Iris Nahaira
Pandanganku mengabur. Terasa panas. Selama 7 tahun aku meninggalkan dia. Dia meninggalkan aku. Tak ada hubungan untukku tahu tentang perkembangannya.
Tapi sekarang aku nampak Allah memberikanku jawapan. Anak kecil tadi ialah Abigail, bidadari kecil yang ku jaga semasa dia kecil. Lelaki di depan yang menyarungkan songkok sekarang ini... ialah dia yang memiliki cintaku selama ini.
Betul kata Hyde..
Cintai dulu Tuhanmu.. baru mencintai orang lain
Saat cinta lebih kepada-Nya
Dia kirimkan cintaku kembali...Dia hadirkan Hyde kembali.
Terima kasih kerana Kau hadirkan dia kembali dalam kesempurnaan. Namun aku tak tahu apa takdir buat kami berdua. Biarlah Allah yang menentukan. Itu semua bergantung kepada nasib dan takdir. Ayatnya berbisik semula ditelingaku...
Jika Tuhan takdirkan kita bertemu sekali lagi, saya harap kita akan bertemu dalam keadaan yang lebih baik dan waktu itu saya melihat Iris yang lebih tabah dan berjaya dalam hidupnya.
Senyumanku perlahan demi perlahan terukir buatnya dan serta merta senyuman kini berbalas senyuman.
Yusof Hyde
Aku lihat dia mengukirkan senyuman. Secara automatiknya aku membalas senyumannya.
Wanita didepanku inilah yang mengenalkan aku erti Islam. Wanita inilah yang mengajar aku erti cinta. Wanita inilah yang aku rindu. Tujuh tahun bukan lama bagiku. Tapi demi ingin mengenal apa itu Islam. Aku meninggalkannya. Alhamdulillah. Sekarang aku berada di jalan yang lurus.
"Assalamualaikum Iris.." Aku membuka bicara setelah masing masing masing tidak ada menunjukkan ingin bersuara.
"Walaikumsalam." Serak suaranya kedengaran. Tubir matanya kelihatan berkilat akibat menampung air mata yang hanya bila-bila saja boleh jatuh.
"Awak sihat?" Soalku perihatin.
"Saya rindu awak Hyde." Tidak menjawab persoalanku malah mengungkap sesuatu. Perlahan tapi jelasku dengar di telingaku. Mukanya di tundukkan akibat menangis.
Aku hanya menjawab dalam hati. Saya rindu awak juga iris.
"Papa papa. Dia ni siapa?" Soal Balqis sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah wanita yang aku rindui iaitu Iris.
"Mummy Iris sayang. Ingat tak papa ada cerita tentang mummy Iris yang pernah jaga kamu ketika kamu kecil?" Aku menjawab persoalannya sambil tersenyum.
Laju saja budak kecil itu memeluk Iris. Iris pula memeluknya kembali. Setelah itu Balqis menyalam Iris.
Iris Nahaira
Betul sangkaanku. Budak Balqis itu Abigail. Bayi yang pernahku jaga satu ketika dulu.
"Hmm. Iris apa kata kita pergi restoran sekejap. Saya belanja makan malam." Kata Hyde kepadaku. Aku pula hanya sekadar mengangguk.
Sampai saja di restoran yang selalu kami pergi dulu. Serentak kami berbicara. Aku menghulurkan tangan kanan tanda menyuruh dia nenyambungkan perbicaraannya.
"Terima kasih... sebab-" tergantung ayatnya kerana pelayan restoran itu ingin mengambil pesanan.
Setelah memesan. Hyde menyambung ceritanya.
"Terima kasih sebab awak saya mengenal Islam. Alhamdulillah sekarang saya dah masuk Islam termasuk mummy, kakak saya, dan Abigail." Katanya kepadaku.
YOU ARE READING
Suami Pinjaman Dia
Short StoryAkan dicantumkan kesemua bab dalam satu bab sahaja. The cover book story by @HinyDyaa Ending from a story by @nurflwr Edit: 22 March 2018 Start: 29 October 2017 End: 29 December 2017