, lalai dengan dunia..kawan! ingatlah dunia hanya sementara dan akhirat itu kekal selamanya...
"Bro, malam ni jom, ada kuliah kat masjid, join jom, boleh tambah ilmu, lagipun dah lama kita tak pergi masjid sama-sama. Aku rindulah waktu kita dulu-dulu, rajin pergi masjid sama-sama, tapi sekarang kau asyik sibuk je..kau free kan malam ni?"
"Adeh,sorry feeq, aku tak boleh lah, ada hal sikit malam ni, lain kali lah ye. Nanti aku free kita pergi sama-sama. Ok?"
Aiman menolak perlawaan Rafeeq kerana mempunyai hal lain. Air muka Rafeeq berubah sedikit kerana penolakan Aiman sebentar tadi.. Aiman perasan akan perubahan wajah Rafeeq terus pergi mendekati rakannya itu.
"Sorry bro, bukan niat aku nak tolak perlawaan kau, sejak kebelakangan ni aku sibuk sikit, sorry eh..bukan aku taknak pergi dengan kau..cuma aku....." Aiman memberhentikan kata-katanya..sebak rasanya..dia tak mahu kehilangan..kehilangan orang yang dia sayang..kehilangan untuk selama-lamanya.
"Ermm, takpelah..mungkin hal kau lebih mustahak...pergi dulu..Assalammualaikum" Rafeeq berjalan menuju ke motosikal miliknya..enjin dihidupkan lalu terus memecut laju meninggalkan perkarangan rumah sewa mereka.
"Sorry bro, bukan aku taknak join kau..malam ni aku ada appointment dengan doktor peribadi aku..Aku sakit feeq..tapi aku tak nak kau tahu..aku takut kau sedih..maafkan aku feeq" rintih hatinya..terasa pilu.
Rafeeq...sahabat yang sering ada dikala sunyi, menjadi teman dikala sepi..Rafeeq sahabatku disyurga nanti..Maafkan aku.Aiman berjalan keluar dari nilik doktor peribadinya dengan langkah yang cukup lemah. Tidak terdaya rasanya untuk dia terus melangkah. Terngiang-ngiang kembali kata-kata Doktor Akram difikirannya.
"Aiman, saya sarankan awak lakukan pembedahan ni dengan segera..Saya takut penyakit awak ni semakin merebak..awak tak kesiankan family awak ke..Makin dibiarkan makin bahaya, Aiman..Saya taknak awak ambil risiko sehingga boleh melibatkan nyawa awak..fikir masak-masak Aiman"
Sakit kepalanya memikirkan hal tersebut. Rambutnya dicengkam kuat..sakit hanya Allah yang tahu. Selama ini sakit yang ditanggungnya diingatkan biasa-biasa sahaja..tetapi tidak menyangka ia melibatkan nyawa.
"Rafeeq, aku tak balik rumah tau malam ni ..ada hal sikit..aku minta maaf tau..kalau selama ini aku banyak sakitkan hati kau..halalkan makan minum aku tau..Aku takut aku tak jumpa kau dah esok ..Terima kasih tau sebab kau dah hadir dalam hidup aku..kau sanggup layan kerenah aku..kau sahabat dunia akhirat aku..jumpa kt syurga nanti..aku sayang kau sahabat..bye..Assalammualaikum.." pesanan dihantar..Air mata nyata mengalir diseka perlahan.
Pagi esok, Aiman akan melakukan pembedahan untuk membuang tumor yang tumbuh didalam otaknya. Patutlah selama ini dia sakit di bahagian kepalanya..Rancangan Tuhan tiada sapa tahu..
Deringan telefon milik Aiman bergetar menadakan ada panggilan dari seseorang. Aiman melihat skirn telefon bimbitnya..tertera nama Rafeeq
"Assalammualaikum...Aiman, kau ada kat mana?"
"Waalaikummussalam..Rafeeq..aku..."
"Kau kat mana? Cerita cepat, kalau tidak aku putus kawan"
"Kau jangan cakap macam tu, feeq..kaulah satu-satunya sahabat yang aku ada..kau jangan risau, aku okey,." air matanya mengalir lembut meneruni pipinya..sedih bercampur takut.
