Ibu Hwan?

590 17 0
                                    

Kanak-kanak itu menanggapi pertanyaan chanyeol dengan tersenyum.. Bersalah juga dirinya jika membuat pemuda disampingnya tertanya-tanya.. Namun oleh kerana pemuda ini tidak menerangkan apa-apa padanya sedari tadi.. Apa salahnya kalau bermain-main sedikit..

"Hyung.. sebenarnya hyung dengan noona dah berkahwinkan?"tanya kanak-kanak itu sambil menatap wajah chanyeol untuk melihat reaksi chanyeol setelah mendengar pertanyaannya

".."Chanyeol membukam.. mindanya terbesit kata 'Eh? macam mana kanak-kanak ini boleh tahu? Adakah kanak-kanak ini seorang pawang? Tak pun seorang yang boleh meramal dengan melihat mata atau pergerakan.. padahal dirinya sudah bersikap biasa pada mereka'.. sungguh tidak masuk akal fikiran chanyeol

"Adik tahu hyung.. Ketika sica noona dan hwan keluar.. Hyung nak ikutkan? Dari mata sahaja.. adik tahu hyung cintakan noona dan cincin ni.. Noona juga pakai.. Hyung dan noona dah berkahwinkan?"Kanak-kanak itu mula mengoceh.. Geram juga.. kenapa hyung dihadapannya tak mahu buka mulut? Apa yang susah sangat mengakui bahawa benar dirinya telah berkahwin dengan jessica

"Arraseo.. adik betul"jawab chanyeol mengalah dengan membiarkan kanak-kanak itu mengetahui status sebenar dirinya.. Kan kanak-kanak itu seorang saja yang tahu status sebenar dirinya jadi tak ada masalah..

"Kalau macam tukan bagus.. hyung"panggil kanak-kanak itu lagi kerana ada sesuatu yang menganggu fikirannya dari dulu setelah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan chanyeol.. Chanyeol membalas panggilan kanak-kanak itu dengan bergumam

"Memandangkan hyung dah kahwin dengan noona bahkan satu rumah.. hyung rasa.. noona tu ada sesuatu yang seperti aura menghangatkan tak? tak pun rasa selesa apabila berada didekatnya bagaikan dapat meringankan bebanan?"tanya kanak-kanak itu pada chanyeol untuk memastikan bahawa dirinya yang tidak silap akan pemikirannya pada sica.. Begitu pertanyaan terlontar dari mulut kanak-kanak itu, terus chanyeol tampak berfikir

Fikiran chanyeol mula menyelami memori-memori yang disimpan rapi.. setelah mengingat memori-memori yang pernah dilaluinya dirinya pernah merasa sesuatu yang menghanyutkan namun dirinya tak pernah mengetahui apa itu.. Adakah pesona seorang Jessica? tentu saja tidak.. bukan pesona jika kita mula selesa dengannya.. Kasih sayang?

"Hyung.. tak rasa ke yang noona sarat akan kasih sayang?"tanya kanak-kanak itu tidak sabar kerana chanyeol terlalu berfikir lama.. tak salah lagi kanak-kanak itu boleh membaca fikiran orang.. maksudnya pertanyaan kanak-kanak itu sangat tepat dengan dugaannya

"Kenapa kamu bertanya?"tanya chanyeol walaupun dirinya telah menduga anak disampingnya salah seorang ahli sixth sense.. walau bagaimana pun, pasti kanak-kanak disampingnya naik angin jika ditanya.. kan kalau ahli sixth sense pasti sudah tahu semuanya.. buat apa lagi bertanya?

"Taklah hyung.. adik rasa noona tu suka menabur kasih sayangnya ada orang lain.. Cuba hyung tengok hwan.. hwan selalu saja bertempel pada noona.. bila ditanya kenapa dia suka bertempel pada noona.. dia cakap noona macam ibu dia.. tapi bila diingat, jin hwa eomma kata hwan pernah memiliki ibu sebelum dihantar kesini"jelas kanak-kanak itu panjang lebar

"Apa yang berlaku pada eommanya?"tanya chanyeol tertarik dengan cerita hwan, kanak-kanak yang suka bertemel ada sica.. Jujur dirinya juga cemburu melihat orang lain bertemel ada sica.. siapa tak cemburu bila isteri sendiri sibuk bertemel ada orang lain namun chanyeol cuba mengerti bahawa hwan itu masih kanak-kanak.. terpaksalah diriya mengalah pada kanak-kanak.. takkan ada kanak-kanak nak cemburu.. tak macho langsung

"Jin hwa eomma kata.. hwan dijumpai oleh noona di kawasan Chungcheongbuk-do distrik yang duduk bersendirian.. masa tu noona mahu menghantar hwan pulang tapi.. bila mereka sampai.. ibu hwan sudah tak bernyawa.. jin hwa eomma juga tak mahu memberitahu punca kematian ibu hwan kerana takut kami mengacaukan otak kami.. apa puncanya hyung?"tanyanya walaupun kesal kerana tidak dapat tahu punca kematian ibu hwan yang sebenarnya

~Complete~ Naughty Playboy VS Sexy PlaygirlWhere stories live. Discover now