Surah Ibrahim : 34Dan DIA telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sesungguhnya, manusia itu sangat zalim dan sentiasa mengingkari (nikmat Allah).
Surah Ibrahim : 44
Dan berikanlah peringatan (Muhammad) kepada manusia pada hari (ketika) azab datang kepada mereka, maka orang yang zalim berkata "Ya Tuhan kami, berikanlah kami kesempatan (kembali kepada dunia) walaupun sebentar, nescaya kami akan mematuhi seruan-Mu dan akan mengikuti rasul-rasul". (Kepada mereka dikatakan), "Bukankah dahulu (di dunia) kamu telah bersumpah bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa?

ANDA SEDANG MEMBACA
Surat Cinta Daripada DIA
SpiritualeSurat cinta daripada siapa? Surat cinta yang penuh pengajaran. Surat cinta yang mepunyai kata-kata manis, malah lebih manis dari kata-kata manusia. Mesti kau orang tahu daripada siapa. Harap dia bermanfaat untuk kita semua. In shaa Allah.