"Lah.. Kata nak makan tom yam?" Liya merungut sebaik sahaja Adlin berhenti di hadapan restoran bollywood itu.
"Aku nak ubah selera. Rasa nak makan mee kicap."
"Suka hati kaulah" mereka memilih meja di sebelah tepi. Mahu mengelak daripada kebisingan orang ramai yang datang makan-makan di situ.
"Ayin, bila kau nak masuk kerja ni? Budak-budak dah tanya dah."
"Tanya sebab?" Adlin malas-malas mahu mendengar tentang mereka.
"Lah.. Dah dekat empat bulan kot, pantang pun dah habis. Kenpa tak on job lagi?
"Oh, korang rindu lah ni yer." Adlin terperasan sekejap.
"Of courselah.. Rindu nak buli kau suruh angkat barang."
"Ah, malas. Bukan kerja aku, korang pandai yer, bab angkat-angkat panggil aku.Tunggulah aku naik pangkat, aku kerah keringat korang cukup-cukup." jawapan Adlin mengundang tawa di bibir Liya, teman baiknya di tempat kerja itu.
Liya kenal benar dengan sikap Adlin, sangat bermurah hati. Sukar nak tolak permintaan orang lain. Jika ditolak ke depan, ke depan lah dia. Ada ketikanya dia yang terpaksa menghalang orang lain menggunakan Adlin untuk kepentingan diri mereka sendiri.
"Ayin, anak kau macam mana nanti? Tinggal umah mak mentua kau yer." Persoaln yang mengundang sendu dihati Adlin.
"Sebenarnya aku malas dah nak kerja ni Liya, nak tumpu pada anak. Tapi.. entahlah, sayang pulak kat kain-kain aku tu."
"Lah.. Kain rupanya, aku ingatkan kau risaukan scandal kau si Along tu." Liya berdekah. Ada ketikanya Adlin memang tak dapat diduga. Ada sahaja telahannya.
"Tak kuasa aku."
"Dah tu, bagi tahu jelah abang Rie. Aku sure dia okey punya. Lagipun laki kau bukan tak mampu nak sara makan minum kau, gaji dia dah lebih pada cukup kan."
Dia tu kedekut, Liya.. kau pun tahu aku jenis tak reti nak control orang. Kalau tak dah berkepuk dah duit. Rafzan tu suka membazir kau tahu."
"Itu bukan membazirlah. Itu namanya belanja ikut kemampuan. Alah.. kerja grafik designer, memang banyak duitlah."
"Iyalah.. dia yang banyak duit, bukan aku." Adlin sedikit memuncung. Malas mahu fikirkan tentang Rafzan. Dia masih belum ceritakan pada Liya tentang masalah hubungannya dengan Rafzan. Risau kalau dikatakan membuka aib sendiri pula.
YOU ARE READING
Miss J Muda
HumorAdlin berpisah dengan suaminya Rafzan, kerana orang ketiga. Adlin seorang wanita yang sedikit kasar tetapi baik hati. Baik sehingga suaminya di kacau orang. Selepas berpisah, Adlin berusaha mahu memikat suaminya semula.Tetapi Rafzan jual mahal p...