Ch|ap|ter|-01

352 59 27
                                    

        “Nama aku Syaz”

Aku mulakan segalanya dengan pembohongan sebuah “Nama”

Orang yang tak kenal aku akan percaya, orang yang kenal aku akan ketawa

Tapi aku tak kisah, sebab aku pandai menipu.. aku belajar dari siapa? Dari “Syaz”

Aku benci dunia, jadi aku cipta karakter berdasarkan apa yang dunia ada..

Ibu bapa, kekasih, harta, cinta, rakan juga memori

              Aku tamak

Aku nak semua kebahagiaan jadi milik aku, sedar-sedar dari mimpi

       Aku disahkan D.I.D

Aku tak nangis tapi aku gelak.. bahagia bila dapat tahu aku ni gila?

Mama aku dah takde, papa aku meninggal sejak aku kecil. . Aku pernah kemalangan yang membuatkan aku hilang memori

Hari demi hari, aku makin teruk.. aku mulakan dengan penipuan dan akhirnya apa yang aku dapat?

Kawan-kawan hilang .. bukan dorang yang menghilangkan diri tapi aku.. aku pernah “bunuh” jiwa dorang

Tapi setiap orang mesti ada kawan baik kan? Aku ada seorang kawan baik, dialah yang jaga aku semasa koma aku dulu. . Dialah satu-satunya punca untuk aku cuba sembuh

Tapi jika aku nak menggila, aku punya tempat tersendiri khas untuk aku bangkitkan ‘Syaz'

Alam maya, disitu aku dapat ramai mangsa kawan-kawan baru.. aku gelarkan diri aku “Shaz” , aku gelak bila semua panggil aku dengan gelaran tak wujud tu

Gelak sebab aku dapat nama baru.. nama yang akan buat aku lain dari realiti dan memangsa mereka

Aku cipta banyak karakter dalam diri aku sampai tak larat memainkan semua peranan karakter

Semua rakan maya aku suka berkawan dengan aku.. tapi aku tahu, dorang tak kenal aku sikit pun

Dorang cuma kenal “Syaz”

        
                 KUBUR

“ Kenapa Mama tinggalkan Rin? Apa dosa Rin?"

Tangisan aku bagaikan irama sendu di kawasan perkuburan. . Kubur mama aku letakkan bunga Lily putih sebagai penyeri

Bunga yang lama sudah layu jadi aku gantikan dengan bunga baru, Arwah mama aku memang suka bunga Lily

Nama Aku pun diletakkan sempena nama bunga itu

          “AiRin Harlily”

Seperti mama, aku juga suka bunga Lily. . Meski bau nya kurang harum tapi warnanya amat aku sukai

“ Mama, Rin nak ikut mama? Rin tak suka hidup didunia ni, Rin tak layak?" Tangis aku separa menjerit

Tak kiralah jika tangisan aku itu didengari seseorang, bagi aku sekarang aku ingin menangis sepuas hati didepan kuburan mama ku

                    TBC

Lady_SyaMin0426
aceprincess95
jiminly_
cherryseyo

『C』 D.I.D [ mental ] O.S.H   +15 Where stories live. Discover now