LORONG GELAP🎃

49 7 12
                                    

"Alina."

Seru seseorang dari belakang. Alina menoleh pantas. Namun tiada siapa pun di situ.

"Alina..."

Seru seseorang lagi. Kali ini suaranya kedengaran agak garau.

Alina memusingkan badannya cepat. Matanya liar memandang sekitar kawasan lorong gelap ini. Namun tiada siapa pun di sini.

"SIAPA!" jerit Alina. Matanya masih meliar memandang sekeliling.

"Alina. Hahaha."

Gelak tawa dari suara asing itu membangkitkan rasa seram pada Alina.

"Siapa di sana? Jawablah."

"Alina. Ini aku."

Berat pernafasan Alina menahan rasa gementar. Matanya masih memandang sekeliling. Mahu pastikan dia tidak terlepas pandang.

"SIAPA KAU. TOLONG JANGAN KACAU AKU!" Alina mula mengorak langkah.

"Alina..."

Langkah Alina semakin laju. Dia tidak mahu menoleh ke belakang. Makin lama, makin laju. Alina berlari keluar dari kawasan lorong gelap itu.

"Alina! Jangan lari!"

Lagi diminta jangan berlari, lagi laju larian Alina. Nafas Alina semakin berat. Dadanya berombak deras.

Derapan kasut tinggi Alina kedengaran dari sebalik kawasan gelap yang sunyi. Anjing-anjing yang liar berkiaran terpandangkan Alina. Anjing-anjing itu menderam kuat dan menyalak ke arah Alina. Seolah-olah ada sesuatu yang jahat menyangkut dekat Alina.

Alina terus berlari dan berlari hingga sampai ke persimpangan kawasan perumahan. Tergesa-gesa Alina menyeludup masuk ke pintu pagar rumahnya. Tanpa menoleh belakang, Alina mengambil kunci dari beg sandang jenama gucci lalu membuka pintu rumahnya. Tangan Alina menggigil apabila dia tersalah kunci ketika membuka pintu. Desahan nafas ketakutan kedengaran dari mulut Alina.

"Alina..." suara itu tiba-tiba muncul dari cuping telinga Alina.

Mata Alina pantas meliar memandang ke belakang.

Kelihatan bayangan putih ada di tepi pintu pagarnya.

Jantung Alina berdegup kencang!

Tanpa berfikir, tangannya bertindak rekfleksi kelam-kabut membuka pintu.

Pintu terbuka dan Alina meluruh masuk ke dalam rumah lalu menghempas pintu laju. Dia cepat-cepat menekan punat kunci.

Debaran kuat masih ada. Alina berusaha untuk bertenang. Banyak kali dia menarik nafas dan menghembusnya.

"Hello. Alina."

Mata Alina terbuntang.

Jasad seorang perempuan berwajah pucat tersenyum lebar padanya.

"ka...kak..."

Degupan jantungnya kembali kencang. Peluh ketakutan mengalir dari pori dahinya. Nafas Alina tersekat-sekat kerana terkejut yang amat.

Beberapa saat kemudian, pandangan Alina mula kabur.

Alina pengsan di depan pintu.

Jasad perempuan pucat itu hilang seolah-olah ia tidak pernah muncul. Namun, suara asing yang menyeru nama Alina tetap bergema sepanjang malam tersebut.

<Tamat>

SUARA ASINGWhere stories live. Discover now