"Kalau macam tu,cerita la dekat aku..sampai hati kau..pinggirkan aku..kenapa tak cerita dekat aku hah!..aku ni siapa bagi kau?..Benda penting pun kau sanggup rahsiakan dari aku..sampai hati kau, aku tahu pun dari umi kau.."
Esakan Rafeeq seolah-olah memberi tamparan yang hebat terhadap dirinya..Tidak sanggup rasanya dia mendengar tangisan Rafeeq.
"Feeq, aku minta maaf..bukan aku taknak cerita dekat kau..aku taknak kau risau..aku taknak kau susahhati..Jangan risau feeq...aku kuat..kau sendiri cakapkan.." matanya bergenang dengan air mata.
"Aku tahu Man kau kuat..tapi aku tak sanggup tengok kau hadapi semua ini sorang-sorang..kau je satu-satunya sahabat yang aku ada..susah senang bersama..Aku taknak ada bila kau senang je..aku nak juga ada bila kau susah..kau dekat mana Man? "
"Thanks bro,..aku dekat hospital kajang..kau jangan risau..okey?..pagi esok lepas subuh aku masuk bilik pembedahan..doakan aku bro..aku kena pergi sekarang..Assalammualaikum.."
Aiman mematikan panggilan telefon lalu terus mematikan kuasa telefon..buat masa sekarang dia tak ingin diganggu. Aiman berjalan menuju ke arah surau untuk melakukan solat sunat serta memohon perlindungan dan kekuatan dari Yang Maha Esa.Rafeeq menghampar sejadah menghadap kiblat..Takbir diangkat, dia menunaikan solat sunat dengan khusyuk serta menghayati ayat-ayat suci yang dilafazkan. Malam itu dengan disaksikan oleh linangan air mata, Rafeeq menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Sang Pencipta Nyawa.
"Ya Allah ya tuhanku..kau ampunilah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku serta kau ampunilah dosa sahabatku Aiman...Kau permudahkanlah urusannya..selamatkanlah dia dari segala mara bahaya..Ya Allah..Kau redhailah persahabatan kami ini...Ya Allah..kau campakkanlah rasa ketenganan di dalam hatinya agar dia sentiasa tenang untuk menghadapi sesuatu dugaan. Kau selamatkanlah dia dan kau permudahkanlah pembedahanya pada esok pagi..Aku mohon kepada Mu Ya Rabb..perkenankanlah doa ku ini Ya Rabb..Amin Ya Rabbal Al'amin.Aiman dibawa masuk ke bilik pembedahan dengan diiringi oleh ibu bapan Aiman dan Rafeeq..Wajah lesu milik Aiman dipandang oleh Rafeeq dengan bati yang sayu..Rafeeq memberikan senyuman kepada Aiman dan memberikan kata-kata semangat buat sahabat yang dikasihinya..Sesampainya mereka di bilik pembedahan..ibu bapa Aiman dan Rafeeq tidak dibenarkan masuk ke dalam.
Jelas terpancar kerisauan di wajah tua milik ibu bapa Aiman..Rafeeq memberikan kata-kata semangat kepada orang tua Aiman. Rafeeq sentiasa kelihatan tenang...tetapi diaebalik ketenangannya tersimpan begitu banyak kisah suka dan duka..Di dalam gati Rafeeq berdoa agar pembedahan tersebut berjalan begitu dengan lancar.Tidak sanggup rasanya jika dia kehilangan satu-satunga sahabat yang ada bersamanya ketika suka dan duka.**********************
Firstly, thanks sudi baca coretan yang tak seberapa ini...Baru menceburi bidang ini..Sebelum tu..this story from our batch..Nanti akan ada cerita lain..Thats another author....
So harap korang semua dapat support kitorang...Dan dapat beri tunjuk ajar kepada kitorang..Thanks❤
Author by: cik_mujahadah
YOU ARE READING
Life
Random"Kau pernah rasa tak yang hidup ni kadang-kadang tak adil" "Hmmm, hidup tak adil eh,? Ya, kadang aku pun rasa macam tu. Tapikan kalau kau nak tahu, hidup ni akan rasa adil bila...bila kita sentiasa ada bersama Sang Pencipta" -Rafeeq- "Hmmm..thank...