BLURB

7.9K 86 4
                                    

Lapan tahun Reza hidup bersendiri setelah papa dan mamanya meninggal dunia. Kehadiran Uwais dan Qaira, anak hasil perkahwinan kedua arwah papanya buat hidup Reza kucar-kacir. Reza yang tidak pernah mahu mengenali adik-adiknya itu dituduh tidak cakna oleh rakannya dan lepas tangan kerana sering pulang lewat ke rumah. Kematian Alfan, kembarnya membuatkan Reza terasa kosong walaupun perangai kedua-duanya bagai langit dan bumi.

"Aku bukan macam Alfan yang cool! Yang boleh relaks dan senyum sepanjang masa!" - Reza

"Za! Alfan dah lama meninggal, kut! Dah lapan tahun pun. Yang kau sampai sekarang asyik bandingkan diri kau dengan dia lagi kenapa?" - Akid

Kesedihan dan kesepian Reza tiada siapa yang peduli. Kawan-kawannya juga menjauh. Sehinggalah kemunculan Elviana, PA Uwais dan Qaira yang memberi sedikit perhatian kepada Reza. Sikap positif Elviana banyak membantu Reza menangani kerenah Uwais dan Qaira yang baru menerjah ke alam remaja.

"Awak kena jadi idola Uwais! Awak kena tunjukkan kepada dia perangai dan kelakuan yang dia rasa lebih cool dari apa yang dia sedang cuba jadi sekarang!" - Elviana

Kematangan dan sikap berterus terang Elviana membuatkan Reza jatuh sayang kepada gadis itu. Dia tahu Elviana juga ada rasa yang sama tapi sayangnya, gadis itu sudah bertunang.

"Aku tak ada masa cari perempuan, Vi. Tak terbuka pun hati ni. Bila kau datang, baru aku ada rasa nak bagi hati aku pada kau." – Reza

"Maknanya... Awak pun suka saya?" – Elviana

"Sayang. Kalau setakat suka, aku boleh pandang kau sebelah mata lagi. Masalahnya, bila hati dah mula sayang, itu yang buat aku tak boleh abaikan kau." - Reza

Kedudukan Qaira dan Uwais sebagai artis, membuka ruang netizens mengorek kisah silam di sebalik kematian Alfan. Bermacam dugaan harus Reza tempuhi. Musibah mula menimpa. Satu per satu rahsia terbongkar. Pengorbanan Reza akhirnya membuat Qaira dan Uwais meraung keinsafan. Mereka sekeluarga difitnah cuba menyebarkan HIV. Ketika netizens mengecam, para sahabat menyisih, Elviana tetap setia di sisi Reza walaupun dia sendiri mengidap SLE.

"Ya Allah... Atas semua pengorbanan dan kasih sayang yang Reza berikan padaku, izinkan aku membuat dia bahagia sampai hujung nyawaku..." - Elviana

Mampukah Reza menghadapi orang sekeliling yang mengeji? Dapatkah Reza dan Elviana berbahagia? Ini kisah tentang kesetiaan, pengorbanan dan sejauh mana kau mampu bertahan bila diuji Tuhan. 

HATIKU UNTUK DIAWhere stories live. Discover now