Dendam Tersembunyi

51 8 9
                                    

Di dalam dunia ni ada pelbagai jenis manusia, ada yang suka haiwan, ada yang tidak, ada yang baik hati, ada yang jahat, ada yang berperikemanusiaan dan ada juga yang kejam.

"Anna, bagaimana keadaan kamu hari ini?" Tanya aku sebagai salah seorang psikologi di hospital ini.

"Hai doktor!" Balas Anna tenang sambil membelai seekor kucing yang selalu menyinggah di sini.

Dari jauh dia nampak seperti manusia normal yang tiada masalah mental. Namun, jika disebut nama Anna, penduduk di kawasan ini pasti mengenalnya. Kisah ini sangat popular di kawasan ini.

Kisah ini bermula sejak dua tahun lalu.

                           * * *

     Pada suatu petang yang redup. Anna dan Baen masing-masing sibuk melakukan hal masing-masing. Baen sedang membaca novelnya sambil berbaring di katil manakala Anna pula sedang sibuk belajar teknik baru dalam sukan badminton.

     Seketika kemudian, seekor kucing hitam memasuki bilik mereka.

"Ehh! Ada kucing baru la" jerit Anna yang kemudiannya berlari pantas mendapatkan kucing tersebut.

Seketika Anna bermain dan membelai kucing tersebut, Baen sudah menyampuk kerana sikapnya yang begitu membencikan makhluk yang dipanggil kucing.

"Anna, tolong bawa kucing tu keluar! Rimaslah!". Bentak Baen yang dari tadinya berbaring sambil membaca buku.

"Tak nak. Kau ni, bukan dia kacau kau pun. Tengoklah betapa manja dan comelnya dia." Anna cuba bertoleransi dengan Baen sambil mendekatkan kucing itu ke muka Anna.

"Comel? mana comelnya? Kau tak rasa dia pelik ke? semuanya hitam. Bulu hitam, mata hitam, gigi hitam, kuku hitam, tapak kaki hitam. Kucing apa macam tu. kalau tu bukan kucing macam mana?" Balas Baen dengan kasar.

Baen sememangnya seorang yang sangat tegas dan telah dianggap sebagai seorang kakak kepada Anna. Hal ini menyebabkan segala arahan Baen akan dipatuhi Anna walaupun terpaksa dan meremehkan. Malah ada suatu ketika dahulu Baen pernah mengunci pintu bilik dari dalam kerana baju dan badan Anna dipenuhi bulu kucing. Baen pula tidak akan buka pintu bilik mereka selagi Anna tidak membersihkan diri.

"Yelah" Anna bangun sambil memuncungkan bibirnya.

Anna mengangkat kucing itu dengan berhati-hati dan jauh dari bajunya agar tiada bulu yang melekat pada bajunya.

"Ha! Jangan lupa basuh tangan tu! Tutup pintu sekali, jangan bagi dia masuk dah! Aku tak nak nampak dia dalam bilik ni lagi dah! Kalau ada, tahulah nasib dia nanti. Kalau sayang jangan bagi dia masuk!" Baen menyambung bebelannya tanpa mengalihkan sedikit pun buku dari wajahnya.

"Ya! Tahulah!" Balas Anna yang semakin muncung bibirnya.

Anna berlalu keluar sambil menghentakkan kakinya. Nasib baiklah ketik itu waktu pulang ke asrama jadi masih ramai yang belum tiba di asrama. Jika tidak, bukan Baen sahaja yang membebel. Boleh dikatakan kelima-lima bilik di aras blok itu akan mengamuk.

     Keesokan harinya, Anna menjalani rutin hariannya seperti biasa. Selepas tamat waktu pembelajaran, Anna akan menjalani latihan badminton pada waktu petang sehinggal jam 5.30 petang.

     Perjalanan Anna untuk ke biliknya memerlukan Anna menaiki tangga untuk ke aras 2 bangunan asrama dan melepasi tandas dan bilik mandi yang berada di hadapan tangga. Seterusnya Anna akan berjalan melepasi 4 buah bilik yang terletak di deretan sebelah kanan laluan  koridor selepas tandas dan bilik mandi. Sekolah mereka merupakan sekolah swasta jadi pelajarnya juga tidak ramai dan satu bilik cuma memuatkan 2-3 orang sahaja.

Dendam Tersembunyi [Short Story]Where stories live. Discover now