👆 Jessica
~~~~~~~~~~
"So how was your day Mel?"
Kelly tersenyum nipis memandang aku yang sedang leka menyusun kuih yang baru siap aku hias di atas rak kuih.
"Biasa jak Kel nothing special happen" aku kembali membuat kerja aku yang tergendala tadi
"Really? No soulmate yet?" Aku ketawa besar mendengar soalan itu. "Aku?" Sambil menunjuk kan diri aku sendiri dari atas ke bawah dengan mengelengkan kepala aku. "Memang tak ada lah Kel. Tengok lah aku ni. Tak ada yang special nya pun tentang aku ni"
Kelly memusing kan badan aku menghadap nya sambil berkata dengan serius "Mel your pretty so pretty jadi jangan pernah kau cakap yang kau tak istimewa okay? God creation is all beautiful including you. Understand that?" Aku mengganguk dan tersenyum. Memang betul pun God creation cantik tapi itulah aku selalu rasa yang aku ni biasa saja. Sebab aku memang biasa jak pun dibandingkan Kelly dengan Jessica aku paling tak menarik. Aku tersenyum tawar memikirkan. "Okay kau buat lah kerja kau dulu, aku nak uruskan beberapa perkara kat belakang dapur kalau ada apa-apa yang kau tak tahu tanya aku ok?"aku menganggukkan kepala ku sambil membuat tanda peace. Kelly hanya tersenyum memandang aku.
Ini hari pertama aku kerja dekat Kelly Cafe. Syukurlah ada kerja kosong kat sini. Tak ada lah aku penat-penat cari kerja lagi. Kelly memang boss yang baik dengan pekerja nya yang lain termasuk aku, dia suruh beraku berkau tapi kalau dengan pekerjanya yang lain disuruhnya panggil cik. Nasiblah semua staf dekat sini baik baik semua.
**********
Sedang aku leka menyusun kuih di atas rak kuih aku dikejutkan dengan suara garau dibelakang ku.
"Excuse me.."
Aku segera memaling tubuh ku kearah suara tersebut dan alangkah terkejut aku suara tersebut milik lelaki yang memandang aku sebelum ini di tempat yang sama. Apa yang dia buat kat sini? Kau rasa? Takkan dia pergi sini nak menari kut mestilah dia nak makan, kau ni pun. Aku tak sedar aku memandangnya lama sampaikan dia berdehem. Aku tersedar dan berusaha menutup wajahku yang menahan malu. "Maaf encik, uh encik nak pesan apa?" Dia tersenyum senget sambil berkata. "Bagi saya donut coklat dan kopi." Setelah dia memberi pesanan dia terus berlalu mencari tempat duduk yang berada bertentangan dengan aku. Setelah pesanan nya siap dibuat aku menghela nafas dan mengatur langkah ke arah meja nya. Memandangkan Sandra tidak dapat datang hari ini kerana demam aku terpaksa menjaga kaunter seorang diri nasib juga tidak banyak sangat orang yang datang.
Aku meletakkan dulang di atas mejanya dengan berhati-hati. Entah kenapa aku dapat rasakan yang dia sedang memandang aku, dengan perasaan yang ingin tau aku melihat dari hujung mata dan memang jelas dia sedang memandang aku. "Ini pesanan encik, selamat menjamu selera." Aku tersenyum padanya. Sedang aku ingin berlalu pergi dari meja tangan aku yang berlapik baju kerja ku dipegang nya. Aku yang terkejut serta-merta memandangnya dengan dahi yang berkerut.
"Awak kerja disini ke?"
"Ya ini hari pertama saya."
"Ohh macam itu. Tak apalah pergi buat kerja awak maaf menganggu. Tapi saya harap dapat berbual lebih lama lagi dengan awak lain kali." Alfredo tersenyum manis memandang aku yang kalut itu. Aku melepaskan tangan aku dari genggamannya sambil menganggukkkan kepala aku dan terus berlalu pergi ke kaunter.
Sepanjang aku berada di kaunter, Alfredo tidak henti-henti merenung aku sampaikan setiap pergerakan yang aku lakukan diperhatikan olehnya dan buat aku jadi sangat tidak selesa ketika buat kerja. Like what the heck macam tak ada perkara lain nak buat selain merenung aku. Dikala aku memandang kearahnya, pasti dia akan tersenyum menggoda ke arah aku tapi aku hanya membalas senyuman dengan hanya tersenyum tidak ikhlas. Aku menghela nafas dan meneruskan kerja aku tanpa pedulikan renungan lelaki tersebut.
YOU ARE READING
Milikku Selamanya
RomanceCarmella Rose seorang gadis remaja yang berumur 18 tahun. Dia sangat baik hati, pemalu, cantik dan agak pendiam orangnya. Hidupnya biasa saja, yang hanya ditemani oleh kawan baiknya Jessica,setelah kehilangan kedua orang tuanya.Dan dia berharap hidu...