Aku memberhentikan motor di halaman rumah.Bekas air dan kitab yassin tadi aku ambil.Aku melangkah perlahan ke pintu rumah.Nampak macam sunyi je kat dalam rumah ni.Rasanya diorang tengah tidur lagi ni.
Pintu utama aku buka.Diorang ni memang tak takut pencuri masuk ke?sesuka hati je tak kunci pintu.Aku memasuki rumah sambil tangan membawa bekas air dan kitab yassin. Kitab yassin dan bekas air aku letak di atas meja.Ok better sekarang aku masuk bilik sebelum ada orang yang perasan aku keluar.Aku baru nak masuk bilik tiba-tiba rasa macam ada orang pulas telinga aku.Dalam kepala aku dah fikir bermacam-macam kemungkinan.Mungkin ni hantu kot sebab mama aku cakap kalau kita masuk rumah tak bagi salam setan ikut sekali masuk.Ni lah akibatnya Fattiah siapa suruh kau masuk rumah tanpa bagi salam kan dah kena pulas telinga tu.Dengan berbekalkan ayat kursi yang sentiasa aku hafal dan amalkan aku baca ayat tu sekuat yang mungkin.Kalau boleh biar seisi rumah ni bangun dari tidur biar diorang halau setan yang dah pulas telinga aku ni.Ok Fattiah nampak macam ayat kursi tak jalan je ni,baik ko pusing belakang.Aku cuba pusing belakang dan ternyata tekaan aku meleset.Rupa-rupanya bukan hantu,mak long rupanya.
"Hoiii,yang ko menjerit sambil baca ayat kursi ni pahal?aku nampak macam setan ke?"tanya mak long sambil tangan tak berhenti pulas telinga aku.
" Maaf,mak long.Fattiah tak perasan yang mak long tadi"aduh sakit dowh telinga aku dia pulas.
"Ko pergi mana tadi?Sarapan dah siap belum?Aku dah lapar dah ni." tanya maklong.Tangan dia memang tak boleh lepas dari telinga aku eaaa?dah naik merah dah telinga aku ni.
"Dah,mak long.Tadi sebelum Fattiah pergi lawat kubur arwah papa,mama dan adik Fattiah dah siapkan sarapan dulu" jelas aku.Ya sejak aku dijaga oleh mak long,aku jadi kuli dia.Dari pagi sampai malam semua kerja aku buat.Itu pun sebab terpaksa. Aku ulang balik TERPAKSA.Bukan ikhlas.Dan diorang ni bukan setakat suruh aku buat semua kerja rumah dan siapkan makanan diorang malah jadi kan aku kuli kat situ.Huh!!!dah berapa kali tah aku mengeluh harini.Diorang yang aku maksudkan adalah mak long dan keluarganya.
"Errr,mak long tak nak gi makan ke?" saja aku nak pancing mak long biar dia lepaskan telinga aku yang dari tadi dia pulas.
"Eh,boleh jugak.Dah aku nak gi makan dulu.Kau pergi kejutkan Murni dengan pak long." arah mak long.Telinga aku dilepaskan.Aku terus bergegas ke bilik mereka.Dalam perjalanan tu aku memeriksa sama ada telinga aku ni dalam keadaan baik atau sebaliknya.Alhamdulillah belum putus lagi walaupon sakit telinga ni ditarik setengah mati.
YOU ARE READING
Cinta Tanpa Dipaksa(Slow Update)
RomancePuteri Fattiah Alisya nama yang indah tapi tak seindah kisah hidupnya.Dia dipaksa untuk membuat segala-galanya.Bermula daripaada dipaksa menjadi kuli di rumah mak long nya hinggalah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang amat dia benci.Tapi tanpa dia...