Bab 1

64 2 0
                                    

"Huh!!!sedihnya hidup macam ni.Lepas papa aku meninggal,mama dan adik aku pula yang dijemput ilahi.Tak guna juga aku nak meratap dan menangis air mata darah bagai sebab bukannya diorang boleh bangun kembali"rintih aku didalam hati.

Kitab yassin yang telah aku baca tadi aku tutup.Air yassin yang berada dihadapan aku ambil dan aku siram pada kubur mama,papa dan adikku.Ya harini cukup sebulan family aku meninggal dunia.Arwah papa dan mama serta adikku meninggal kerana kemalangan jalan raya.Waktu itu kami sekeluarga ingin melancong ke Korea.Arwah papa aku boleh lah kira kaya jugak sebab ada dua syarikat yang berjaya beliau usahakan.Dalam perjalanan ketika kami ingin pergi ke lapangan terbang,ada sebuah kereta myvi melanggar kereta kami.Dan akhirnya kami serta pemandu myvi tadi dikejarkan ke hospital.Aku hanya cedera ringan tetapi mama,papa,adik dan pemandu myvi tadi telah meninggal dunia.Papa menyusul dahulu kerana papa kehilangan darah yang banyak dan kebetulan ketika itu di hospital tiada darah jenis sama seperti papa.Arwah mama dan adik aku meninggal selepas sehari ayah meninggal kerana cedera parah.Yang pemandu myvi tu meninggal atas sebab yang sama.Aku pun tak tahu kenapa aku cuma cedera ringan sedangkan aku accident jugak waktu tu.Mungkin allah bagi aku peluang untuk aku menikmati indah dunia ni dulu.

Aku bangun dan mahu beredar dari tanah perkuburan.Rasa tak kuat lah nak ziarah kubur arwah family aku ni kat sini lama-lama.
Bekas air dan kitab yassin aku capai dan terus bangun serta beredar dari tanah perkuburan tersebut.
Aku terus menaiki motor honda yang aku parking di luar tanah perkuburan.Bekas air dan yassin aku letak pada bakul motor.Tiba-tiba...

"DUSSSH!!!"bunyi hentaman sesuatu.Aku yang terperanjat gara-gara bunyi yang dihasikan terus mengucap panjang.

" Hei,buta ker.Tak nampak ada kereta aku kat sini.Sedap ko je main langgar.Kalau calar siap kau"jerkah seseorang.Orang tu terus keluar dari kereta dan melihat bahagian hadapan keretanya.Kejap...macam lelaki je.Patutlah mulut macam longkang.

"Eh jaga sikit mulut tu.Awak yang langgar saya.Lepastu nak tuduh saya pulak langgar.Sah-sah motor ni saya baru nak start" aku terus melawan kata-kata lelaki itu balik.Eh sedap ko je cakap aku buta yerr,yang buta tu kau bukan aku.


"Hei,kenapa gaduh ni?"soal seorang perempuan yang keluar dari kereta sebelah tempat pemandu.Nampak macam dah tua je.Mungkin mak lelaki mulut longkang ni kut.

"Takde apa lah puan.Saya balik dulu.Assalamualaikum" aku terus start motor dan mahu berlalu dari situ kerana tak nak hal ni menjadi lebih serius.Ala motor aku ada calar sikit je walaupun bunyi hentaman tadi kuat.Dan part ni yang paling aku geram.Dia boleh pulak tahan motor aku.Ok sabar Fattiah,sabar.

"Ko dah lepas langgar kereta aku ko nak lari macam tu je?"dia yang berada dihadapan tadi terus datang dekat pada aku.Aikkk macam miang je jantan ni.Aku turun dari motor dan mula buka langkah untuk menyepak lelaki yang aku nampak macam miang ni.Yelah kalau tetiba datang dekat pada aku dan bagi senyuman menggoda kat aku,tak miang cam tu???

" Tengku Shah Rayyan bin Tengku Adam.Jangan childish sangat boleh tak!!!"jerit perempuan yang aku sangka kan mak lelaki yang berada di hadapan aku ni.Kedudukan mak cik ni dengan lelaki ni tak lah jauh sangat.Dalam 1meter je.So kalau dia jerit memang berdesing telinga aku dengar.

"Mama,takkan lah kita nak biar je perempuan ni lari dah lepas langgar kereta angah?"kata lelaki tu sambil buat muka tak puas hati.Ok tadi aku dengar mama dia panggil dia angah.That's mean dia ada akak or abang lah ni.Kalau ada abang mesti kacak kan??sebab dia pun boleh tahan kacaknya.Dengan hidung mancung mata hazel dan berkulit putih.Gila ko kalau tak hansem.Mama dia tu pun cantik.
Ishhh apa ko ni Fattiah.Sekarang yang miang sebenarnya siapa?lelaki di hadapan kau ni ker atau kau...

" Sekarang mama nak angah pergi minta maaf balik kat budak tu.Sah-sah angah yang langgar motor dia boleh pulak angah cakap yang dia dah langgar kereta angah.Apa masalah angah ni"bebel mak lelaki tadi.Mungkin tak puas hati dengan apa yang lelaki ni cakap.

"Ok lah mama" jawab lelaki tu.Dengan muka masam dia makin menghampiri aku dan aku rasa nak gantung hanger lah dekat mulut dia sebab muncung mulut dia tu panjang gila.Aku dah tahan nak tergelak ni.

"Sorry"ucap dia dengan muka yang tak ikhlas.Ok aku tau sama ada dia ni terpaksa atau ikhlas.
" Hmm tak pelah"ucap aku.Sama seperti dia tak ikhlas dan dengan muka yang terpaksa.
"Tapi kau ingat eaaa.Masalah ni belum selesai lagi dekat sini" kata dia separuh berbisik.Takutlah tu mak dia dengar.
"Huu,takutnya" jawab aku dengan muka yang buat-buat takut.
"Kau..."
"Angah dah.Mama nak ziarah kubur arwah papa ni." potong mama lelaki ni.Aku pun terus menaiki motor dan start serta ingin berlalu dari situ.Lelaki itu aku lihat dah bagi jelingan tajam pada aku.Aku kesah pulak dengan dia punya jelingan maut tu.Bukannya boleh menakutkan jiwa dan raga wanita seperti aku ni(ceh ayat cliche sungguh).Baik aku balik rumah cepat.Kang lambat balik habislah aku.Kena maki nanti...

Cinta Tanpa Dipaksa(Slow Update)Where stories live. Discover now