2TAHUN KEMUDIAN~
PONN..PONN.. kedengaran bunyi hon kereta di hadapan rumah Puan Kirana.Puan Kirana menjengukkan kepala ke luar jendela untuk melihat siapakah yang datang kerumahnya.Terlihat seorang lelaki berusia 30-an.Ternyata rupanya Hanif,iaitu suami anaknya,Lilly dan juga ayah kepada cucunya,Laila EL-Zahra.
"hahhh Hanif,lama tak nampak batang hidung kau?",tanya Puan Kirana.
"ada je mak,busy sikit"jawab Hanif sambil mengurut tengkuknya yang lengguh.
"kalau kamu busy sekalipun,takkan lah kamu tak boleh nak jengguk anak kamu tu,,kesian dia jarang jumpa ayah dia"
"yelah mak.Oh ye,Zahra mana?"
"Zahra ikut ucu dia lah ke taman"
"mak,Hanif ada benda nak bincang dengan mak dan Hanif harap,,mak terima keputusan Hanif ni"
"hah apa dia?",tanya Puan Kirana.
"Hanif nak bawak Zahra balik kerumah Hanif"
"kamu dah pikir masak-masak ke?habistu macam mana dengan Nora si bini baru kau tu?boleh terima ke tidak si Zahra tu?mak taknak Zahra kena dera"tanya si wanita tua itu bertubi-tubi.
"pasal tu mak jangan risaulah,Nora tu oky je mak,dengan anak-anak Hanif yang lain pon dia layan elok,mak tau kan yang kami belom ada zuriat?dia pon nak juga belai anak perempuan,si abang long pula ke sekolah,si Nora tu bosan duduk sorang-sorang dekat rumah,kesian pulak saya tengok,sekurang-kurangnya bila ada Zahra,Zahra boleh temankan Nora",panjang lebar Hanif terangkan.
Puan Kirana terdiam memikirkan tentang masa hadapan cucu puteri sulungnya yang seorang itu."Baiklah kalau itu yang kamu mahu.lagipun kamu lebih berhak keatasnya.cuma satu je,tolong jaga Zahra elok-elok.mak sayang dia sangat-sangat"
"baiklah mak"
"dahlah,mak nak pergi kemas baju Zahra kejap,kalau kamu lapar,tu makanan kat dapur,mak dah masak,nak rehat pergi je bilik tengah tu".
Hanif hanya menganggukkan kepala sambil meraup wajahnya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
YOU ARE READING
Sebuah Perjalanan...
Short Storyseorang gadis yang melalui segala liku-liku kehidupan setelah lahir ke dunia.Disisihkan dan diketepikan oleh keluarga sendiri mahupun orang luar.... "kau ni memang menyusahkan aku lah,dasar anak pungut!" "maafkan Zahra mak,Zahra memang tak tahu apa...