1.Watak Bakar inspirasi dari Abang jual Burger?
Ejen Bakar merupakan watak pertama yang difikirkan oleh Wau Animations. Idea tersebut tercetus melalui seorang penjual burger manakala Watak Ali pula diwujudkan bagi menarik minat kanak-kanak dan watak Comot pula terhasil dari salah satu idea yang dibentangkan.
2.Bagaimana terhasilnya nama Ali
Nama watak Ali terhasil melalui idea Usamah Zaid. Pada pendapat beliau nama tersebut sangat mudah disebut dan digunakan secara lokal dan global. Nampaknya teori nama tersebut telah terbukti berkesan! Kini Ejen Ali turut disiarkan di beberapa buah negara antaranya di Timur Tengah, Afrika Utara dan Sri Lanka.
3.Cabaran awal dalam penghasilan animasi Ejen Ali
Antara cabaran yang dihadapi oleh Wau Animation pada awal penghasilan Ejen Ali ialah apabila mereka mencuba sesuatu kelainan yang baru contohnya kelainan dari segi Rendering bagi menghasilkan animasi yang lebih realistik.
4.Idea bagi menjadikan Jenny sebagai watak pengkhianat
Kalau ikut formatif klise dalam setiap filem berunsurkan ejen pasti akan ada satu watak yang akan menjadi pengkhianat tidak kira sama ada kawan rapat ataupun salah seorang karakter yang berada dalam kumpulan tersebut. Semasa awal perbincangan, Wau ingin menjadikan Ejen Rizwan sebagai karakter yang berpaling tadah. Namun setelah difikirkan ianya agak mudah untuk diteka oleh penonton, akhirnya mereka menjadikan watak Jenny dijadikan sebagai watak supporting antagonist dalam Ejen Ali. Unexpected Plot twist betul!
5.Impak warna, mood dan pencahayaan dalam pendedahan Jenny
Menurut Zali, Art Director Wau Animation, penggunaan warna biru dan kuning digunakan untuk menampakkan situasi yang selamat semasa kehadiran Jenny. Dan apabila Jenny mendedahkan diri beliau yang sebenar, cahaya biru bertukar menjadi merah yang mana menunjukkan karakter Jenny telah berubah.
6.Apa yang dimaksudkan dengan Override Mode
Menurut Usamah Zaid Override Mode merupakan situasi di mana iris mengawal Ejen Ali dan ia sesuatu yang tak dijangka semasa ianya dicipta.
7.Penggunaan muzik bagi menghasilkan babak lebih epik
Penggunaan muzik juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam pembikinan Animasi, menurut Azri Yunus iaitu Komposer Wau Animation, beliau menggunakan kord yang tidak pernah dibuat sebelum ini bagi menghasilkan suasana yang lebihepik contohnya semasa perlawanan Ali menentang Uno.
![](https://img.wattpad.com/cover/138107404-288-k206152.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Ejen Ali
ActionEjen Ali (artinya Agen Ali), adalah sebuah serial animasi Malaysia yang diproduksi oleh WAU Animation, yang berkisah tentang seorang bocah yang tak sengaja menjadi agen MATA setelah menggunakan Infinity Retinal Intelligent System (IRIS), sebuah pera...