TAJUK : KEMUSNAHAN DUNIA
OLEH: SURIRAM
Saat ini Nadia berada di persimpangan kehidupan. Dia tak tahu jalan mana yang harus dia pilih. Bila kepala mula serabut, di sini lah tempat dia bertapa. Maksudnya, tempat untuk dia mencari ketenangan. Di mana? Di sebuah persisiran pantai yang indah. Dia gemar ke sini sendirian. Perjalanan ke sini juga terapi bagi dia. Bila menunggang motosikal sendirian sambil menyanyi beberapa buah lagu. Semua masalah jadi hilang.
Nadia duduk di atas dahan pokok yang rendang. Dahan pokok ini rendah sahaja. Tempat ini bukanlah kawasan pelancongan. Berhampiran kawasan ini adalah perkampungan nelayan. Nyamannya angin bayu pantai. "Kalaulah aku ada rumah tepi pantai kan bagus," bisik hatinya. Betapa birunya air laut di sini. Baguslah tempat ni tak ramai yang tahu. Kalau dijadikan kawasan pelancongan, habislah tercemar. Dia mengeluarkan buku notanya dan sebatang pen dari beg galas yang dia bawa bersama. Buku yang sentiasa dia bawa kemana sahaja. Sambil dia membelek-belek helaian sebelumnya. Apa yang dia pernah catatkan di buku ini.
Kemusnahan dunia..... itulah apa yang pernah Nadia catatkan di buku ini.
"Meow...meow.." Seekor kucing memanggil Nadia dari bawah pokok. Dia turun dari dahan pokok dan segera mendapatkan kucing itu. Nadia namakan dia Anggun. Memang selalu Nadia bertemu dengannya jika dia kemari. Seekor kucing putih dan sedikit tompok hitam di badan. Dan ada tahi lalat di tepi bibir membuatkannya kelihatan jelita dan anggun. Sebab itu Nadia menamakannya Anggun.
"Anggun!!! Rindu kau!! Kau apa khabar!!!" Nadia memeluk erat anggun. Dia mengeluarkan tuna yang dipek dalam plastik.
"Meow... meow.. puuurrrrrr..purrrr" Anggun mengiau lagi, begitu manjanya beliau di dalam dakapan Nadia. Anggun seolah-olah mahu berkomunikasi dengan Nadia. Mungkin ini yang dikatakan Anggun, "Aku khabar baik, aku rindu kau jugak. Kenapa lama tak datang sini? Apakah aku tidak penting bagimu?" Ini cuma andaian Nadia, entah-entah Anggun cuba cakap, "Laparrrrrr!"
"Kali ini aku bawa makanan istimewa khas untuk kau Anggun. Harap kau suka lah dengan makanan kali ni." Sebelum ini Nadia pernah membawa makanan kucing biasa, dalam bentuk biskut, jenama terkenal pulak tu. Tapi si Anggun menolaknya ke tepi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Betapa sedih dan pilunya hati Nadia ketika itu. Bagai sebuah cinta yang dipersia-siakan dan dicampak ke tepi. Mungkin Anggun sudah kenyang, mungkin dia hanya makan ikan segar yang dibawa pulang oleh para nelayan. Makanan itu lebih mengenyangkan dan berhasiat untuk Anggun jika dibandingkan makanan kucing yang Nadia bawa. Tidak mengapalah, asalkan Nadia dapat melihat Anggun sihat dan gembira, macam kenal pulak ayat ini kan?
Nadia menyiat kulit plastik tuna untuk diberi kepada Anggun. Dia alaskan makanan dengan sehelai kertas. Anggun menggeleng.
"Weiiiiiiiiiiiiiii Anggun!!!!!!!! Kau pikir kau siapa!!!!" Sidikit tinggi pulak nada suaranya itu. Nadia tidak sengaja.
"Anggun maafkan aku termarah kau. Mungkin kau dah makan tadi." Nadia menggosok-gosok kepala Anggun. Dia pernah terfikir untuk membawa Anggun pulang, tapi nalurinya kuat mengatakan Anggun sudah mempunyai penjaga kerana dia kelihatan sihat dan gebu gebas.
"Arrkk arkkk arkkkkkk." Sekumpulan gagak hitam yang begitu banyak yang datang entah dari mana terbang bertempiaran, berselerakan sambil membuat bising. Seolah-olah hendak menyampaikan sesuatu.
Nadia melihat ke arah laut, satu garisan putih kelihatan dari jauh. Garisan itu memanjang. Apakah itu? Garisan putih itu semakin menghampiri ke pesisiran pantai. Semakin dekat, ia kelihatan seperti ombak, ombak yang tinggi, ombak besar! Tsunami?
YOU ARE READING
Kemusnahan dunia
Mystery / ThrillerCerita pasal kemusnahan dunia tetapi di dunia lain. Sebenarnya saya tak tahu nak letak tajuk apa... Ada sesiapa ada idea nak tukar tajuk apa tak? Mohon tunjuk ajar kepada semua sebab saya baru nak belajar. Terima kasih sudi baca.