001

918 95 43
                                    

[ Sudut pandangan orang ketiga ]

Pang!

Gadis itu menampar kuat pipi lelaki itu sekaligus membuatkan wajah lelaki itu berkerut menahan kesakitan namun ekspresi mukanya terus berubah membatu kembali tatkala merasakan pandangan gadis dihadapannya mengeras.

“Dua minggu, heh--”

Gadis itu tertawa sinis lantas melangkah mendekati lelaki tersebut sebelum tangannya pantas menepuk-nepuk muka lelaki itu dengan cara yang mengejek, wajahnya tersergam satu senyuman sinis yang menakutkan.

“—Dua minggu aku berikan masa untuk kumpulan kau selesaikan misi. Tapi ini sahaja hasil daripada misi ini?”

Gadis itu berkata perlahan, senyuman sinisnya masih lagi di wajahnya tatkala tangannya menggenggam kuat kedua-dua pipi lelaki di hadapannya, mahu sahaja dipatahkan tulang pipi pada muka jejaka itu.

Dia terasa begitu sakit hati dan sungguh tidak puas dengan hasil dari misi tersebut. 

“Kenapa kau bukan sahaja pulang dengan kegagalan, bahkan kau juga kehilangan dua ahli terbaik dalam pasukan kau? Bukan setakat bodoh tapi kau juga cuai, ya?”

Nada suaranya kedengaran begitu lembut, seseorang mampu sahaja tertipu bahawa dia sedang memaki lelaki di hadapannya itu dengan sinis.

“Saya minta maaf Cik Muda,” lelaki itu berkata membuatkan gadis itu terketawa galak di hadapan mukanya sebelum dia menolak kasar wajah jejaka yang berada di depannya itu.

“Maaf kau itu takkan mampu berikan aset-aset dan duit aku kembali semudah itu.”

Gadis itu berkata dengan wajah yang begitu manis, langsung tidak memberi peluang kepada sesiapa untuk mengetahui apakah yang sedang difikirkannya pada saat itu.

“Malah, masa aku dan masa seluruh anggota kau juga habis disia-siakan sebegitu sahaja akibat daripada ketidakcekapan kau.”

Gadis itu berkata, mahu membuatkan orang bawahannya itu terasa dengan bait katanya itu. Gadis itu mahu membuatkan lelaki itu menanggung segala bebanan misi itu pada bahunya.

Dia juga mahu lelaki itu merasa padahnya kerana tidak pulang dengan kejayaan.

Kerana kegagalan atau kekalahan tiada maksudnya di dalam kamus kehidupan gadis itu.

“Kau tak rasa bersalah terhadap aku? Terhadap rakan-rakan kau? Terhadap anggota-anggota kau?”

Gadis itu terus berkata sedemikian membuatkan lelaki itu tercanggung mukanya ke bawah akibat rasa bersalah.

“Macam mana kau nak hadapi mereka selepas ini apabila mereka tahu ketua mereka inilah yang menggagalkan mereka? Yang menggagalkan dua anggota, dua ahli keluarga mereka?”

Gadis itu berkata dengan nada simpati yang dibuat-buat, matanya melihat tajam ke arah lelaki di hadapannya yang dia tahu perasaan yakinnya semakin menghilang disebabkannya.

“Mati. Itu hukuman yang setimpal dengan perbuatan kau, bukan?”

Kata-kata gadis itu membuatkan lelaki itu mengangkat wajahnya, jelas tercengang pabila mendengar kata-kata yang dilontarkan gadis itu kepadanya.

“Berikan saya satu lagi peluang, Cik Muda! Saya janji saya akan berubah mengikut kesesuaian Cik Muda!”

Lelaki itu merayu simpati kepada gadis tersebut namun hanya pandangan serta senyuman yang sinis sahaja terpapar pada wajah perempuan itu tatkala dia melihat lelaki itu jatuh melutut padanya, meminta agar nyawanya tidak diambil.

𝙈𝙖𝙛𝙞𝙖 𝙋𝙧𝙞𝙣𝙘𝙚𝙨𝙨 | BTS [ OG ] Where stories live. Discover now