Gemersik bunyi alunan biola Julia mendendangkan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, lagu Tunggu Sekejap, di ruang tamu chalet itu. Biola kesayangannya itu adalah hadiah daripada datuknya sebelum datuk meninggal dunia. Semua tiga orang kakak ipar duduk di kerusi yang berlapik kain renda rona merah. Suami mereka turut duduk di sofa, berdepan dengan kerusi isteri masing masing. Pinggan kecil dan beberapa cawan kopi sudah pun terhidang indah di atas meja oval kayu itu. Cuma suami dan anak anak Julia sahaja tidak dapat bersama. Mereka sudah berada di Singapura untuk meneruskan percutian yang kerap tergendala atas kesibukan suami Julia.Selepas tamat lagu Tunggu Sekejap, Julia memberi tunduk hormat kepada semua ipar birasnya yang dia sayanginya. Tiada tepukan daripada mereka. Julia tidak marah. Sudah biasa diherdik, dicaci, dikutuk mereka selama menjadi sebahagian daripada keluarga suaminya.
Julia perlahan lahan berdiri dari tempat duduknya, dan berjalan mengelilingi meja oval itu. Julia kemudian berdiri di belakang kakak ipar sulung. Julia tersenyum manis. Bola mata kakak ipar sulung beralih memandang Julia dengan gerun. Julia menyilak sedikit kulit kepala kakak ipar sulung dan menceduk sedikit otak dengan sudu kecil, dan kemudian diletakkan ke dalam pinggan kecil yang berada di depan kakak ipar sulung. Mengalir air mata kakak ipar sulung sampai terkeluar sedikit darah dari air mata itu. Julia tersenyum puas.
Julia menutup kembali kulit kepala kakak ipar sulung, dan bergerak ke arah kakak ipar kedua. Julia berhenti di hadapan kakak ipar kedua. Julia tunduk dan mengambil playar yang berada di sebelah kaki kakak ipar kedua. Julia mengangkat jari tangan kanan kakak ipar kedua dan mencabut kuku kesemua jari di tangan kanan kakak ipar kedua. Begitu juga kuku di tangan kiri. Julia tidak berhenti di situ. Julia teruskan dengan mencabut 10 gigi kakak ipar kedua juga. Kakak ipar kedua tidak meronta. Hanya mengalir air mata yang bercampur sedikit darah. Kuku dan gigi itu, Julia letak dalam pinggan di depan kakak ipar kedua. Julia tersenyum lagi.
Julia beralih kepada kakak ipar ketiga. Julia tahu kakak ipar ini tidak sejahat kakak ipar sulung dan kakak ipar kedua. Namun, Julia perlu buat sesuatu untuk dijadikan pengajaran buat orang lain.
Julia tunduk dan mengambil alat memanggang yang berada di sebelah kaki kakak ipar ketiga yang masih panas itu, dan diletakkan ke paha kakak ipar ketiga. Bau hangit daging paha naik ke atas. Julia lekas mengangkat semula alat pemanggang itu dan diletakkan ke bawah semula. Julia mendengus. Tapi dia tetap tersenyum. Nampak daging paha kakak ipar ketiga luruh, mencair akibat alat pemanggang tadi. Julia lantas menceduk sedikit daging paha itu dan diletak di atas pinggan di depan kakak ipar ketiga. Kakak ipar ketiga juga tidak meronta. Hanya mengalir airmata bercampur darah sahaja.
Julia kemudiannya beralih kepada ketiga tiga abang ipar kesayangannya. Yang sentiasa menyokong kata kata isteri masing masing. Sentiasa mencaci, mengutuk Julia serta suami dan anak anaknya selama ini.
Julia ambil gunting pokok dan mula berjalan ke arah abang ipar ketiga. Julia mulakan dulu dengan abang ipar yang duduk terdekat dengan dia.
Julia melutut di depan abang ipar ketiga. Julia buka zip seluar abang ipar ketiga. Dia terus kerat anu abang ipar ketiga tanpa ragu. Anu itu kemudiannya dia letak atas pinggan yang terhidang di depan abang ipar ketiga itu. Julia ulangi perbuatan yang sama ke atas abang ipar kedua dan abang ipar sulung. Kali ini Julia sungguh berpuas hati. Puas hati kerana dendam yang terlunas.
Anak anak ipar biras semua tidak ada disitu. Seperti kebiasaan, mereka jarang menunjuk muka pada majlis keluarga. Selalu diberi alasan demam. Elok juga. Tidak pening untuk memikirkan cara cara untuk menyiksa mereka.
Sekarang semua sudah ada hidangan masing masing. Julia perlu bergerak ke Lapangan Terbang untuk menyertai suami dan anak anak. Julia ucapkan terima kasih kerana menjemput dia untuk bermain biola pada petang itu. Julia beredar dari situ dengan berjalan kaki sahaja walaupun perjalanan dari chalet itu untuk ke jalan utama agak jauh. Julia tidak peduli dengan kepenatan kakinya berjalan. Asalkan hatinya puas.
Nasib Julia sangat baik kerana dia seorang jururawat di hospital swasta. Dia tahu ubat apa yang perlu untuk melumpuhkan musuh. Campuran Alcuronium dan Aconitine mampu melumpuhkan sistem saraf ipar birasnya.
Julia juga bernasib baik kerana berkawan rapat dengan seorang teman sepejabat kakak ipar sulung. Dari mulut kawan itu, Julia mendapat tahu bahawa kakak iparnya ada merancang sesuatu yang jahat untuk dia pada hari itu.
Kaki Julia terus melangkah pergi dari chalet dalam hutan itu. Kereta yang Julia pandu tadi ada diletakkan di bahu jalan utama. Julia puas hati dengan persembahannya hari ini. Yang terbaik bagi dirinya. Terima kasih kepada alam yang akan menyembunyikan perbuatan dia itu. Terima kasih kerana akhirnya dia dapat melunaskan dendam.
Tidak lama kemudian, Julia nampak asap berkepul kepul keluar dari chalet dalam hutan itu. Semoga roh kesemua ipar biras aman selepas mati.
TAMAT
YOU ARE READING
IPAR BIRAS
Mystery / ThrillerDendam dilunaskan dengan menghabisi nyawa pemangsa dengan kejam.