6

1 0 0
                                    

//Alice pov//

Aku sendiri pun pelik. Da pahal aku baik hati sangat nak tolong dia? Ahh abaikan. Baik layan Runningman dari layan perangai manusia yang tak betul.

    "Alice, boleh aku duduk?" tanya satu suara. Ni kan suara si katit tu?

    "Duduk jelah. Selalu kau tak pernah minta izin pun," perliku. Amanda mahu atau tidak, hadap jelah perangai adik tiri dia. Muahaha.

    Keadaan sepi antara kami berdua. Rayyan awal-awal da cabut lari bila nampak Hariz nak keluar. Aku tengok hubungan Rayyan ngan Hariz rapat namatey. Sekepala pula tu. Hancur rancangan aku nak kenakan dia.

Setengah jam kemudian...

    "Dari tadi aku tengok kau senyap je. Selalunya cari gaduh. Pahal ni? Sakit ke?" soalku pelik. Da setengah jam weh. Rancangan Runningman pun dah habis. Ni segmen fashionista pula tapi still lagi duk senyap.

    Diam. Ugh aku fedup ngan perangai pelik minah ni. Baik aku blah.

    Baru je aku nak pergi dari situ, tiba-tiba terasa ada orang pegang tangan aku. Apa ni?

    "Sekejap. Aku ada benda nak story ngan kau," kata Amanda. Pegangan tangan aku dilepaskan bila aku duduk semula tempat tadi.

    "Kau tau kan yang aku rapat dengan arwah papa since aku kecil lagi?" tanya dia tiba-tiba. Aku mengangguk tanda tahu. Memang aku tahu pun sebab mama Sara yang bagitahu.

    "Sejak papa pergi, aku terasa kosong. Even abang Hariz ngan mama ada dengan aku, aku rasa macam tak cukup. Sampailah aku stress dan aku berubah ke perangai setan macam sekarang ni. Sisya, pil dan arak bagaikan pelengkap hidup aku. Aku rasa tenang setenangnya bila aku ambil semua tu. Tapi aku bukan jenis ketagih sangat dengan semua menatang tu. Aku just ambik bila aku rasa serabut," luah Amanda.

    Dalam diam aku mengucap panjang. Patut perangai dia macam ni pun. Terbit rasa kesian di hati dekat dia ni.

    "Sampai la satu masa mama kata yang dia nak kawin ngan daddy. Lagi teruk aku berontak. Bila tahu kau pula anak daddy, yang rival aku sejak zaman sekolah menengah lagi, memang aku nak balas habislah semua perbuatan kau kat aku," kata dia lagi. Aku memandang dia pelik. Apa salah aku kat dia?

    "Apa aku da buat kat kau?" soal aku.

    "Masa form 4, kau jadi gf Leo even kau tahu masa tu aku yang kapel ngan dia. Naik form 5, sepatutnya aku yang jadi ketua pengawas tapi last-last kau juga yang dapat. Semua yang aku nak, semua kau dapat."

    Aku tergamam. Sampai macam tu sekali dia cemburukan aku.

    "Ya aku mengaku dulu memang aku jadi gf Leo tapi tu semua hanya fake. Aku buat sebab Leo yang suruh. Dia kata nak break ngan kau sebab sikap cemburu dan mengongkong tu buat dia lemas. Nak tak nak aku kena tolong juga sebab dia member aku. Kebetulan aku memang ada hutang ngan mamat tu so terpaksa la jadi gf fake dia.

    Part form 5 tu, nasib aku baik sebab dapat pegang jawatan tinggi tu. Sebab masa tu masalah disiplin dapat aku kawal then secara tak langsung aku boleh naik pangkat. Bukan salah aku."
    Amanda hanya mengangguk tanda faham. Katanya dia tahu pasal tu lepas dia ngan Leo berjumpa masa nak masuk U.

     "Kejadian sebulan yang lepas, masa tu aku memang mabuk habis. Aku tak ingat bila masa aku goda abang kau. Last yang aku ingat, aku kena belasah ngan kau. Aku jadi serba salah ngan kau, abang kau dan juga daddy. So, aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki dekat kau. Kalau kau tak belasah aku teruk masa tu, then aku tak kena kurung, mungkin aku still buat perangai setan. Maafkan aku, please," rayu Amanda.

    Aku pandang dia dalam-dalam. Betul ke apa yang dia kata ni? Dia ni bukan boleh percaya pun. Tapi bila aku lihat matanya yang tunjukkan keihklasan tu, aku hanya mengangguk sahaja.

    Lagipun buat apa nak musuh lama-lama. Sedangkan Nabi ampunkan umat apatah lagi aku manusia yang lalai ni.

    "Aku boleh maafkan kau tapi kau kena janji dua perkara dengan aku," kataku tegas.

    "Apa dia? Kau bagitahu je, aku janji aku akan buat," balas Amanda. Ceh konfiden habis.

    "Satu, ubahlah perangai kau. Aku tahu kau seorang yang baik. Bukan macam ni. Pakaian kau pun aku sure, bukan jenis ketat nampak body macam ni. Kalau betul kau sayang papa kau, kau ubahlah penampilan dan perangai kau," kataku.

    "Aku janji aku buat. Lagipun masa aku kena kurung sebulan tu, aku dah dapat hidayah untuk jadi diri aku yang dulu." Kata-kata Amanda membuatkan aku tersenyum lega. Baguslah.

    "Tapi aku nak kau ajar aku. Kau tolong aku ubah apa yang perlu," kata Amanda lagi dengan senyuman manis dia. Ni pertama kali aku nampak minah ni senyum ikhlas.

    "Okey insyaAllah aku tolong. Haa syarat yang kedua untuk aku maafkan kau, aku harap kau sudi jadi kakak kembar aku," pintaku sambil menunduk malu. Da lama aku teringin nak ada kembar tau.

    Amanda kelihatan terkejut dengan syarat kedua aku. Alaa takkan tak boleh kut? (╥﹏╥)

    "Aku.... Aku.... Erk.... Aku sudi jadi kakak kembar kau. Janji kau maafkan aku," kata Amanda teruja. Fuh lega.

    "Okey now aku maafkan aku. Alhamdulillah, semuanya da selesai. And secara officialy, kau da confirm jadi family aku." Serentak dengan itu kami berdua berpelukan dan mula berdamai.

    'Ya Allah, aku harap Kau sentiasa bagi kebahagian dan kekuatan dalam kehidupan kami. Amin~'

   

I'm not Mrs. CinderellaWhere stories live. Discover now