Kpoppers story

221 11 16
                                    

Okay aku nak share sikit kisah aku sebelum menjadi kpoppers. Dulu aku ni sangat anti yang namanya kpop. (Jangan kecam) aku sama macam kpop hatters yang lain, asal dengar je kpop, aku akan rasa meluat, menyampah dan bla bla bla. Tapi bila aku masuk form 4, ada seorang manusia yang sangat meminati kpop dalam kelas aku, dan dia army.Aku dengan dia rapatlah jugak. Hampir setiap hari dia bukak video bts kat sekolah. So aku tengok je lah sebab tak tahu nak buat apa and at the same time cikgu takde dalam kelas, so aku terpaksalah tengok video bts. First aku belum kenal yang namanya bts dan tidak tahu menahu yang namanya kpop, aku main tengok je video mereka tanpa sebarang reaksi, sebab aku tak faham gaiss, dahlah takde eng sub. Bila aku tengok kawan aku ketawa terbahak-bahak, aku mula rasa pelik, paham ke dia? Sedangkan takde eng sub? Macam mana dia boleh faham sampai gelak macam tu sekali? Lama kelamaan, bila tengok video bts ada satu jejaka yang telah menarik perhatian aku, dia dari member bts. Bagi aku dia sangat unik. Jeon Jungkook namanya😘 tak tahu kenapa bila mula layan video bts, aku sudah mula suka kat anak jeon ni, tapi masa tu aku belum tahu lagi nama dia, dan nama member yang lain. Aku confused doh, dahlah muka mereka sama. Lagi-lagi vkook, memang susah aku nak bezakan mana jungkook dan mana V. Tak tahu kenapa sejak itu, aku mula buka video bts dalam youtube dan tanpa sedar aku ketawa bila tengok video mereka. Bagi aku, mereka lain. Lain daripada kpop idol yang lain. Masa era fire, aku selalu dengar lagu mereka tapi belum minat sangat masa tu. Cuma suka dengar lagu mereka je. Bila era not today dan spring day, aku mula mengikuti mereka, mula meminati mereka, mula menyukai mereka, mula menyayangi mereka, dan yang paling penting mula mengenali dunia kpop. Dan yang last sekali masa era DNA, aku sudah mula sangat-sangat minat kat mereka, hampir setiap hari aku tengok video mereka dalam youtube, dan Vlive. Dan boleh dikatakan Bts telah buat aku masuk dalam dunia kpop ini. Bila aku mula meminati kpop, aku baru rasa dihargai. Sebab kpop idol sangat-sangat menghargai peminat mereka dan itu yang buat aku suka dekat kpop idol. Aku juga mengambil masa yang agak lama untuk mengenali member bts, boleh dikatakan hampir setahun, aku ambik masa untuk mengenali mereka semua.

Dan bila dah start minat kat dorang, aku rasa menyesal. Menyesal sebab tak minat dorang masa debut dulu.

Aku ni boleh dikatakan new armylah hahha sebab baru 2017 aku minat kat bts. So apa-apa benda yang aku perlu tahu tentang bts, korang share2 lah kat aku. Maklumlah aku masih baru.

Okay setakat itu saja ceritanya. Sebenarnya ada panjang lagi hahha tapi takut nanti korang bosan baca.

Okay pengajarannya di sini, jangan membenci kerana suatu hari nanti benci itu akan berubah menjadi sayang. Macam yang aku hadapi sekarang. Dulu benci sangat dengan kpop dan sekarang apa sudah jadi? Aku termakan dengan kata-kata sendiri gais.

Okay now aku nak dengar kisah korang lagi, korang boleh share kisah korang sebelum menjadi kpoppers dan apa sebab korang boleh terjebak dalam dunia kpop ni?

KPOP [ Closed ]Where stories live. Discover now