Part 4

549 6 1
                                    

"Eh,awak. Kita nak pergi mana ni". Tanye wan. Syukur cakap,lepas makan nak bawak g jalan². Tapi kat mane,aku bukan tau sangat jalan KL ni.

" Tenang,naik je. Saya bawak awak pergi 1 tempat. Kita release tension kat situ". Pelawa syukur.

"Tadi cakap dekat ngan hostel,ny dah jauh dah. Kemana kita nak pergi ny awak". Risau sangat wan. Dia baru je kenal si syukur ny. Dah berani nak bawak dia jalan jauh². Tahu la esok cuti.

"Taman dekat hostel to kan dah tutup. Saya bawak awak g taman tasik titiwangsa je la. Kat situ aman sikit. Boleh la saya dan awak tenangkan fikiran". Jawab syukur.

"Owh.ok awak". Jawab wan. Aik,sape yang serabut sekarang. Aku ke dia. Penuh tanda tanye la mamat ny. Muka tak nampak macam ada masalah pun, tapi nak tenangkan fikiran pulak. Sungguh aneh ini anak. Wan bermonolog sendirian sambil tersengih sorang² kat belakang.

–—–————————————————

Setelah memandu lebih kurang 30 min dari bandar sunway. Mereka pun tiba dengan selamat dia Taman Tasik Titiwangsa. Tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran bagi warga kota.

" Ape yang wat awak serabut ny?". Tanye wan.

"Entah la. Pasal semua ni. Pasal training. Pasal life. Pasal family". Terang syukur tanpa pedulikan pandangan orang lain terhadap nyer.

"Eh,jap. Kita ada kat sini sebab nak tenangkan fikiran awak. Bukan fikiran saya. So,luah kan la kat sini. Kalau awak sudi. Kalau xsudi,awak leh pendam n kita diam je. Sambil tengok budak² ny naik basikal." Dalih syukur. Dia tak nak wan tau masalah dia sekaramg. Dia masih boleh handle lagi masalah dia.

"Entah la,xtaw nak cter mcm mne". Terang wan ngan jujur.

" Tak pe awak,ambil masa awak. Malam ny,kita tak payah la pikir pasal masalah. Kita datang sini sebab nak tenangkan pikiran. Kalau bincang pasal masalah. Makin serabut pulak." Ujar syukur.

Kesudahan nyer,mereka duduk dan sambil perhatikan warga kota beriadah di waktu malam di taman ini. Dalam sedar dan tak sedar jarum jam melonjak ke pukul 11 malam. Sudah hampir 2 jam mereka berada di taman tersebut.

"Eh,jom la. Dah pukul 11 malam la". Pelawa syukur. Kalau lambat,motor kene parking luar. Sebab tak ada access card.

" Ok². Jom². Tak sedar pulak. Jom²."

Dalam masa tak sampai 40 minit. Mereka telah sampai di hostel mereka. Ajakan syukur sedikit sebanyak telah melegakan ape yang tersurat dalam otak dia. Sekurang² nya,dia merasa tenang sangat.

"Terima kasih awak sebab bawak jalan². Kita jumpa esok,pukul 8.30 pagi kat sini. Ape² wasap ok." Ucap wan sesudah sampai di basement hostel dia. Buat pertama kali,dia yang meminta bantuan syukur untuk membawa dia ke kelas esok.

"Ok. Ingat ke tak sudi naik ngan saya dah. Hehehe.".

"Tak la. Dah la. Pergi balik. Dah lewat. Jumpa esok." Halau wan. Dia sebenarnya malu dengan syukur. Maklum la. Sebelum ny syukur yang ajak dia tumpang motor, tapi hari ny. Dia yang nak naik motor dengan syukur. Dan 1 lagi,dia lupa yang esok mereka masih lagi cuti.

"Wah,bukan main happy lagi wan. Kluaq dengan afiq ke?". Tanye ayuni setelah wan masuk rumah dengan muka yang penuh dengan gembira.

" Eh tak la. Afiq sibuk la akak. Saya kluar dengan syukur la. Kami g taman tasik titiwangsa tadi lepas makan". Jujur wan.

"Wah,patut la happy sangat. Wan,esok ada plan nak.g mane² tak?". Tanye ayuni.

"Eh,esok bukan ada kelas ke?". Wan pelik dengan ayuni. Esok ada kelas,lagi nak ajak jalan². Tak reti penat ke ape.

"Wan,esok kita cuti. Jangan nak angau sangat. Akak tau la hang happy,tapi jangan sampai ilang ingatan. Esok kita cuti,lusa bru ada kelas". Terang ayuni sambil geleng kepala. Ape la nak jadi dengan dia ny. Cuti pun boleh lupa. To la,angau sangat.

"Eh,ea ke? Alamak,saya da cakap kat syukur. Esok nak naik ngan dia pukul 8.30 pagi. Agak² dia tau tak esol cuti?". Wan dah gelabah. Laju je dia wasap syukur.

~awak,esok kita cuti la. Mane ada kelas~ wan

" Akak,syukur 1 tick je ny. Mati la saya akak". Wan dah gelisah. Dia dah berjanji.

"Esok pagi ang jumpa la dia,ang cakap la cuti,la ang pi la tdoq". Ayuni dengan tenang bagi tau ape yang patut wan buat. Adui,wan bila dah gelabah. Ape pun tak boleh pikir.

" Ok². Adui,macam mane boleh lupa yang esok cuti". Wan membebel sorang²

Macam mane la nak berhadapan dengan dia esok. Dah la lupa yang esok aku cuti. Benda macam ny pum boleh lupa ke. Agak² dia ingat tak yang esok cuti. Jangan dia macam aku dah la. Jumpa esok syukur . Bebel wan sorang² sebelum tidur.

~sory lambat update.
Kalau suka sila vote n komen. Nk tau gak respon korang semua.
~thanks semua

Kisah Kau Dan AkuWhere stories live. Discover now