👆 Carmella Rose
~~~~~~~~~~
Kata orang hidup tidak selalunya indah.Memang betul pun, apa gunanya hidup kalau kedua orang yang penting dalam hidup aku telah tiada. Andai saja aku dapat putar masa lalu mahu saja aku yang tukar tempat mereka untuk pergi tapi apakan daya semuanya sudah terjadi dan aku tahu semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Buktinya,aku tetap bahagia dengan adanya kawan baik yang faham tentang keadaan aku ini walaupun masih rasa sedih apa yang terjadi tiga tahun lalu. Tidak apa aku akan pastikan hidup aku ini akan menjadi lebih indah suatu hari nanti. Aku tersenyum memikirkan nya
"Hoi!"
"Aaaaaaaa!"
Aku terjatuh dari kerusi akibat terkejut. Dengan pantas aku menoleh kebelakang melihat Jessica yang sedang ketawa terbahak bahak sambil menekan perutnya. Aku pantas berdiri bercekak pinggang memandangnya tajam.
"Ohh kau ketawa kan aku jatuh dari kerusi ini yee. Ishh kau ni sakit tau tak punggung aku ni. Kau ingat sedap kah jatuh dari kerusi haa" ujar ku sambil menjelingnya berpura pura marah sambil memalingkan tubuhku
Jessica berhenti ketawa setelah mendengar aku berkata begitu lalu menghampiri aku.Tapi aku tahu dia sedang menahan ketawanya. Ishh kurang asam punya kawan
"Alaaa sorry lah Mel aku gurau jela lagipun kau buat apa duduk termenung seorang diri ni. Why don't kita keluar release tension ke ataupun shopping?Nak tak? Jomlah. Kita pergi lepak dekat Kelly Cafe nak? Lagi pun dah lama kita tak jumpa Kelly. Rindu lah nak bergosip nak borak borak dengan Kelly. Jomlah Mel"Katanya sambil membesarkan lagi matanya dengan memegang tangan aku sambil mengelipkan matanya
Aku yang terasa lucu melihat keadaan nya itu ketawa kecil lalu menggangukkan kepalaku setuju dengan katanya.
"Okeylah.Tapi aku nak tukar baju dulu"
"Yess!! Thank you Carmella that's why i love you my bestie" kata Jessica sambil memeluk ku dengan erat sekali. Ishh budak ni nak bunuh aku ke? Badan kecik tapi peluk aku sampai tak boleh nak bernafas dah ni.
"Ya yaa" ujar ku sambil cuba melepaskan diri dari pelukan Jessica
"Aku pun nak tukar baju dulu ok? Cepat tau bersiap aku tunggu hehehe la lala laa" Jessica berlari kebilik nya sambil menyanyi kecil. Aku hanya mengelengkan kepalaku sambil tersenyum kecil. Jessica adalah satu satunya keluarga yang aku ada aku sudah menganggapnya seperti kakak aku kerana sikapnya yang matang walaupun kadang kala sifatnya seperti budak kecil. Tanpanya pasti aku akan berasa sunyi. Aku terus berlalu ke almari baju untuk mencari baju yang sesuai.
YOU ARE READING
Milikku Selamanya
RomanceCarmella Rose seorang gadis remaja yang berumur 18 tahun. Dia sangat baik hati, pemalu, cantik dan agak pendiam orangnya. Hidupnya biasa saja, yang hanya ditemani oleh kawan baiknya Jessica,setelah kehilangan kedua orang tuanya.Dan dia berharap hidu...